Konsep program bubur lambuk ini dijalankan pada tiap-tiap tahun seperti sebelum ini. Dan ini adalah acara tahunan yg dijalankan oleh pihak Adabi sepanjang bulan ramadhan. Pada tahun ini Adabi mengambil peluang untuk bekerjasama dengan Mydin Hypermarket yang terpilih di seluruh negara.
Bubur lambuk adabi kali ini memilih 5 lokasi Mydin yang telah dipilih seperti :
- 3/7/2017 – Mydin, USJ
- 4/7/2017 – Mydin, MITC Melaka
- 10/7/2017 – Mydin, Pelangi Indah, Johor
- 10/7/2017 – Mydin, Samariang, Sarawak
- 16/7/2017 – Mydin, Gong Badak, Terengganu
Program bubur lambuk ini juga adalah satu langkah yang bijak kerana ianya akan mengekalkan penjenamaan Adabi itu sendiri di kalangan masyarakat dan pengguna setia Adabi.
Bubur lambuk yang dimasak menggunakan seratus peratus bahan-bahan dan produk Adabi sendiri. Sebanyak 10 periuk bubur lambuk akan dimasak oleh adabi untuk setiap lokasi, kecuali di Mydin, USJ yang akan memasak sebanyak 20 periuk bubur lambuk.
Keseluruhan bubur lambuk yang akan diedarkan di seluruh Malaysia adalah sebanyak 30,000 bungkusan bubur lambuk. Dalam pada itu, kerjasama antara Adabi dan Mydin juga akan dibantu oleh sukarelawan dari badan NGO, persatuan pengakap, badan beruniform dan penduduk setempat.
Selain daripada program memasak bubur lambuk, Adabi dan Mydin juga akan turut meraikan anak-anak yatim yang dibawa khas untuk program ini. Acara seperti membeli-belah, pemberian sumbangan duit raya serta berbuka puasa bersama warga kerja Adabi dan Mydin.
Mereka juga akan turut dihiburkan dengan persembahan artis yang dijemput. Secara keseluruhannya, program ini dapat memberi satu impak yang baik kepada kedua-dua belah pihak antara Mydin dan Adabi, justeru dapat menarik golongan masyarakat terutamanya generasi muda mengenali cara membuat bubur lambuk dan menghargai makanan tempatan kita.