KUALA LUMPUR, 24 September 2016 – Kempen roadshow Keluarga Sihat & Ceria bersama Nestlé EVERYDAY® telah mengunjung komuniti Projek Perumahan Rakyat Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini.
Kempen ini bermula pada April 2016, menyasarkan 100 lokasi di seluruh negara dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengambilan susu terhadap diet yang berkhasiat dan seimbang kepada seluruh ahli keluarga. Pelbagai aktiviti dijalankan di roadshow tersebut termasuklah stesen permainan MAX NUTRE™, aktiviti sukaneka, pemberian sampel susu, dan aktiviti mewarna untuk kanak-kanak di karnival bersuasana riang untuk 2,700 ahli keluarga komuniti PPR Bandar Tun Razak.
Ceramah nutrisi juga turut disertakan dalam program hari ini bagi membina kesedaran tentang kepentingan pengambilan susu untuk membina keluarga yang sihat dan ceria bersama Nestlé EVERYDAY®, susu berkhasiat yang membantu pembesaran dan perkembangan kanak-kanak dan juga orang dewasa, serta sesuai untuk seisi keluarga. Susu ini diperkaya dengan MAX NUTRETM, kombinasi pintar nutrien untuk membina otot yang lebih kuat, penglihatan dan kepekaan yang baik.
Projek Perumahan Rakyat adalah inisiatif kerajaan untuk membina projek-projek perumahan bagi membantu keluarga yang berpendapatan rendah untuk memiliki dan menikmati kediaman yang selesa. Kempen Nestlé EVERYDAY® menghulurkan sokongan dan keprihatinan melalui perkongsian pengetahuan dengan komuniti tersebut dan membantu mereka memupuk keluarga rakyat Malaysia yang lebih kuat dan sihat menerusi pembentukan kempen Keluarga Sihat & Ceria bersama Nestlé EVERYDAY®.
Makanan kegemaran tempatan seperti nasi lemak, nasi ayam, roti canai dan mi kari, merupakan diet kebiasaan rakyat Malaysia, tidak dapat memberikan sepenuhnya keperluan nutrisi harian yang disyorkan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Untuk memenuhi keperluan nutrien yang diperlukan, keluarga di Malaysia boleh menikmati kebaikan susu seperti Nestlé EVERYDAY® di dalam diet seharian.
Susu Nestlé EVERYDAY® yang diperkaya dengan MAX NUTRE™, kombinasi pintar nutrien Protein, Magnesium, Kalsium dan juga Vitamin A, B1, B2 dan B12 boleh menolong membina otot yang lebih kuat, penglihatan dan kepekaan yang tinggi, serta memberi khasiat kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa. Ia merupakan pilihan bijak dan sesuai untuk seluruh keluarga. Hanya 2 hidangan sehari membekalkan 100% keperluan pengambilan nutrien Vitamin C, Vitamin B1 dan B2*, menjadikan ini cara yang bijak, lazat dan mudah untuk memenuhi keperluan nutrisi pemakanan seisi keluarga.
Ng Su Yen, Pengurus Eksekutif Perniagaan Nestlé Malaysia Milks berkata, “Kita amat teruja untuk membawa roadshow Keluarga Sihat & Ceria bersama Nestlé EVERYDAY® kepada PPR Bandar Tun Razak Kuala Lumpur. Rakyat Malaysia sentiasa mencari cara yang berkesan untuk membekalkan khasiat kepada seluruh keluarga yang tidak membebankan masa dan pembelanjaan rumah.
Ini adalah kesedaran penting untuk mereka yang tinggal di bandar dimana kos sara hidup lebih tinggi berbanding dengan kawasan luar bandar. Susu Nestlé EVERYDAY® yang diperkaya dengan MAX NUTRE™ adalah sesuai untuk seisi keluarga, dan membawa anda lebih dekat untuk memenuhi keperluan pemakanan seharian anda, walau apa jua cabaran yang perlu ditempuhi. Ia merupakan cara yang bijak untuk membekalkan khasiat kepada diri dan keluarga anda, iaitu dengan memberikan nutrien harian yang penting untuk membina tubuh dan minda yang sihat. Kami bercita-cita untuk mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan nutrisi yang mencukupi dan membantu mereka mencapai matlamat pengambilan nutrisi harian mereka.”
Roadshow Keluarga Sihat Dan Ceria bersama Nestle Everyday bermula pada 17 April 2016 di PPR Intan Baiduri, Kepong, dan telah menjelajah di sekitar kawasan Utara, Pantai Timur, Lembah Klang dan Selatan Peninsula Malaysia. Roadshow seterusnya akan diadakan di sekitar kawasan PPR di Sabah dan Sarawak.
Untuk maklumat lanjut tentang Nestlé EVERYDAY® , sila layari www.Nestlé.com.my/brands/milk/EveryDay