(SEMASA) Rangkaian Penjagaan Rambut Sunsilk Diperbaharui dan Berwajah Baru Untuk Rambut Menawan Keyakinanmu

Spread the love

Image 1

KUALA LUMPUR, 19 JULAI 2016 – Rambut yang menawan memberi keyakinan kepada kebanyakan wanita, lebih-lebih lagi anak gadis dan remaja, kerana produk penjagaan rambut yang sesuai boleh membantu mereka menyerlahkan penampilan masing-masing. Oleh itu, Sunsilk sentiasa mendahului usaha untuk menyuntik keyakinan di kalangan wanita dan menghidupkan semangat persaudaraan untuk menyokong satu sama lain. Dengan janji jenama “rambut menawan, keyakinanmu”, Sunsilk melancarkan semula lapan (8) varian utama produk penjagaan rambutnya, dengan memperkenalkan formula dan rupa bentuk yang terbaru. Dari luar, rangkaian produk penjagaan rambut terbaru jenama yang berwajah baru tampak lebih menarik dan segar manakala di dalam botolnya terkandung formula yang ditambah baik dan memberi kesan lebih menakjubkan.

Image 3Berucap di majlis pelancarannya, Vincent Chong, Pengarah Pemasaran, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. berkata, “Sebagai jenama syampu dan perapi rambut nombor 1* di Semenanjung Malaysia, Sunsilk memikul tanggungjawabnya sendiri; dan komitmen kami adalah untuk sentiasa mencipta inovasi dan membawakan produk penjagaan rambut yang terbaik untuk pengguna kami. Kami sentiasa mengikuti perkembangan dan perubahan mereka. Kami sedar bahawa sudah tiba masanya untuk kami menaik taraf pembungkusan Sunsilk dan memperkukuh formula produk kami dengan teknologi terbaru bagi membolehkan kami terus menjadi rakan penjagaan rambut yang diyakini gadis-gadis Sunsilk kami.”

Formula inovatif Sunsilk telah diperkukuh untuk memberi penyelesaian penjagaan rambut yang terbaik. Ditambah baik dengan teknologi terkini, lapan (8) varian jenama telah diperkaya dengan protein, vitamin dan minyak semula jadi yang berkhasiat dan berkesan untuk memenuhi keperluan penjagaan rambut yang berlainan. Setiap varian telah dicipta semula bersama barisan pakar penjagaan rambut yang terkenal, iaitu Yuko Yamashita, Dr. Francesca Fusco, Thomas Taw dan Jamal Hammadi untuk memastikan penjagaan terbaik untuk semua jenis rambut – sama ada lurus, kering, rosak, atau berhijab.

Image 4

“Sunsilk sedar bahawa bukan mudah untuk memiliki rambut yang sihat dan cantik menawan – lebih-lebih lagi pada hari yang sibuk, dengan kekangan masa dan cuaca panas dan lembap di Malaysia sepanjang tahun. Keperluan dan kepentingan pengguna sentiasa menjadi keutamaan jenama kami, dan kami berusaha  dan untuk membantu gadis-gadis kami memiliki rambut yang cantik menawan dengan cara yang mudah dan menyeronokkan. Dengan rangkaian lapan (8) produk penjagaan rambut berwajah baru yang lebih segar, kami berharap untuk memperkasakan gadis-gadis bagi membolehkan mereka mencapai impian, dengan rambut yang menawan dan menyerlahkan keyakinan,” kata Phoenix Ho, Pengurus Kanan Jenama Sunsilk, Kategori Penjagaan Rambut, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Lagu Persaudaraan Sunsilk, berjudul Sisters Forever, juga telah dipersembahkan di majlis pelancaran, buat pertama kali, oleh empat bintang Malaysia yang sedang mencipta nama – Najwa Latif, Daiyan Trisha, Lizz Chloe dan Jestinna Kuan.  Sisters Forever merupakan cara jenama memperkasakan anak-anak gadis dengan lagu yang boleh dikongsi dengan kawan-kawan rapat. Lagu ini membuka lembaran baru dalam sejarah jenama, di mana Sunsilk mewujudkan komuniti Sunsilk ‘sisters’ untuk menggalakkan anak-anak gadis menulis cerita mereka sendiri. Sunsilk bukan sekadar menekankan kepentingan komuniti anak-anak gadis Sunsilk – menyokong dan memberi semangat kepada satu sama lain –  tetapi juga memperlihatkan rambut menawan yang menyerlahkan keyakinan mereka akan memperkasakan mereka menjadi yang terbaik.

Sisters Forever boleh dimuat turun di laman mikro Sunsilk Hair Malaysia di http://www.sunsilkhairmalaysia.my/sistersforever/sunsilk-anthem.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *