(Putrajaya – 25 Ogos 2024) – GINTELL, rangkaian perniagaan penjagaan kesihatan dan kecergasan terbesar di Malaysia telah mengadakan peraduan ratu kecantikkan, iaitu Miss Wellness oleh GINTELL, dengan kolaborasi bersama Miss Malaysia Tourism. Peraduan ini telah diadakan di LG East Court, IOI City Mall, Putrajaya.
Terdapat 15 finalis dari pelbagai negeri di seluruh Malaysia yang bertanding bagi merebut gelaran GINTELL Miss Wellness dan membawa pulang hadiah terhad GINTELL Mickey Mouse Wellness Massager yang bernilai RM5,276.00. Pihak pengurusan GINTELL, para hakim, pihak pengurusan IOI City Mall, dan ahli media adalah antara tetamu yang hadir pada acara tersebut.
Sebelum bermulanya acara utama, para finalis mengadakan sesi pengambaran di Bilik Pameran GINTELL Signature yang terletak di Aras 2, Lot 232, Fasa 2, IOI City Mall. Mereka juga berpeluang berinteraksi dengan para pengunjung dan pembeli di”roadshow” GINTELL. Para finalis dinilai dalam dua segmen yang menarik:
- Catwalk sambil mempamerkan Mesin Urut Mudah Alih dan Kerusi Urut GINTELL.
- Sesi Soal Jawab untuk menguji kedua-dua IQ dan EQ yang berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan.
Di majlis itu juga “roadshow” GINTELL telah berlangsung di LG East Court, IOI City Mall, Putrajaya dari 14 Ogos 2024 – 25 Ogos 2024, 10 pagi – 10 malam. Produk yang dipamerkan termasuk kerusi urut, treadmill dan lain-lain. Terdapat juga pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung hanya hari tersebut.
Peserta dari Sabah Yong Ke Ling telah dinobatkan sebagai pemenang Miss GINTELL Wellness yang telah diadili oleh GINTELL Rest N Go CEO, Encik Terence Chang, GINTELL group CFO Encik Garry Shin dan penganjur Miss Malaysia Tourism Pageant & Pengarah of MyShoppo, Cik Louisa Ngo.