(SEMASA) Realme 3 Pro ‘Mod Nightscape’ Bakal Dilancarkan Pada 14 Mei Ini Di Malaysia.

Spread the love

Bertempat di Signature by the Hill @ The Roof, telah berlangsungnya majlis “ Media Exclusive First Look” Realme Malaysia bersama pengamal media sebagai satu majlis pengenalan untuk memperkenalkan Realme 3 Pro yang mengetengahkan fungsi ‘Mod Nightscape’ pada fungsi terbaru peranti telefon mereka. Untuk pengetahuan pembaca, peranti telefon Realme 3 Pro bakal dilancarkan dan memasuki pasaran Malaysia pada 14 Mei 2019 nanti.

Realme 3 Pro merupakan telefon pintar keluaran syarikat Realme 3 yang hadir dengan skrin bersaiz 6.3-inci, dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 710, berkapasiti memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia juga turut disertakan dengan kemampuan bateri sebanyak 4045mAh berserta dengan pengecas VOOC 3.0 yang menggunakan kabel mikroUSB.

Telefon ini dilengkapi dengan kamera berkapasiti tinggi di mana dua kamera dipasang di belakang merupakan gabungan lensa 16MP F1.7 dan 5MP F2.4, yang membolehkan ia menghasilkan kualiti gambar Ultra HD dan Super Nightscape Mode manakala kamera hadapan pula didatangkan dengan lensa berkapasiti 25MP. Realme 3 Pro juga dilengkapkan dengan beberapa mod rakaman menarik, termasuk rakaman video gerak perlahan 960fps, serta rakaman gambar Ultra HD 64-megapixel. Kedua-dua kamera depan dan belakang ini dibantu oleh teknologi AI.

Realme Malaysia dijangka melancarkan telefon pintar terbaru iaitu Realme 3 Pro di negara ini pada 14 Mei 2019. Namun begitu, harga yang akan ditetapkan masih lagi rahsia dan peminat telefon ini perlu menunggu pengumuman yang bakal dibuat di majlis pelancaran tersebut nanti. Walaupun, peranti yang sama telah dijual di India pada harga bermula dari 13,999 rupee (~RM831) sehingga 16,999 rupee (~RM1009) pihak Realme Malaysia masih berteka teki dengan harga untuk pasaran tempatan. Mungkin lebih murah ? Kita tunggu….

Spesifikasi Realme 3 Pro :

  • Rekaan Badan :Panel belakang plastik Multi-layer, polycarbonate frame
  • Dimensi dan Berat: 156.8×74.2×8.3mm, 172g.
  • Skrin:3-inch, 19.5:9 aspect, 1080x2340px resolusi, 409 ppi, IPS LCD dan menggunkan Gorilla Glass 5
  • Kamera Utama:Primary 16MP, f/1.7 lens, secondary 5MP depth sensor; LED flash dan 2160@30fps video
  • Selfie Kamera :25MP, f/2.0, 1080p@30fps video
  • Cip Pemprosesan :Snapdragon 710, octa-core CPU (2×2.2 GHz 360 Gold & 6×1.7 GHz Kryo 360 Silver), Adreno 616.
  • Memori :4GB/64GB, 6GB/64GB, dan 6GB/128GB, slot MicroSD sehingga 256GB
  • OS :Android 9 Pie (ColorOS 6.0)
  • Bateri :4,045mAh
  • Pengecasan Pantas :20W VOOC charge (Micro USB 2.0)
  • Sambungan :Dual SIM (4G), Bluetooth 5.0, GPS/GLONASS, Wi-Fi a/b/g/n/ac, FM radio, 3.5mm jack.
  • Fingerprint Scannerdibahagian panel belakang

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *