(SEMASA) SDCC Perkenal Buffet Ramadhan Dengan Tema “A Taste of Malaysia”

Spread the love

logo-sdb1

Kuala Lumpur-Sempena kedatangan Ramadhan tidak lama lagi, Pusat Konvensyen Sime Darby (SDCC) mempersembahkan hidangan buka puasa yang membawa tema “A Taste of Malaysia”.

Diperkenalkan oleh Cef Eksekutif Azmi Md Sidek, hidangan buka puasa ini memperkenalkan aneka menu tempatan melalui 20 gerai antaranya Lok Lok Steamboat, Sup Berempah, Sizzling Hot Plate, Kuey Teow Goreng Penang, Sate, gulai kawah, Putu Mayam, Lemang, Shawarma, Ayam Tandoori berserta roti Naan serta aneka jenis cucur.

Selain itu, terdapat juga gerai yang menawarkan itik panggang rangup Peking, kambing bakar dan gerai ikan bakar dengan pilihan 7 jenis ikan. Pencuci mulut seperti kek, pulut panggang, wajik, Durian crepe, puding, tapai pulut dan banyak lagi turut ditawarkan dalam hidangan buka puasa.

Terdapat juga menu antarabangsa seperti Grilled Mini Sirloin Steak, Sushi, Sashimi dan Piza Italiano.

Pilihan air juga banyak antaranya Teh Tarik, Nescafe Tarik, Cincau, Soya, Bandung, Limau Barli, dan Smoothies Buah Istimewa.

Dengan kadar harga dari RM138 seorang, bufet buka puasa ini akan bermula pada 8 Jun 2016 sehingga 5 Julai 2016 dari jam 6.30 pm hingga 10.30pm. Kanak-kanak dibawah usia 6 tahun tidak dikenakan bayaran manakala yang berumur 6 tahun ke atas serta warga emas diberikan diskaun 50 peratus.

Bagaimanapun, baucar early bird dijual pada RM79 nett pada bulan Mac dan RM89 nett sepanjang bulan April dan Mei 2016. China Treasures juga menawarkan promosi Ramadhan dengan tema Dinner Indulgence. Sebanyak 75 jenis Dim Sum eksklusif dan 60 jenis hidangan segar ditawarkan dalam promosi itu yang berharga RM88 nett seorang. Promosi itu berlangsung dari 3 Jun hingga 7 Jun.

SDCC turut menyediakan pakej Rumah Terbuka Hari Raya dan perkhidmatan katering. Untuk tempahan, hubungi Halia di 2089 3799 atauhalia.sdcc@simedarby.com dan enquiries.sdcc@simedarby.com

kredit artikel : ira ismail/inspirasi media online


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *