(SEMASA) Rumah Selangorku Idaman PKNS di Cyberjaya, tawar harga terbaik

Spread the love

SELANGOR CYBER VALLEY – Membina lebih banyak rumah mampu milik (RMM) di Selangor terus menjadi keutamaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi menyahut saranan kerajaan negeri menyediakan rumah pada harga berpatutan, sekali gus memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri ini memiliki kediaman sendiri.

Pengurus Komunikasi Korporat PKNS, Ishak bin Hashim berkata, komitmen itu juga selari dengan hasrat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang ingin membina 1 juta RMM dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Menurutnya, PKNS yakin pembinaan RMM yang dijenamakan sebagai Rumah Selangorku Idaman PKNS ini dapat merealisasikan kehidupan lebih baik kepada rakyat negeri ini.

“Di Seksyen 6, Selangor Cyber Valley (SCV), hari ini PKNS telah melancarkan 864 unit termasuk empat unit orang kurang upaya (OKU) Selangorku Idaman Residensi yang dijual pada harga RM232,000 seunit dengan keluasan 1,000 kaki persegi.

“Bercirikan gabungan seni bina unik dan moden, pembinaan rumah di atas tanah berkeluasan 14.41 ekar (58.328 meter persegi) di mana ia menempatkan tiga bilik tidur dan dua bilik air, serta dua parkir kereta bagi setiap unit katanya ditemui pada majlis pelancaran projek berkenaan

Ujar Ishak, pangsapuri yang dibina dengan dua blok iaitu Blok A (14 tingkat) dan Blok B (15 tingkat) itu dijangka siap pembinaannya pada Disember 2020, manakala jangkaan Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC) diperolehi pada pertengahan tahun 2021

Kelebihan projek ini adalah ia turut dilengkapi dengan ruang pejabat pengurusan, surau dewan serbaguna, tiga unit ruang kedai, bilik pengurusan jenazah, taman permainan ruang tadika, lif dan empat tingkat tempat letak kereta bertingkat.

“Selain itu, Selangorku Idaman Residensi terletak di pembangunan bandar pintar yang berdekatan dengan lebuh raya utama iaitu, Lebuhraya NKVE, LDP, SKVE, ELITE dan MEX. Manakala, jarak perjalanan dari rumah ini ke Putrajaya adalah 17 kilometer (km) dan ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) adalah 29km

“Malah, ia juga hampir dengan pelbagai kemudahan lain seperti pusat membeli belah D’Pulze (7km), Shaftsbury Square (8km) dan Centrus Mall (7km) yang pastinya menjadi faktor utama diberi perhatian oleh bakal pembeli sebelum membuat keputusan membeli sesebuah kediaman dan hartanah.

“Lebih menarik, ia turut berhampiran dengan institusi pendidikan antaranya 4km ke Universiti Multimedia (MMU), 5km ke Kolej Sains Perubatan Universiti Cyberjaya (CUCMS), 10.5km ke Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing. 7km ke Universiti Islam Malaysia, 8km ke Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch, 6km ke Sekolah Antarabangsa ELC, 1km ke Sekolah Antarabangsa Korea, 5km ke Kolej FTMS, 6km ke Kolej Antarabangsa Kirkby dan 11km ke Kolej Universiti Mahsa,” katanya lagi.

Tambahnya, lokasi kediamaan terletak berdekatan Cyberjaya dan Putrajaya, yang mana pertumbuhan baharu peluang pelaburan dan perniagaan setaraf bandar di sekitarnya mampu menjadi kawasan  tarikan.

Justeru, beliau menggesa para pembeli mengambil peluang ini untuk memiliki RMM PKNS dan hanya perlu berdaftar dengan LPHS keutamaan kepada penduduk di Selangor yang belum memiliki rumah.

PKNS hanya menerima senarai nama pemohon daripada LPHS yang telah diperakukan Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama Pembeli Rumah Mampu Milik,” katanya.

Untuk pertanyaan lanjut berkenaan projek boleh melayari laman sesawang www.pknsproperty.com atau Facebook PKNS Property. selain hubungi wakil jualan di talian 019
2139991018-2051713014-3361891017-3634821013-5224122019-6994004 dan
Pejabat Jualan Hartanah Wilayah Selatan 03-89262000


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *