(SEMASA) Sambutan Raya Bersama Daisy – Peluang Memenangi Duit Raya Berjumlah RM4,500

Spread the love

IMG_0126

Saban tahun Syawal adalah waktu yang paling dinantikan oleh semua masyarakat Muslim di mana jua mereka berada. Keseronokan dan kegembiraan mula terasa beberapa hari menjelang syawal kerana seluruh kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai berkumpul untuk bermaafan dan menyambut detik manis ini bersama-sama.

Sudah menjadi lumrah Minyak Jagung Daisy dan Marjerin Daisy menjadi pilihan utama pengguna untuk penyediaan kuih raya yang lazat. Pada tahun ini, jenama Daisy akan melakukan sesuatu yang berbeza dengan membawa keseronokan dan keriangan kepada pengguna menjelang syawal ini. Jenama Daisy telah menerbitkan 4 buah klip video pendek yang mencuit hati bertajuk ‘Kuih Apa Ni?’ dan 3 video penyediaan kuih raya yang lazat, lagi kreatif dan mudah untuk disediakan buat mereka yang tersayang.

Salah satu klip “Kuih Apa Ni” dari jenama Daisy memaparkan kunjungan keluarga dan teman pada hari raya. Dalam keasyikan berborak, mereka langsung terlupa untuk menjamah kuih raya yang dihidangkan. Tetapi sejurus biskut itu dimasukkan ke dalam mulut, mereka terkejut dengan keenakan biskut tersebut hingga hilang kata-kata dan terbeliak mata. Yang terpacul hanyalah “Kuih Apa Ni?” kerana terlalu sedap. Rahsia keenakan kuih raya pastinya terdapat pada satu produk istimewa – Daisy, yang membuat kek lebih lembut, biskut yang cair di mulut serta pastri yang rapuh.

Kerana itulah bersempena dengan sambutan syawal yang bakal menjelang, jenama Daisy menganjurkan peraduan “Kuih Apa Ni?” yang akan dilancarkan bermula pada 24 Jun 2016 dan berakhir pada 15 Julai 2016.  Syarat penyertaan adalah mudah. Peserta hanya perlu menghantar swafoto (selfie) mereka bersama kuih raya buatan sendiri yang menggunakan produk Daisy ke Instagram mereka sendiri dan hashtag #kuihapani #daisy. Selain itu, peserta juga dikehendaki untuk melengkapkan slogan “Kuih Daisy saya sedap kerana ____________”. Peserta berpeluang untuk memenangi RM4,500.00 sebagai duit raya nanti.

Jangan lupa menyertai peraduan “Kuih Apa Ni” untuk peluang memenangi duit raya! Layari http://kuihapani.my untuk menonton klip-klip video dan juga maklumat mengenai peraduan. Anda juga boleh imbas kod QR berikut atau layari Facebook rasmi Daisy “Daisy Sehebat Chef” untuk mengetahui resepi-resepi kreatif daripada Daisy!

code-small

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan-pelanggan setia jenama Daisy selama ini, pihak jenama Daisy ingin menambahkan kemeriahan sambutan lebaran anda dengan menghadiahkan Mangkuk Tingkat Daisy dengan setiap pembelian Minyak Jagung Daisy 3kg.

Oleh itu, tunggu apa lagi? Sertailah peraduan “Kuih Apa Ni” dan duit raya mungkin menjadi milik anda!


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *