Kini mungkin adalah waktu yang agak mencabar kepada negara kita, tetapi rakyat Malaysia tidak mudah mengalah. Ketabahan pada waktu kesusahan merupakan semangat di sebalik “The Best of You 2015”. Pergerakan “The Best of You” dilancarkan di Malaysia dan Singapura pada tahun lalu oleh pengeluar biskut terkenal, Julie’s. Tahun ini, kami ingin memberi pengiktirafan kepada semangat kental rakyat Malaysia yang berjaya mengatasi kesukaran, mengatasi cabaran dan menampilkan diri yang terbaik mereka secara berterusan. Kesimpulannya, “The Best of You 2015” adalah mengenai penghargaan, keberanian dan ketabahan pada saat-saat kesusahan.
Pada awal tahun ini, Pergerakan “The Best of You 2015” menyeru kepada orang ramai supaya menghantar dan berkongsi kisah peribadi berunsur inspirasi serta pengalaman menampilkan diri mereka yang terbaik melalui laman sesawang www.thebestofyou.my dan juga melalui pameran mini di sekitar Lembah Klang, Kolej New Era, Kolej Antarabangsa KBU, Mines Shopping Centre, Sunway Pyramid dan SACC Mall. Ramai yang menghantar kisah mereka melalui pelbagai pendekatan kreatif termasuklah tulisan, seni dan reka bentuk, fotografi, klip video dan muzik. Sambutan terhadap pameran ini amat baik. Sejumlah 2200 buah kisah yang penuh dengan mesej penghargaan serta menyentuh hati telah kami terima.
“The Best of You adalah berdasarkan penghargaan dan pengiktirafan yang ringkas dan sejagat. Sejak pelancaran, kami telah menerima banyak sokongan daripada orang ramai dalam pelbagai bentuk kisah yang mengharukan, menginspirasikan serta memberikan tenaga positif,” kata Encik Sai Tzy Horng, penasihat dan jurucakap The Best of You. “Pameran merupakan satu pentas yang ideal untuk berkongsi semangat pergerakan ini melalui hasil karya orang awam, tokoh-tokoh, mereka yang berbakat serta organisasi yang menyokong namun turut mendapat inspirasi daripada pergerakan ini.”
Pameran “The Best of You” yang dianjurkan di Centre Court IOI City Mall dari 28 Oktober hingga 1 November akan mempamerkan seratus lebih buah kisah daripada orang awam dan artis-artis tanahair. Kemasukan adalah percuma. Pameran ini turut menekankan karya seni daripada seniman-seniman, mereka yang berbakat serta tokoh-tokoh tempatan dan antarabangsa yang telah bertapak mahupun sedang meningkat maju hasil inspirasi daripada pergerakan ini.
Selebriti terkenal Fizo Omar, jurugambar pemenang anugerah Bob Lee dan seniman berbakat Philip Wong adalah antara tokoh-tokoh penting yang akan menghadiri pameran tersebut. Ma Chiu, seniman kraftangan dari Taiwan akan mengadakan bengkel melukis batu. Sada Borneo, kumpulan muzik Malaysia dengan 11 ahli dari seluruh negara akan mempersembahkan muzik Malaysia “Baharu” mereka – hasil gabungan unsur tradisional, moden, etnik dan alam semula jadi. Penyanyi Bih Zhu pula akan menghiburkan orang ramai dengan muzik jaz beliau. Humans of Kuala Lumpur yang mengambil gambar karenah orang-orang Kuala Lumpur juga turut dipamerkan.
LAMPIRAN
Program Pameran The Best of You
Bengkel Melukis Batu oleh Ma Chiu
Tarikh : 31/10/2015, Sabtu
Masa : 2:00ptg – 4:00ptg
Demonstrasi Seni Kopi secara langsung oleh Vivian Lees
Tarikh : 31/10/2015, Sabtu
Masa : 4.30ptg – 5:00ptg
Persembahan oleh Sada Borneo “Moden Bertemu Dengan Tradisional”
Tarikh : 31/10/2015, Sabtu
Masa : 8:30mlm – 9:00mlm
Seni Daun secara langsung oleh Leaf Man
Tarikh : 1/11/2015, Ahad
Masa : 1:00ptg – 1.30ptg
Semua Orang Boleh Melukis, Melukis Dari Hati Kita oleh Philip Wong
Tarikh: 1/11/2015, Ahad
Masa: 2:00ptg – 4:00ptg
Menyanyi bersama Bih Zhu
Tarikh: 1/11/2015, Ahad
Masa: 8:30mlm – 9:00mlm