(SEMASA)  Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016

Spread the love

poster-1

Sinergi Ilmu Resources Sdn.Bhd dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya selaku rakan kerjasama, julung-julung kalinya akan menganjurkan Pesta Lelong Buku Putrajaya akan berlangsung pada 21  hingga 30 Oktober 2016 bertempat di Dewan Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3. Bertemakan Pesta Lelong Buku Bahasa Melayu terbesar di Malaysia, ianya mampu membawa kelainan kepada para pengunjung.
poster-3
Dengan kekuatan 100 buah gerai pameran dengan penyertaan lebih 50 buah penerbit terkenal tanah air seperti PTS Publications & Distrobutions, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Telaga Biru, Must Read Sdn.Bhd dan ramai lagi. Lebih 50,000 judul tajuk buku pelbagai genre akan dibawa oleh kesemua pempamer Pesta Lelong Buku Putrajaya dengan harga-harga yang murah dan diskaun sehingga 80%.Pameran akan dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari dan masuk adalah percuma.

Matlamat utama Pesta Lelong Buku ini dianjurkan adalah memberi ruang dan peluang kepada para pembeli serta pelbagai pihak untuk mendapatkan pelbagai buku yang terbaharu dan berkualiti walaupun dalam kekurangan budget kesan daripada masalah ekonomi yang melanda pelbagai pihak. Ini adalah antara inisiatif yang dilakukan oleh pihak jawatankuasa penganjur bagi mengajak serta memupuk minat membaca di kalangan masyarakat di seluruh Malaysia.

Adanya program-program sebegini juga sedikit sebanyak dapat membantu dalam menyebarkan ilmu yang bermanfaat kepada remaja dan masyarakat di luar sana agar dapat melahirkan generasi yang berakhlak dan berwawasan. Disamping itu juga, Pesta Lelong Buku seperti ini dapat merancakkan lagi usaha dalam meningkatkan jualan bagi para pempamer yang terlibat.

Peluang dan ruang yang disediakan ini seharusnya tidak dilepaskan oleh masyarakat di luar sana untuk memperolehi bahan bacaan atau rujukan bercetak mereka di bawah satu bumbung.  Orang ramai  tiada alasan lagi untuk tidak datang dan mendapatkan buku yg bermutu dan murah ini dan semua jenis buku utk lapisan umur seperti kanak2 , dewasa , novel , buku motivasi dan buku agama boleh didapati di pesta lelong buku ini dimana pihak penerbitan menawarkan harga runtuh serendah rm 2 dan rm 5 bagi sebuah buku dan rm 1 utk majalah. Pelbagai aktiviti dan acara menarik seperti busking , ceramah , diskusi buku , pertandingan selfie , pertandingan mewarna dan juga sessi bersama artis terkenal spt yatt hamzah dan heliza helmi. Parking yg luas , ruang pameran yg selesa , kemudahan mesin ATM , tpt makan akan memudahkan urusan pengunjung ke pesta buku ini ,

Justeru, Jawatankuasa Penganjur mengharapkan sokongan daripada semua pihak yang terlibat serta rakan media untuk turut sama membantu mempromosi dan menghebahkan kepada umum mengenai Pesta Lelong Buku Putrajaya ini dan seterusnya menjayakan lagi program berbentuk ilmiah sebegini. Maklumat lanjut dan terkini tentang Pesta Lelong Buku Putrajaya boleh hubungi 019-3258285 (En. Jaini) atau 013-7007067 (Nurhaziemah).

Laman Facebook : Pesta Lelong Buku Putrajaya

Hashtag : #pestalelongbuku #dahtakdealasandah


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *