(SEMASA) Sambutan Meriah Aidilfitri Penuh Warna-Warni di eCurve

Spread the love

PETALING JAYA, 15 Mei 2017 Bagi mereka yang menyambut Hari Raya, inilah masanya untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga tersayang serta kaum komuniti yang lain. Untuk memeriahkan musim perayaan ini dan meraikan kepelbagaian budaya di Malaysia menerusi muzik, eCurve akan menyambut kehadiran bulan Ramadan dengan menganjurkan kempen Raya Acapella Special with Colour of Voices.

Dari 26 Mei hingga 27 Jun 2017, eCurve akan menghiburkan pengunjungnya dengan persembahan oleh Colour of Voices, sebuah kumpulan acapella yang ahlinya terdiri daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan budaya. Kumpulan yang berbakat ini menerima tumpuan ramai sejak tular di laman media sosial dan pastinya akan memukau penonton dengan kelunakan dari keharmonian vokal mereka, menerusi persembahan irama sepanjang zaman, dendangan lagu-lagu Raya klasik dan muzik hit kontemporari yang akan menghidupkan suasana “balik kampung” dalam kalangan pengunjung.

Pengunjung boleh menyaksikan persembahan ini di Centre Atrium eCurve yang telah dihiasi bagaikan sebuah Bazar Hari Raya dengan kanopi berwarna merah jambu dan disinari cahaya pelita juga lampu candelier yang direka khas bagi menyerlahkan lagi kemeriahan suasana perayaan.

Azizul Hisham Ahmad, Pengurus Kompleks eCurve berkata, “Mengekalkan keharmonian dan semangat perpaduan adalah sangat penting terutamanya di bulan Ramadhan. Sehubungan itu, Colour of Voices turut membawa mesej keharmonian khususnya terhadap masyarakat majmuk di negara ini dimana ianya bertepatan dengan kemuliaan bulan Ramadhan. Dengan itu, kami menjemput segenap lapisan masyarakat untuk menikmati kemeriahan Hari Raya di eCurve.”

Pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan Colour of Voices pada pukul 3.30 petang dan 6 petang setiap hujung minggu serta hari cuti umum sepanjang tempoh kempen itu berlangsung.

Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pertunjukan seni tari yang menampilkan gabungan koreografi tari Melayu dan Timur Tengah oleh sekumpulan penari yang menggayakan fesyen hijabista yang terkini. Tarian ini pula akan diadakan jam 4 petang setiap hujung minggu.

Bagi mereka yang sedang membuat persiapan menyambut Hari Raya, terdapat pelbagai pilihan barangan yang ditawarkan oleh vendor-vendor di ruang Centre Atrium.

Bukan itu sahaja! Dengan sebarang perbelanjaan bernilai RM200 dan ke atas dari mana-mana kedai di eCurve, para pelanggan akan layak untuk menebus paket sampul Raya eksklusif serta set kusyen Raya berunsur seni pop yang disediakan khas oleh eCurve. Setiap penebusan tertakluk kepada terma dan syarat serta sementara stok masih ada.

Ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan kempen Raya Acapella Special with Colour of Voices eCurve? Sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan eCurve di talian 03-7725 0277, layari laman web www.ecurve.my atau laman Facebook di www.facebook.com/eCurveMall.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *