Membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan peringkat kebangsaan memerlukan komitmen daripada pelajar dan juga daripada ibu bapa, memandangkan beberapa bulan sebelum peperiksaan dipenuhi dengan kelas-kelas tuisyen dan ulang kaji yang berjam-jam lamanya.
Dengan BRAND’S® Sari Pati Ayam, para pelajar boleh mendapatkan keputusan terbaik dari pembelajaran yang dibuat ketika jam-jam tambahan. Ini kerana kajian klinikal menunjukkan bahawa pengambilan suplemen makanan semula jadi secara berkala mampu memperbaiki daya tumpuan seseorang dengan ketara selain mengurangkan kelesuan.
BRAND’S® Sari Pati Ayam boleh mengurangkan kebimbangan serta kelesuan mental dan fizikal kerana ia memperbaiki peredaran darah dan aliran oksigen ke tubuh dan otak, terutamanya ke bahagian korteks prefontal pada otak yang mengawal fungsi eksekutif seperti daya tumpuan, daya ingatan bekerja, daya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, lantas membolehkan seseorang itu kekal peka dan fokus bagi menyempurnakan tugasan seharian.
Kajian ini juga disahkan oleh 25 orang pelajar, yang cemerlang dalam peperiksaan akhir mereka pada tahun lalu dan dipilih sebagai penerima Anugerah tahunan BRAND’S® SMART Achievers untuk mengiktiraf pencapaian mereka yang cemerlang dalam kedua-dua prestasi akademik dan kokurikulum.
Datang dari lapan negeri iaitu Sabah, Johor, Pulau Pinang, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan, pelajar-pelajar yang membanggakan ini berserta ibu bapa mereka yang lebih berbangga; menghadiri majlis penyampaian anugerah khas yang diadakan di Cerebos Malaysia sempena meraikan mereka di mana mereka menerima wang tunai dan produk sebagai ganjaran.
Anugerah BRAND’S® SMART Achievers mempunyai 4 kategori dengan anugerah wang tunai masing-masing – PT3 / UEC Tingkatan 3 (RM500), SPM (RM1,000), STPM / UEC Tingkatan 6 dan pra-universiti (RM1,500) dan peperiksaan universiti / kolej RM2,000).
Sejak program ini dimulakan pada tahun 2006, BRAND’S® telah mengiktiraf pencapaian seramai 228 pelajar elit dan setakat ini sudah menyampaikan anugerah wang tunai berjumlah RM223,000 termasuk RM29,000 yang disampaikan pada hari ini.
“Selama sedekad, BRAND’S® telah memberi ganjaran hadiah wang tunai kepada pelajar yang berprestasi cemerlang dan pengiktirafan sewajarnya dengan menyertai kumpulan elit BRAND’S® SMART Achievers. Anugerah ini melangkaui keputusan akademik kerana ia juga mensyaratkan prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum bagi memasuki kelab elit ini,” jelas Encik Koh Joo Siang, Naib Presiden & Pengurus Besar Cerebos Malaysia.
“Kami mahu memberi pengiktirafan kepada kedua-dua pelajar dan ibu bapa atas kejayaan mereka yang terhasil dari dedikasi dan usaha gigih, dengan sedikit rangsangan oleh BRAND’S® Sari Pati Ayam bagi mempertingkatkan daya ingatan, daya tumpuan dan tahap tenaga mereka semasa membuat ulang kaji dan aktiviti harian,” tambah Koh.
Disokong oleh lebih 40 kertas saintifik dan kajian klinikal yang menunjukkan tahap ingatan yang bertambah baik sehingga 15%, daya tumpuan yang dipertingkatkan sebanyak 22%, dan peningkatan metabolisme sehingga 16%, BRAND’S® Sari Pati Ayam adalah satu-satunya jenama sari pati ayam dalam pasaran yang terbukti secara klinikal.
Pendaftaran bagi Anugerah tahunan yang popular ini kini dibuka sehingga 31 Oktober 2016 dan para pelajar yang menduduki peperiksaan utama pada tahun ini boleh menyasarkan untuk menjadi salah seorang dari BRAND’S® SMART Achievers pada tahun hadapan. Borang pendaftaran boleh didapati dari kedai ubat Cina terpilih dan farmasi terkemuka, pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara.
Pembelian pek 14+1 x 70g atau 12 x 70g BRAND’S® Sari Pati Ayam melayakkan penyertaan dalam Peraduan BRAND’S® Made for #MindAndBody di mana 30 Hadiah Utama yang terdiri daripada Samsung Galaxy Tab A 7.0 (2016) dan 100 Hadiah Sagu Hati yang terdiri daripada 30 botol BRAND’S® Sari Pati Ayam untuk dimenangi.
Selaku teman yang dipercayai kepada para pelajar, BRAND’S® juga akan mengunjungi 32 buah sekolah menengah dan pusat tuisyen terpilih dalam beberapa minggu sebelum menjelangnya peperiksaan kebangsaan di mana mereka akan berkongsi tip-tip belajar dan memberi 17,000 botol BRAND’S® Sari Pati Ayam yang berkhasiat. Sementara itu, bagi pelajar yang mahu meneroka peluang pengajian peringkat tinggi, BRAND’S® adalah Rakan Kongsi Kesejahteraan bagi Pameran Pendidikan FACON pada bulan Disember ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di mana mereka akan berkongsi tip-tip mengenai kesihatan dan pembelajaran melalui pelbagai aktiviti.