Kuala Lumpur, 5 April 2022 – QSR Brands (M) Holdings Bhd, pengendali KFC, Pizza Hut, Ayamas, dan Life yang memberi jaminan pematuhan halal penuh kepada semua para pelanggannya telah menyumbang Wakalah Zakat berjumlah RM250,000 untuk diagihkan kepada golongan asnaf dalam koloborasi strategik dengan media penyiaran Malaysia paling lama, RTM dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Wakalah Zakat ini akan diagihkan ke 76 lokasi yang telah dikenalpasti program bersiri Jelajah RTM; Jelajah Ramadan, Jelajah Raikan Syawal & Jelajah Kami Prihatin bersempena ulangtahun ke-76 RTM.
“Kami bersuka cita dapat berkerjasama stategik dengan RTM sekali lagi di mana bersama kita dapat menjalankan Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) dengan memberi kembali kepada komuniti yang memerlukan terutamanya di bulan mulia ini. Dengan lebih lokasi dikenalpasti pihak program bersiri Jelajah RTM, kami berharap agihan Wakalah Zakat ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan dan menambah kegembiraan,” kata Encik Hayazi Bin Darus, Pemangku Ketua Jabatan Shariah dan Pematuhan Halal QSR Brands (M) Holdings Bhd.
Program Jelajah Ramadan akan dilaksanakan pada bulan April, Jelajah Raikan Syawal pada bulan Mei, dan Jelajah Kami Prihatin pada bulan Jun.