(SEMASA) Selera Pantai Timur Di Restoran Nasi Pak Man Kota Damansara

Spread the love

Anda peminat masakan tradisional Kelantan ? Bagi warga kota yang sentiasa mencari hidangan tersebut, Restoran Nasi Pak Man Kota Damansara merupakan lokasi yang sesuai untuk para pengemar  juadah atau masakan dari negeri  Pantai Timur tersebut.

Terletak di 49G, Jalan Sepah Puteri 5/1B, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Malaysia, restoran yang dibuka pada akhir tahun 2016 ini berhamipran  lebuhraya NKVE exit (keluar) tol KOTA DAMANSARA dan berlokasi di tepi jalan utama.

Antara menu yang disediakan  adalah:-

Nasi Pak Man

Ini merupakan signature dish untuk Restoran Pak Man. Nasi putih bersama kuah kerutub serta ayam goreng .

Nasi Kerabu Daging Bakar

Set nasi kerabu biasa (kosong) adalah berharga RM4.80 yang mana pengunjung boleh menambah lauk antaranya daging bakar, ayam kampung , ayam goreng  dan ayam percik.

Nasi Berlauk Ayam

Set ini memang lengkap dengan nasi serta lauk iaitu ayam, sambal serta sayur iaitu timun.

Nasi Dagang Ikan

Nasi dagang yang dihidangkan dengan lauk ikan gulai

Laksam

Ia merupakan salah satu makanan tradisional negeri Kelatan yang berkuahkan isi ikan bersantan.

Pihak Restoran Nasi Pak Man Kota Damansara juga ada menyediakan juadah atau manisan sampingan antaranya

Roti Goldees

Roti paun yang dihidangkan dengan kaya atau manisan susu

Roti Tik Tak

Ini adalah Roti Tik Tak cukup popular dikalangan peminat-peminat makanan dari kedai kopitiam sebagai roti goyang. Sebab adanya sebiji telur separuh masak yang tergoyang-goyang diatas roti tersebut berserta kaya.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *