(SEMASA) PERKIM Datuk Keramat Dan Masjid Nurul Islam Santuni Saudara Baru

Spread the love

27 Julai 2024 – PERKIM Datuk Keramat dengan kerjasama Masjid Nurul Islam, Desa Pahlawan Perwira Jaya telah menjayakan Karnival Maal Hijrah 2.0 di Masjid Nurul Islam Desa Pahlawan/Perwira Jaya, Kuala Lumpur.

Sepanjang karnival berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan yang melibatkan komuniti dari pelbagai peringkat usia. Antara aktiviti-aktiviti yang mendapat sambutan yang menggalakkan antaranya pertandingan memanah dan mewarna, Mosque Tour bersama Non-Muslim, pertandingan nasyid dan tilawah  al-quran, demo masakan bersama Chef Fendy, Gotong royong memasak bubur Asyura, pemeriksaan kesihatan percuma, bengkel kartunis, kuiz remaja, jualan booth makanan dan pameran khas khzanah rasulullah.

Di sebelah malam pula, PERKIM Datuk Keramat dan Masjid Nurul Islam telah menjalankan program Forum Khas Hijrah bersama panel panel saudara baru seperti Ahmad Andrew , Umar Watson dan Cikgu Saqeed Ramanthan serta dipengerusikan oleh Pengerusikan PERKIM Cawangan Datuk Keramat, Ustaz Suhaimi Abdul Aziz.

Pada malam tersebut juga, tiga saudara baru telah diislamkan oleh pihak Masjid Nurul Islam, Desa Pahlawan Perwira Jaya iaitu Lee Mi Moi yang pernah beragama Buddha, Thanasegaran Thaver a/l Valaganathan yang dahulunya menganuti agama Hindu dan Addy Azis yang pernah beragama Kristian. PERKIM Datuk Keramat dan Masjid Nurul Islam turut meraikan 10 orang saudara baru yang lain yang turut sama menerima sumbangan KIT Al-Quran dan buku agama sebagai rujukan pembelajaran.

Latar Belakang

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah diasaskan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan didaftarkan pada 19 Ogos 1960. Selepas penubuhannya, Tunku telah dilantik sebagai penasihat sehingga tahun 1971 dan dipilih sebagai Presiden sehingga tahun 1989.

PERKIM di peringkat negeri dikenali sebagai PERKIM Bahagian. Terdapat 13 buah bahagian di seluruh negara kecuali Sabah. Pengurusan PERKIM Bahagian diketuai oleh Pengerusi PERKIM Bahagian yang dilantik dalam Mesyuarat Agung PERKIM Bahagian. Urusetia PERKIM Kebangsaan menyalurkan peruntukan untuk pengajian kakitangan dan juga untuk beberapa aktiviti tertentu di peringkat PERKIM Bahagian.

PERKIM juga mempunyai bahagian wanita yang dikenali sebagai Wanita PERKIM dan kedudukannya adalah setaraf dengan PERKIM Bahagian-bahagian.

Di peringkat bahagian pula wujud entiti cawangan di setiap daerah. Cawangan-cawangan ini diuruskan oleh Pengerusi Cawangan yang juga dipilih di dalam Mesyuarat Agung PERKIM Cawangan. Cawangan bertanggungjawab melapor segala gerak kerja kepada PERKIM Bahagian bagi memastikan ianya selari dengan dasar PERKIM Kebangsaan


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *