MALAYSIA (12 September 2025) — Penunggang Harley-Davidson dari seluruh Asia Pasifik telah berkumpul pada 6 September 2025 bagi menjayakan acara sulung “United We Ride – National Harley Day”. Acara ini menonjolkan kekuatan kolektif komuniti Harley-Davidson untuk bersatu demi tujuan yang positif.
United We Ride – National Harley Day menyaksikan lebih 10,000 penunggang dan ahli Harley Owners Group (H.O.G) mengambil bahagian, memperlihatkan semangat persaudaraan dan kebebasan yang menjadi teras jenama Harley-Davidson. Konvoi yang bermula dari pengedar rasmi di seluruh rantau ini bukan sahaja meraikan kebebasan menunggang di jalan raya terbuka, malah menzahirkan semangat komuniti yang utuh, sambil meningkatkan kesedaran dan mengumpul dana penting untuk pelbagai badan amal termasuk Helmet Heroes.Harley Owners Group (H.O.G)
Sorotan utama acara “United We Ride – National Harley Day”:
-
Jumlah penyertaan: Lebih 10,000 penunggang dari seluruh Asia Pasifik mengambil bahagian, membuktikan komuniti Harley-Davidson yang kukuh dan aktif di rantau ini.
-
Jarak dilalui: Peserta menempuh lebih 1,200,000 kilometer secara kolektif, mencerminkan minat mendalam dan dedikasi penggemar Harley-Davidson.
-
Sumbangan & impak: Hasil kutipan telah disalurkan kepada pelbagai badan amal. Di Asia Emerging Markets, inisiatif kebajikan serantau dijalankan bersama Helmet Heroes, sebuah badan advokasi keselamatan jalan raya kanak-kanak, bagi membiayai topi keledar untuk kanak-kanak dan penjaga mereka. Ramai penunggang dan pengedar juga turut terlibat dalam khidmat komuniti, termasuk menyokong golongan kurang bernasib baik dan rumah anak yatim.
“Sokongan luar biasa untuk acara pertama United We Ride – National Harley Day di rantau ini adalah bukti semangat membara komuniti Harley-Davidson. Kami amat berbangga dengan para penunggang kami kerana bukan sahaja meraikan kebebasan menunggang, malah turut bersatu membuat perubahan sebenar untuk komuniti setempat. Acara ini benar-benar mencerminkan semangat ‘United We Ride’,”
kata Kolja Rebstock, Naib Presiden Kanan – Pasaran Antarabangsa, Harley-Davidson.
Harley-Davidson merakamkan penghargaan kepada semua penunggang yang telah menyumbang kepada kejayaan acara ini.
Untuk berita terkini Harley-Davidson di Asia Emerging Markets, sila ikuti kami di:
🌐 www.harley-davidson.com
📘 FB: @HarleyDavidsonAsia
📸 IG: @HarleyDavidson_Asia
▶️ YT: Harley-Davidson Asia
🎵 TikTok: @HarleyDavidson_Asia

