(SEMASA) Samyama oleh John Ang Memperkenalkan ’Devotion’ – Pameran Seni dan Fesyen di HARTA

Spread the love

Kuala Lumpur, 12hb Jun 2024 – Samyama oleh John Ang dengan hormatnya menjemput anda ke perayaan pengabdian yang luar biasa dalam seni dan fesyen di pameran terbaru HARTA, Devotion, yang berlangsung kini hingga 30 Jun 2024.

Perjalanan Pengabdian: John Ang – Pengabdian Sepanjang Hayat

Kisah pengabdian John Ang menjangkau lebih 51 tahun, bermula dengan pengalaman mendalam semasa lawatan pertamanya ke Bali pada tahun 1973, ketika dia baru hanya 17 tahun. Kini berusia 68 tahun, John telah menghabiskan beberapa dekad mengumpul kepingan karya yang mencerminkan tindakan pengabdian.

Semasa lawatan penting ke Bali itu, John melawat Hutan Monyet dan menyaksikan pemandangan yang telah meninggalkan kesan yang tidak dapat beliau dilupakan. Di antara monyet-monyet yang sedang bermain, dua wanita Bali, dihiasi dengan pakaian tarian tradisional, dengan anggunnya menari mengikut rentak muzik gamelan. Anehnya, hampir tidak ada penonton selain daripada sang monyet. Apabila beliau bertanya kepada pemandunya untuk siapa mereka menari, pemandu itu menjawab, “Untuk Tuhan.” Pendedahan ini—bahawa mereka menyatakan kesyukuran atas berkat dalam hidup mereka melalui tarian—telah mencetuskan perjalanan John untuk mendokumentasikan dan meraikan resam pengabdian sepanjang hidupnya.

Selama bertahun-tahun lamanya, John telah memerhati dan mengumpul pelbagai seni ragam pengabdian merentasi budaya. Beliau menyaksikan seorang pemandu teksi Burma menunduk hormat kepada Pagoda Shwedagon, seorang sami Laos bangun seawal 4:30 pagi untuk mengumpulkan derma untuk satu-satunya hidangan mereka, dan berduyun-duyun lelaki Melayu di Kota Bharu, Kelantan, dengan kain pelikat mereka menghadiri solat Jumaat di masjid. Detik-detik ini memperdalamkan lagi penghargaannya terhadap karya seni yang meluahkan motif pengabdian.

Pameran dan pertunjukan fesyen John mewakili pencapaian perjalanannya selama beberapa dekad. Pameran seni ‘Devotion’ bukan sahaja mengenai reka bentuk; ia mengenai konteks dan cerita di sebalik setiap karya, sama ada tekstil atau artifak antik daripada koleksi John atau dari individu-individu yang beliau temui dalam hidupnya. Kisah-kisah inilah yang melentur naratif pameran, mempamerkan bagaimana seni boleh menjadi ekspresi iman dan kesyukuran.

Batik lukisan tangan oleh artis batik Malaysia Sham Abu Bakar:

HARTA, yang bermaksud HABIB: Action for the Revival of Our Traditions and Arts, berbangga menyokong Samyama oleh John Ang dalam menghidupkan pameran ini dan berharap Devotionakan menyemarakkan semula penghargaan terhadap kualiti manusia yang mendalam ini dan memberi inspirasi kepada pembaharuan semangat dalam masyarakat kita.

Untuk memperingati pelancaran Devotion”, Samyama oleh John Ang telah menjadi tuan rumah kepada tetamu yang dihormati, media dan wakil dari kor diplomatik antarabangsa ke pertunjukan fesyen yang mempesonakan melalui pameran itu, mempamerkan karya utama dan karya fesyen daripada koleksi John. Untuk menyuntik glamor ke dalam setiap rupa, kesemua 32 pakaian telah disarungkan dengan barangan kemas yang memukaukan daripada koleksi terbaharu dan arkib HABIB. Koleksi Wafer Syiling Emas 999.9 Edisi Arabesque yang baharu dari HABIB turut dipamerkan dan tersedia untuk pembelian.

Samyama oleh John Ang juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Omar Arif dan Suraya Nordin dari Sentosa Janda Baik, Profesor Datuk Salmah Mansor, Dato’ Mohd Yusof Ahmad, Datuk Halimah Mohd Said, Scarlet Lee dari Galeri Teras, dan Husin Hourmain atas pinjaman karya seni mereka. Dengan kenalankenalan yang berfikiran sama ini, objektif yang dikongsi Samyama by John Ang pasti dapat direalisasikan.

Pameran ‘Devotion’ kini sedang berlangsung hingga Ahad, 30 Jun 2024 dan bertempat di HARTA Space, Aras 1 di atas bilik pameran HABIB II @ Ampang Point. Kunjungi untuk perayaan pengabdian yang memberi inspirasi.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *