(SEMASA) Pertandingan Grafiti Antabax POWER 2017 Tafsirkan Erti “POWER” Malaysia

Spread the love

 

Petaling Jaya, 1 Ogos, 2017 –  Barisan produk penjagaan diri halal nombor 1 Malaysia[1], Antabax bakal menganjurkan Pertandingan Grafiti Antabax POWER 2017 yang akan menjelajah maksud sebenar “POWER” Malaysia melalui seni jalanan.

Pertandingan bertemakan “POWER” Malaysia ini bakal mencabar pentafsiran “POWER” Malaysia para artis grafiti, rakyat Malaysia serta semangat Malaysia sebagaimana yang mereka fahami. “POWER” dalam konteks ini menggambarkan kedinamikan, tenaga dan semangat keremajaan Malaysia dalam menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-60.

Pertandingan Grafiti Antabax POWER 2017 ini diadakan dengan kerjasama Balai Seni Negara.

Grafiti terdiri daripada tulisan mudah sehingga lukisan terperinci pada permukaan dinding. Seni ini telah wujud sejak zaman dahulu di mana bentuk modennya yang kebiasaannya dilukis menggunakan cat semburan kini telah menjadi satu bentuk seni yang sah.

Malaysia mempunyai gerakan seni bawah tanah yang meriah selain artis-artis yang diiktiraf di peringkat global. Seni jalanan merupakan satu tarikan awam dan pelancong di kawasan-kawasan warisan, pusat-pusat bandar dan melalui festival-festival jalanan yang menjadi pendorong kepada artis-artis tempatan dan luar negara mencipta motif-motif ikonik yang wajib dilawati.

Pertandingan ini menawarkan hadiah yang dipercayai antara yang termewah bagi pertandingan jalanan di negara ini. Jumlah hadiah keseluruhan mencecah RM20,000 dengan pemenang pertama, kedua dan ketiga masing-masing bakal menerima hadiah-hadiah wang tunai bernilai RM7,500, RM4,500 dan RM2,500 serta 11 hadiah saguhati bernilai RM500 setiap satu. Sebagai tambahan, setiap kru akan menerima subsidi bekalan cat semburan, topeng muka dan juga hamper Antabax bernilai RM200.

Pertandingan ini akan dibahagikan kepada dua yang mana penyertaan boleh dibuat secara dalam talian bermula dari 24 Julai hingga 24 Ogos di laman Facebook Antabax fb.com/NewAntabax.

14 daripada penyertaan dalam talian berkenaan akan disenarai pendek oleh sebuah panel yang dianggotai oleh pasukan Antabax, pakar-pakar seni Balai Seni Negara dan seorang artis jalanan Malaysia misteri. Kesemua 14 pasukan berkenaan akan bersaing dalam pertandingan grafiti yang akan berlangsung selama 5 jam di perkarangan Balai Seni Negara di Kuala Lumpur untuk menghasilkan karya sebesar 8 kaki kali 8 kaki yang menggambarkan tafsiran “POWER” Malaysia masing-masing.

Tarikh pesaingan akhir akan diumumkan tidak lama lagi.

Penilaian akhir akan berdasarkan hasil seni yang telah disiapkan menggunkan cat semburan di persaingan akhir, dan bukannya penyertaan yang kemasukan dalam talian.

Pertandingan ini bakal menjadi acara pertama di bawah kempen Antabax POWER. Antabax merupakan jenama penjagaan diri kebanggaan Malaysia yang dikenali dan diiktiraf para pengguna, serta mempunyai barisan produk yang meluas. Ia menawarkan pembersihan lembut yang membasmi 99.9% kuman bagi memberikan penggunanya perlindungan antibakteria 24 jam.

Pengurus Jenama Kanan, Jabatan Penjagaan Rumah dan Peribadi, Bahagian Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd., Mandy Lee berkata, kempen Antabax POWER memberi gambaran mengenai Antabax sebagai jenama kebanggaan negara yang membangun dengan pantas dalam kategori penjagaan antibakteria peribadi[2].

“Antabax merupakan jenama yang masih muda dalam kategori penjagaan antibakteria peribadi, tetapi ia telah menunjukkan “POWER” yang menakjubkan dalam pembangunan dan penerimaan terhadap kami. Inilah sebabnya mengapa jenama kami dikaitkan dengan kedinamikan, keremajaan dan kuasa – set kualiti yang dapat dapat dilihat pada grafiti dan seni jalanan. Seiring dengan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-60, kami merasakan ini masa yang tepat untuk meraikan “POWER” Malaysia melalui seni yang menggambarkan jiwa jenama kami.

“Kru-kru perlu menzahirkan “POWER” Malaysia ini serta menerapkan tandatangan Antabax ke dalam karya-karya kerana kami mahu menjadikan jenama ini sebahagian penting di Malaysia,” jelas beliau.

Balai Seni Negara ditubuhkan pada tahun 1958 oleh Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman. Galeri ini bermula dengan hanya empat hasil seni yang kini menjadi pameran tetapnya. Sehingga hari ini, terdapat lebih 4,347 hasil seni yang ditempatkan secara kekal di galeri tersebut. Ia merupakan hab pengumpulan hasil seni; kraf serta barangan kebudayaan juga aktiviti kebudayaan,

Pengarah Balai Seni Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa berkata, pertandingan berkenaan merupakan peluang besar untuk memberikan kefahaman kepada orang ramai mengenai grafiti selain memberikan para artisnya satu ruang baharu bagi menunjukkan bakat mereka kepada kumpulan penonton yang lebih besar.

“Pertandingan ini akan menarik perhatian yang banyak di Malaysia dan kami amat teruja untuk menjadi tuan rumah kepada mereka sewaktu menunjukkan kemahiran, kebijaksanaan dan bakat yang dperlukan untuk menjadi antara yang terbaik dalam kalangan artis jalanan Malaysia. Kami amat berbesar hati menjemput semua untuk alami hari yang diperkasakan dengan tujahan adrenalin dan kegembiraan,”

Untuk menghantar penyertaan, anda boleh hantarkan karya anda melalui laman Facebook dipaut fb.com/NewAntabax. Anda digalakkan membaca dengan teliti terma dan syarat kami.

[1]Nielsen MAT April ’16, Medicated Liquid segment

[2]Nielson data, medicated segment 2016


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *