(SEMASA) QJMOTOR MALAYSIA MENAMBAHKAN SAINGAN DENGAN MENAMPILKAN SRF15 UNTUK PASARAN TEMPATAN

Spread the love

PULAU PINANG, 2 OGOS 2024 – Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd., pengedar eksklusif jenama QJMOTOR di Malaysia, telah memberikan kejutan dengan melancarkan model SRF15. Dengan prestasi yang dipertingkatkan dan rekaan yang memukau, model ini adalah pilihan terbaik untuk pencinta motosikal di seluruh negara. QJMOTOR Malaysia menawarkan model terbaru ini dengan RM8,888.00 sebagai harga permulaan tidak termasuk insurans dan cukai jalan serta hadir dengan dua warna pilihan Red dan Silver. 

Bagi model SRF15, ia dipadankan dengan enjin satu silinder penyejukan udara 150cc dan sistem SOHC. Menunjukkan kehebatannya, kuasa maksimum SRF15 mencapai 9.8kW pada 9,000r/min dan tork maksimum 12Nm pada 7,000r/min. Selain itu juga, enjin motosikal ini menggunakan suntikan bahan api.

Model QJMOTOR terkini ini dilengkapi dengan lampu utama yang terang dan lampu penunjuk arah LED dan panel meter digital. Dengan tangki bahan api 7.2-liter, para penunggang boleh menikmati perjalananya tanpa rasa terganggu. Tunggangan yang lancar pada motosikal ini dibantu oleh suspensi hadapan teleskopik fork jenis terbalik. Roda bersaiz 12-inci dibalut dengan tayar hadapan 120/70-12 dan belakang 130/70-12. Brek cakera 200mm di hadapan dan 190mm di belakang dapat menambahkan ciri keselamatan yang cemerlang pada model QJMOTOR SRF15.

Sistem klacnya ialah Klac Basah Berbilang Plat Manual, memberikan kawalan yang tepat ke atas penglibatan dan pengasingan gear. QJMOTOR SRF15 ini memiliki transmisi 5-kelajuan. Dengan berat 124kg, reka bentuk SRF15 mengimbangi ketangkasan dengan kestabilan yang menyumbang kepada kecekapannya di jalan raya sesuai dengan berat model itu sendiri.

Model QJMOTOR SRF15 ini mempunyai ciri dan keunikannya yang tersendiri yang sudah pasti memberi pilihan luar biasa kepada peminat motosikal dunia. Mengikut kesesuaian model dan reka bentuknya, model ini dilengkapi dengan spesifikasi enjin yang mengagumkan, pengendalian responsif dan reka bentuk yang direka dengan baik serta menjanjikan perjalanan yang menggembirakan bagi penggemar motosikal dengan penampilannya yang mengagumkan.

QJMOTOR SRF15 kini boleh didapati di mana-mana pengedar sah Mforce di seluruh Malaysia. Dengan setiap pembelian mana-mana model QJMOTOR SRF15, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *