(SEMASA) PERFUME PARADISE PENAJA UTAMA HAVOC FOOD FESTIVAL 2024-2025 

Spread the love

Memasuki tahun kelima penganjuran, Havoc Food Festival di bawah platform Havoc Event Management Sdn Bhd masih mempunyai matlamat yang sama iaitu menjadi hub atau karnival makanan terbaik buat para usahawan bumiputera dalam menjana pendapatan.

Terbaharu, Havoc Food Festival akan bermula 24 Okt sehingga 27 Oktober 2024 di Dtempat Country Club Sendayan, Negeri Sembilan bermula pukul 11 pagi hingga 12 tengah malam, dan mereka akan ke terbang buat julongkalinya ke Sabah bersempena Havoc Tour Sabah 2024 mulai 30 Okt sehingga 3 November di SICC Kota Kinabalu Sabah dan meneruskan Havoc Food Festival di Komplek Sukan Sandakan pada 6 Nov hingga 10 Nov 2024.

Havoc Food Festival sekali lagi juga bukan tentang karnival makanan semata-mata tetapi diisi pelbagai aktiviti buat pengunjung dan menampilkan vendor-vendor tempatan, serta memberi peluang kepada usahawan makanan untuk memasarkan produk mereka kepada lebih ramai orang, seterusnya meningkatkan pendapatan dan memperluas pelanggan.

Buat julung kali, bermula Havoc Food Festival 37.0 2024 menerima tajaan daripada Perfume Paradise yang menyifatkan karnival makanan ini selaras dengan matlamat mereka dalam usaha membantu para usahawan bumiputera berkembang.

“Kami di Perfume Paradise berbesar hati menjadi penaja utama Havoc Food Festival 2024 -2025 kerana melihat usaha yang dilakukan karnival ini adalah selari dengan matlamat kami iaitu membantu golongan usahawan bumiputera berkembang dengan perniagaan mereka.

“Sebagai syarikat bumiputera juga, Perfume Paradise mahu bersama-sama mengukuhkan platform Havoc Event & Management dalam menjalin kerjasama bukan hanya dalam kalangan para usahawan sektor IKS tetapi juga bersama para selebriti, pempengaruh dan semua pengguna media sosial yang dapat menyokong ekonomi setempat.

“Menerusi pembabitan julung kali Perfume Paradise dalam Havoc Food Festival , kami berharap agar orang ramai dapat hadir dan menyokong karnival makanan ini selain mendapat manfaat daripada beberapa program yang dianjurkan sepanjang empat hari ia berlangsung,” ujar Ketua Pagawai Eksekutif Perfume Paradise, Nur Afiqah Amran.

Ketua Pegawai Operasi Perfume Paradise, Mohd Safwan Shari pula memaklumkan Havoc Food Festival akan menjadi tajaan penuh pertama daripada syarikat mereka sebelum mempunyai beberapa projek lain bersama Havoc Event & Management.

“Perfume Paradise bakal menjalin banyak kerjasama dengan Havoc Event & Management pada masa akan datang dan kami mempunyai banyak rancangan perniagaan bersama yang mahu dilakukan sepanjang tahun 2025,” ujar Safwan.

Sementara itu, Havoc Event & Management selaku penganjur berikrar karnival yang diadakan selama empat hari di Sendayan akan berjalan dengan lebih lancar dan tidak mengecewakan pengunjung.

Selain disertai oleh para usahawan yang menjual pelbagai produk berasaskan makanan, Havoc Food Festival  juga dimeriahkan dengan pembabitan barisan selebriti dan pempengaruh.

“Selaku penganjur kami akan memperbaiki mutu penganjuran karnival pada setiap tahun dan begitu juga yang telah dilakukan Havoc Event & Management menerusi Havoc Food Festival kalini.

“Selain pesta atau karnival makanan, pengunjung boleh terlibat dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan sama ada bersifat riadah atau pengisian rohani.

“Dan ramai selebriti serta pempengaruh yang menanti pengunjung bukan hanya untuk menjual beli tetapi beramah mesra dengan selebriti yang mereka minati,” ujar Encik Faizul Ketua Pengarah Urusan, Havoc Event & Management.

Antara selebriti dan pempengaruh yang akan memeriahkan penganjuran Havoc Food Festival kalini termasuklah Ojen Aiwahh, Azza Elite , Reen Rahim ,Qistina Raisyah , Syura Badron, AI Sulong , Vicha Saywho,  Cat Farish, Shikin Maembong, Asfan Shah, Liya Maisara, Vokey, Eira Aziera , Pablo Faka , Afiqah Hasanah , Daud Reny Latah, Cikidot,Aliyah Balqis , Mat Alip , Zaki Azman , Raa Suzuran, Baby Ainatul dan ramai lagi.

Tidak lengkap Havoc Food Festival 37.0 kalini tanpa pengisian lain seperti acara Havoc Berselawat dan Qasidah Perdana yang diterajui Sheikh Imran Angulia , Ustaz Bashir Mohammed Azhari bersama kumpulan qasidah Nur Ahli Badar.

Program “Our Next Guest “ sebuah program podcast baharu yang diperkenalkan di  Havoc Food Festival kalini ,  membawakan pengacara popular daripada Singapura iaitu Dynn Norahim sebagai moderator serta menampilkan selebriti-selebriti popular yang sedang berhijrah yang akan dijalankan penggambaran di setiap lokasi Havoc Food Festival dan disiarkan di saluran youtube SoutulDeen.

“Kami sebolehnya ingin menganjurkan sebuah karnival yang seimbang bukan hanya buat golongan usahawan bumiputera yang terlibat tetapi memberi manfaat kepada pengunjung yang hadir.

“Maka dengan itu jangan lupa kunjungi Havoc Food Festival 37.0 2024 bermula 24 Okt hingga 27 Oktober 2024 bermula pukul 11 pagi hingga 12 tengah malam di Dtempat Country Club Sendayan, Negeri Sembilan.

“Semoga penganjuran kali ini mendapat sambutan dan kami terus menganjurkan karnival yang sama pada tahun akan datang,” Faizul lagi.

INFORMASI

ACARA: HAVOC FOOD FESTIVAL 37.0 2024

PENAJA UTAMA: PERFUME PARADISE

PENGANJUR: HAVOC EVENT & MANAGEMENT SDN BHD

TARIKH: 24 OKT – 27 OKTOBER 2024

LOKASI: DTEMPAT COUNTRY CLUB SENDAYAN, NEGERI SEMBILAN

MASA: 11 PAGI – 12 TENGAH MALAM

SELEBRITI & PEMPENGARUH: Ojen Aiwahh, Azza Elite , Reen Rahim ,Qistina Raisyah , Syura Badron, AI Sulong , Vicha Saywho,  Cat Farish, Shikin Maembong, Asfan Shah, Liya Maisara, Vokey, Eira Aziera , Pablo Faka , Afiqah Hasanah , Daud Reny Latah, Cikidot,Aliyah Balqis , Mat Alip , Zaki Azman , Raa Suzuran, Baby Ainatul dan ramai lagi.

AKTIVITI UTAMA MALAM :

HAVOC GAMES SHOW 9 MALAM- 25/10/2014

AZZA ELITE, VICHA SAYWHO , DAUD LATAH

PODCAST OUR NEXT GUEST LIVE 9 MALAM – 25/10/2024

MODERATOR : DYNN NORAHIM

ARTIS : AI SULONG

HAVOC BERSELAWAT DAN QASIDAH PERDANA 9 MALAM: 26/10/2024

Sheikh Imran Angulia , Ustaz Bashir Mohammed Azhari bersama kumpulan qasidah Nur Ahli Badar.

PENYANYI PERSEMBAHAN MALAM 9 MALAM- 27/10/2024

KuCAIMARZ

JELLY BELLY

ASFAN SHAH


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *