(SEMASA) PUBLIC GOLD RAIKAN USAHAWAN TERULUNG RANGKUL GELARAN DOUBLE DIAMOND “GEMERLAP INTAN MEMBERI SINAR HARAPAN DAN MENGUBAH KEHIDUPAN”

Spread the love

PUSAT KONVENSYEN SUNWAY PYRAMID, 11 JANUARI 2025 – Dalam sebuah majlis yang penuh kegemilangan, Public Gold, peneraju industri logam berharga Malaysia, meraikan pencapaian luar biasa 14 usahawannya dalam majlis Double Diamond Recognition Ceremony bagi tahun kewangan 2023/2024. Majlis dirasmikan oleh Dato’ Wira Louis Ng, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold serta Presiden Pertubuhan Emas Malaysia (MGA), yang turut hadir bersama isteri beliau, Datin Wira Yvonne Lim, Pengarah Urusan Aurora Italia International Berhad, dan En. Jerry Ng, Ketua Pegawai Operasi PGMall, yang bertindak sebagai Pengerusi Penganjur Majlis. Kehadiran barisan Pengurusan Tertinggi Kumpulan Public Gold serta lebih 2,000 orang pelanggan berdaftar Public Gold turut memeriahkan lagi acara ini.

Sebagai peneraju industri emas dan perak selama 17 tahun, Public Gold terus mencatat sejarah dengan jumlah keseluruhan hasil jualan sebanyak RM17.5 bilion. Dengan insentif berjumlah RM300 juta yang diberikan kepada usahawan-usahawannya, Public Gold membuktikan komitmen untuk terus memperkasakan rakyat Malaysia melalui platform yang menguntungkan.

Kemuncak majlis adalah pengiktirafan kepada Tuan Mohd Zulkifli bin Shafie dan isterinya Puan Najdah binti Mohammed Hussain, yang menerima gelaran “6-Star Double Diamond” dengan hadiah bernilai RM864,862.12. Ini termasuk Bonus Diamond, Tabung Rumah Banglo, Tabung Kereta Mewah, dan Bonus Kepimpinan. Kejayaan ini dicapai dengan empayar seramai 600,000 penyimpan emas di bawah kepimpinan mereka.

Buat perkara yang betul dengan sabar. Kejayaan cuma persoalan masa sahaja,” ujar Zulkifli, menyuntik inspirasi kepada hadirin yang hadir. Bertepatan dengan tema tahun ini, “Gemerlap Intan Memberi Sinar Harapan dan Mengubah Kehidupan”, pasangan ini berkongsi betapa peluang keemasan yang ditawarkan di Public Gold telah banyak mengubah kehidupan mereka juga yang tersayang.

Turut diraikan Puan Azizah Binti Hassan, penerima “5-Star Emerald”, mencatat sejarah bersama Public Gold sejak 2008. Dengan empayar kepimpinan seramai 100,000 ahli, beliau membawa pulang Tabung Kereta Mewah bernilai RM50,000 dan Bonus Kepimpinan RM15,000, bukti kejayaan dari kepercayaan dan kesetiaannya.

Puan Marlia binti Ramli dan suami, Encik Ahmad Fuad bin Mohamed Arif, meninggalkan dunia korporat untuk menyertai Public Gold dan kini meraih kejayaan luar biasa sebagai penerima “4-Star Emerald”. Pasangan ini membawa pulang Tabung Kereta Mewah RM50,000 dan Bonus Kepimpinan RM15,000 dengan empayar lebih 50,000 ahli.

Pasangan penerima “5-Star Ruby”, Tuan Haji Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta dan Puan Aliffa Rafini Binti Abdullah, membuktikan latar belakang kejuruteraan bukan halangan. Mereka menginspirasi lebih 100,000 penyimpan emas dan menerima Bonus Kepimpinan RM9,000.

Encik Muhammad Syarifuddin Bin Mohd Jamil dan Puan Syamimi Nur Aqila Bt Awalludin, penerima “4-Star Ruby”, pasangan muda ini berjaya melatih lebih 50,000 penyimpan emas dan membawa pulang Bonus Kepimpinan RM9,000 hasil usaha gigih mereka.

Doktor muda, Dr. Mu’az Bin Mahadzir dan isterinya, Pn. Nur Izleen Binti Rosli, penerima “3-Star Jade”, membuktikan komitmen mereka terhadap perkongsian ilmu emas meskipun sibuk dengan kerjaya.

Tahun ini juga mencatatkan 5 penerima anugerah “3-Star Pearl” antaranya termasuk Puan Nadya Alina Binti Ibrahim, pengarah industri berat di Pantai Timur; pasangan Encik Muhammad Muhaimin Bin Mohd Isa dan Puan Latipah Binti Abdul Rashid; pasangan Sarawak, Encik Steven Blanda Anak

Inting & Moureen Padan; guru cemerlang, Puan Amimah Binti Mohammad Ayub & Encik Nik Firdaus Bin Nik Mahmod; serta pasangan Brunei, Puan Nurmariah Syafikah Binti Haji Menjeni dan Pengiran Abdul Aziz Bin Pengiran Haji Azahari yang membuktikan jarak bukan halangan.

Anugerah “2-Star Pearl” diraih oleh Puan Nor Azah Binti Ahmad dan suami, Encik Ahmad Tarmizi

Bin Saad; Cik Siti Zareen Naqiyah Binti Zool Ambia, pesara mahasiswa; serta pasangan Encik Syahrul Azlan Bin Abdullah dan Puan Syarifah Nurhidayah Binti Syed Mustapha, simbol permulaan kejayaan lebih gemilang. Keberanian, kesungguhan, dan kepercayaan terhadap Public Gold mengubah hidup mereka – bukti bahawa kejayaan adalah milik mereka yang berusaha!

Selain itu, penerima 3-Star Pearl, termasuk usahawan dari Brunei Darussalam, membuktikan bahawa kejayaan melangkaui sempadan. Pak Denny Kurniawan dari Indonesia mencatat sejarah sebagai Star Founder Master Dealer pertama negara itu, melambangkan potensi pertumbuhan emas di rantau Asia Tenggara.

Public Gold kini memiliki 26 cawangan di Malaysia, Indonesia, Singapura, dan Dubai, dengan lebih daripada 1.55 juta pelanggan berdaftar. Mesin Public Gold ATM, yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai yang pertama buatan tempatan, kini tersedia di 50 lokasi strategik, termasuk Lapangan Terbang Subang dan kompleks beli-belah terkemuka, menjadikan pembelian emas lebih mudah dan pantas.

Dengan potensi besar di Indonesia dan pengiktirafan oleh Singapore Bullion Market Association, Public Gold terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju industri emas dan perak di rantau ini.

Menurut Dato’ Wira Louis Ng, “Setiap kejayaan yang diraikan adalah bukti nyata bahawa usaha gigih dan kesetiaan sentiasa membuahkan hasil. Kami berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan kejayaan para usahawan Public Gold yang terus mencipta perubahan positif dalam kehidupan mereka.”

Untuk    maklumat            lanjut    mengenai            produk dan        peluang                bersama              Public    Gold,     layari www.publicgold.com.my atau hubungi +6011-1095 2916.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *