Pulau Pinang, 19 Mac 2025 – Boon Siew Honda Sdn. Bhd. hari ini memperkenalkan model yang dinanti-nantikan, Honda X-ADV 2025, sebuah jentera yang bakal menarik perhatian para penunggang di seluruh negara.
Honda mencetuskan revolusi dalam dunia permotoran apabila memperkenalkan X-ADV pada 2017, menggabungkan ketahanan motosikal ‘adventure’ dengan kepraktisan skuter. Direka untuk kegunaan di jalan bandar dan lebuh raya terbuka, ia menawarkan ketahanan, keterlihatan, kecekapan serta ruang simpanan luas, sambil memberikan prestasi dan kawalan yang mengujakan. Dengan rekaan diinspirasikan SUV, X-ADV terus memikat hati penunggang di Malaysia dan kekal sebagai model yang berjaya di pasaran.
Model X-ADV 2025 mengekalkan enjin 745cc 4-lejang SOHC 8-injap parallel-twin sejukan cecair, memberikan kawalan RPM rendah hingga pertengahan yang kukuh serta prestasi RPM tinggi yang bertenaga. Ia menjana kuasa maksimum 43 kW pada 6,750 rpm dan tork puncak 69 Nm pada 4,750 rpm. Selain prestasi hebat dengan kecekapan bahan api yang tinggi, model ini turut dipertingkatkan dengan rekaan lebih bergaya, teknologi terkini dan bahan mesra alam, sekali gus menetapkan penanda aras baharu dalam inovasi.
Ciri-ciri utama X-ADV 2025:
Cruise Control berasaskan Human Machine Interface (HMI) memastikan operasi lancar dan keselesaan maksimum, terutamanya untuk tunggangan jarak jauh.
Transmisi Klac Berkembar (DCT) Dipertingkatkan menawarkan penukaran gear AT/MT lancar, pelarasan RPM automatik untuk nyahpecutan yang lebih halus serta tindak balas cengkaman terus.
Paparan TFT 5-Inci dengan Honda RoadSync membolehkan sambungan telefon pintar, navigasi dan kawalan muzik melalui Bluetooth.
Lampu Siang (DRL) LED Berkembar dengan Isyarat Belok Terbina yang lebih bergaya dan meningkatkan keselamatan.
Penghadang Angin 3-Tahap Boleh Laras dengan julat pelarasan 139mm yang mudah dikendalikan dengan satu tangan.
Throttle-By-Wire (TBW) memastikan penghantaran kuasa lebih lancar dan responsif bersama mod tunggangan dan DCT.
Sistem Pembatal Isyarat Belok Automatik yang mengesan perubahan lorong dan belokan, seterusnya menghentikan isyarat secara automatik untuk keselamatan tambahan.
Sistem Honda Smart Key untuk penghidupan enjin tanpa kunci, kunci palang hendal, akses tempat duduk dan penutup tangki bahan api.
Ruang simpanan bawah tempat duduk 22-liter lengkap dengan port USB Type-C, lampu LED, dan pembahagi bagasi, cukup besar untuk topi keledar bersaiz penuh.
ABS Saluran Berkembar yang mencegah penguncian tayar, memastikan brek stabil di pelbagai permukaan termasuk jalan basah.
Penggunaan bahan Durabio™ berasaskan bio sebagai usaha ke arah penggunaan bahan lestari yang lebih tahan lasak dan kalis calar.
X-ADV 2025 memperkenalkan Cruise Control berasaskan HMI yang membolehkan kawalan kelajuan dengan lebih mudah untuk tunggangan yang santai dan selesa, terutamanya di lebuh raya.
Sistem DCT serba canggih pula dilengkapi mod AT/MT boleh pilih, pelarasan RPM automatik untuk nyahpecutan yang lancar serta sistem pemacu rantai untuk penghantaran kuasa yang tepat dan tiada risiko enjin mati.
Untuk sambungan yang lancar, paparan penuh warna TFT 5 inci dengan Honda RoadSync membolehkan integrasi telefon pintar – termasuk navigasi dan kawalan muzik secara Bluetooth. Paparan ini juga mesra mata, mengurangkan silauan dengan teknologi optical bonding dan menawarkan tiga mod paparan yang boleh disesuaikan.
Meneruskan inovasi rekaan, lampu utama baharu menggunakan teknik ‘hidden eye’ yang menonjolkan DRL sambil mengintegrasikan isyarat belok ke dalam lampu LED berkembar – satu pencapaian pertama di dunia untuk motosikal.
Keselesaan juga dipertingkatkan dengan penghadang angin boleh laras 3 tahap, yang membolehkan pelarasan mudah dengan satu tangan, memberi perlindungan angin optimum mengikut keadaan tunggangan.
Sistem Throttle-By-Wire (TBW) mengoptimumkan tindak balas enjin dan penukaran gear DCT mengikut input dan data sensor secara masa nyata, memberi kawalan lebih lancar di pelbagai permukaan jalan.
Sistem Pembatal Isyarat Belok Automatik pula meningkatkan keselamatan dengan mematikan isyarat selepas penukaran lorong atau belokan secara automatik tanpa perlu input manual.
Dengan Honda Smart Key, penunggang boleh menghidupkan enjin, mengunci atau membuka palang hendal serta akses tempat duduk dan tangki bahan api tanpa kunci fizikal.
Sistem DCT dipertingkatkan memastikan kawalan lebih baik di kelajuan rendah, terutamanya di kawasan bandar dan laluan off-road. Dengan lima jadual penukaran gear boleh laras, penunggang bebas memilih mengikut keperluan tunggangan.
Praktikaliti X-ADV 2025 turut menyerlah dengan ruang simpanan bawah tempat duduk sebesar 22 liter, lengkap dengan port pengecas USB Type-C dan pencahayaan LED. Ruang sarung tangan tambahan memudahkan penunggang menyimpan keperluan harian.
Honda juga melangkah ke arah kelestarian alam sekitar dengan menggunakan bahan Durabio™ berasaskan bio dan plastik kitar semula pada struktur luar motosikal, sekaligus mengurangkan pelepasan karbon daripada proses pengecatan tradisional.
Tempat duduk direka semula dengan 10% lebih empuk, meningkatkan keselesaan dan memudahkan capaian ke tanah bagi penunggang.
Sistem brek ABS saluran berkembar terus menjadi ciri utama X-ADV 2025, menjamin kestabilan dan cengkaman maksimum di pelbagai permukaan terutamanya dalam keadaan basah.
Mitsuharu Funase, CEO dan Pengarah Urusan Boon Siew Honda berkata:
“Honda X-ADV 2025 mentakrifkan semula dunia tunggangan ‘adventure’ dengan gabungan kelincahan di bandar dan kemampuan off-road. Dengan teknologi terkini, rekaan berani dan penggunaan bahan mesra alam, ia menawarkan prestasi luar biasa dan sambungan digital yang lancar – sekaligus menetapkan penanda aras baharu dalam industri motosikal.”
Secara keseluruhan, X-ADV 2025 menggabungkan teknologi canggih, bahan lestari dan prestasi serba boleh – menjadikannya pilihan kegemaran rakyat Malaysia.
Model ini ditawarkan dalam tiga warna menarik:
Matte Deep Mud Gray
Pearl Glare White
Graphite Black
Turut diperkenalkan warna baharu Matte Goldfinch Yellow berinspirasikan tema Cyberpunk, memberikan sentuhan masa depan yang berani dan unik.