(SEMASA) Persatuan Karyawan Malaysia & Adina Charity Circle Sumbang Selimut Untuk Gaza

Spread the love

Persatuan Karyawan Malaysia bersama Adina Charity Circle menyerahkan sumbangan selimut kepada pihak Iqlas Care yang menggerakkan kutipan barang keperluan untuk Gaza di Pusat Kreatif Kanak-kanak Tuanku Bainun, TTDI pd 22 Oktober 2023.

Kerjasama tersebut menyaksikan sejumlah hampir 200 helai selimut baharu disediakan bagi tujuan ini. Persatuan Karyawan Malaysia di wakili oleh saudara Radhi Khalid dan HjKamal manakala Adina Charity Circle diwakili oleh Puan Dieana serta beberapa ahli jawatankuasa kerja menyerahkan sumbangan tersebut kepada Puan Suhara dari Iqlas Care sebagai penganjur bantuan Gaza ini.

Semoga usaha ini dapat diteruskan bagi membantu rakyat Palestin khususnya di Gaza dalam mendepani krisis yang sedang dilalui mereka.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *