Boon Siew Honda Sdn. Bhd. dengan sukacitanya memperkenalkan pilihan warna terkini untuk Honda ADV160, kini tampil dengan warna baharu Matte Black dan Merah, di samping warna sedia ada iaitu Putih. Reka bentuk jalur bergaya menonjolkan penampilan lasak skuter ini, menyerlahkan gaya pengembaraan dalam setiap tunggangan. Ketiga-tiga pilihan ini ditawarkan pada harga RM13,249.00. Semua harga yang dinyatakan adalah harga cadangan runcit (RRP) tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.
Bagi mereka yang mencari gaya lebih eksklusif, edisi khas Honda ADV160 memperkenalkan pilihan warna popular Kelabu, bersama warna sedia ada iaitu Matte Green. Warna-warna ini menyerlahkan lagi penampilan moden dan anggun skuter ini, memberikan lebih banyak cara untuk anda mengekspresikan gaya tersendiri. Kedua-dua pilihan ini akan ditawarkan pada harga RM13,549.00 . Semua harga yang dinyatakan adalah harga cadangan runcit (RRP) tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Honda ADV160 dengan warna baharu akan tersedia di semua bilik pameran IMPIAN X dan pengedar sah Honda di seluruh negara mulai 8 Mei 2025.
Mengenai Honda ADV160
Honda ADV160 dikuasakan oleh enjin Enhanced Smart Power Plus (eSP+) 157cc yang menawarkan kecekapan bahan api yang cemerlang, prestasi lebih lancar serta pengurangan emisi melalui reka bentuk pembakaran yang canggih dan suntikan bahan api PGM-FI yang tepat. Ciri keselamatan utama termasuk Honda Selectable Torque Control (HSTC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), dan Isyarat Henti Kecemasan (ESS) memastikan kestabilan optimum dan keyakinan penunggang dalam pelbagai keadaan.
Keselesaan dan keselamatan dipertingkatkan dengan Honda Smart Key yang dilengkapi sistem penggera anti-kecurian dan fungsi jawapan balik. Ciri praktikal harian seperti pengecas USB terbina dalam, kotak simpanan seluas 30L, dan meter LCD pelbagai fungsi memberi maklumat penting kepada penunggang.
Keselesaan ditambah lagi dengan cermin penghadang boleh laras dua tahap, rekaan rendah untuk lebih mudah dikendalikan serta tangki bahan api 8.1L yang menyokong perjalanan jauh tanpa gangguan. Inovasi tambahan seperti Sistem Henti Melahu (Idling Stop System – ISS) dan pencahayaan penuh LED melengkapkan pengalaman tunggangan yang pintar, jimat dan sedia untuk pengembaraan.
Boon Siew Honda menawarkan jaminan pengilang selama dua tahun atau 20,000 km, mana-mana yang terdahulu. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://boonsiewhonda.com.my/product/adv160 atau kunjungi Honda Impian X yang terdekat. Pelanggan juga boleh menghubungi talian bebas tol kami di 1-800-88-3993.
