(SEMASA) PHILO HAIR STUDIO TAWAR PENGALAMAN KECANTIKAN TERBARU: SALON BERTEKNOLOGI TERKINI DI SIANG HARI, PUSAT HIBURAN DI WAKTU MALAM

Spread the love

PETALING JAYA, 16 NOVEMBER 2023  – Kumpulan Syarikat Philo telah melancarkan salon dandanan rambut terbarunya, Philo Hair Studio petang tadi. Salon tersebut menawarkan revolusi destinasi kecantikan yang menggabungkan teknologi dandanan terbaharu dengan daya tarikan hiburan waktu malam.

Saat terbenamnya matahari, Philo Hair Studio berubah menjadi pusat hiburan, menawarkan pengunjung pengalaman hiburan waktu malam yang unik. Dengan persembahan DJ secara langsung, malam hiburan bertema, dan acara eksklusif, studio ini mewujudkan suasana dinamik yang lain daripada salon-salon biasa. Philo Hair Studio berhasrat untuk melakar semula pengalaman kecantikan di luar kebiasaan, membolehkan pelanggan menikmati khidmat dandanan rambut terbaik sambil menikmati suasana sosial dan hiburan yang rancak dan bertenaga.

Selain itu, standard baru yang diamalkan oleh Philo Hair Studio dalam penataan rambut menampilkan teknologi inovatif, menawarkan pengalaman yang tiada tolok bandingnya kepada pelanggan. Dengan perundingan rambut teliti fizikal dan maya, produk rambut, dan alat penataan moden, Philo Hair Studio menerajui industri kecantikan dengan mengadaptasi teknologi terbaru dalam khidmat yang ditawarkan.

Fyn Hann, pengasas dan ketua pegawai eksekutif Kumpulan Syarikat Philo, berkata, “Philo Hair Studio komited dalam menawarkan khidmat kecantikan yang menggunakan teknologi terkini kepada setiap pelanggan. Kami percaya bahawa gabungan teknologi, kecantikan, dan hiburan ialah masa depan industri kecantikan. Kami akan sentiasa memberikan perkhidmatan dandanan rambut dan kecantikan yang berinovasi di Damansara Uptown, untuk semua lapisan masyarakat.”

Selain itu, Kumpulan Syarikat Philo bukan hanya berhasrat untuk meningkatkan trafik pejalan kaki di kawasan tersebut tetapi juga untuk menjadi pusat budaya dan sosial bagi komuniti sekitarnya. Inisiatif yang bakal diadakan termasuk bekerjasama dengan perniagaan berdekatan, menyertai acara tempatan, membina program mentor untuk melatih pelapis pendandan rambut, dan berganding bahu dengan badan amal atau tempat perlindungan tempatan untuk menawarkan perkhidmatan dandanan rambut percuma kepada mereka yang memerlukan, pada masa akan datang.

Sebagai tanda rasminya pembukaan pusat dandanan rambut dan hiburan berkenaan, para tetamu di majlis pembukaan disajikan dengan persembahan nyanyian oleh Shatirah Amanda, dan pertunjukan rambut istimewa oleh pakar-pakar tempatan, memperlihatkan bakat dan semangat mereka untuk menghasilkan gaya rambut inovatif.

Philo Hair Studio menjemput seluruh lapisan masyarakat untuk berkunjung ke premisnya untuk menikmati pengalaman unik dengan status pas VVIP istimewa, yang melayakkan mereka untuk menerima diskaun eksklusif 20% bagi perkhidmatan standard dan diskaun 50% untuk perawatan rambut sepanjang bulan pembukaan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/philohairstudio.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *