Petaling Jaya, 10 Februari 2023 – Bagaimanakah pereka fesyen Malaysia yang terkenal di dunia, Datuk Jimmy Choo menceburkan diri dalam dunia pembuatan kasut sejak kecil? Setelah terlibat dalam industri ini selama 63 tahun, adakah pemenang anugerah ikon global itu berpuas hati dengan pencapaiannya? Dapatkan jawapan beliau dalam rancangan bual bicara dan kewangan TV3, Money Matters, 11 Februari ini, Sabtu, jam 5.00 petang.
Berasal dari keluarga pembuat kasut, beliau terkenal sebagai seorang pereka yang tersendiri, dengan pencapaian pelbagai sijil anugerah dan penghormatan atas namanya. Bukan sahaja mendiang Puteri Diana yang pada umumnya memuji jenama Datuk Jimmy Choo, tetapi juga beberapa tokoh dan selebriti terkenal turut memberi pujian atas penghasilannya. Menurut Penerbit Eksekutif program, Josephine Dass, episod ini akan menyaksikan pengacara program, Zahir Kelvin Ong Abdullah menyelami perjalanan dan kejayaan Datuk Jimmy Choo dalam program 30 minit terbitan Mimi Azeera Abdullah ini.
“Apabila saya bercakap dengan pereka fesyen legenda ini, beliau berkata bahawa setiap orang mesti mencintai apa yang mereka lakukan, mereka harus mempunyai cara pemikiran yang kreatif, mereka perlu ada cerita tersendiri dalam hasil kerja tersebut. Kemudian, mereka perlu mempunyai kemahiran juga. Jika mereka tidak mempunyai kemahiran yang bagus, mereka juga tidak mampu menghasilkan apa-apa,” kata Josephine apabila dia menjemput Datuk Jimmy Choo untuk berkongsi pandangan dan perjalanannya selama 63 tahun dalam industri itu.
Sebelum ini, hasrat Josephine untuk menjemput Datuk Jimmy Choo sebagai tetamu dalam program itu tidak kesampaian. “Kami berhadapan dengan cabaran wabak Covid-19 yang mengakibatkan sekatan perjalanan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat kerana Datuk Jimmy Choo perlu melakukan perjalanan dari London pulang ke Malaysia. Sehinggalah pada bulan yang lalu, beliau memberi maklum balas bahawa beliau bersedia untuk ditemu bual untuk program Money Matters selepas Tahun Baru Lunar. Selepas tiga tahun, ia akhirnya berlangsung Sabtu ini.”
Pastikan anda menonton episod istimewa ini yang menampilkan pereka fesyen terkenal Malaysia Datuk Jimmy Choo di Money Matters pada 11 Februari ini, Sabtu, jam 5.00 petang di TV3. Penonton boleh juga strim langsung episod penuh program hanya di www.tonton.com.my dan anda boleh dapatkan lebih banyak maklumat berkaitan program ini di Twitter @MoneyMattersTV3. Untuk maklumat lebih lanjut dan perkembangan terkini mengenai program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, & Twitter di @TV3Malaysia.