(SEMASA) Seramai 200 Kanak-kanak dari Komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) Dilengkapi Keperluan Kembali Ke Sekolah Melalui Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP

Spread the love

Kuala Lumpur, 6 Mac 2023 – Majoriti keluarga Malaysia, dan anak-anak yang bersekolah sudah pastinya tidak sabar untuk menantikan permulaan penggal persekolahan baharu sebagai peluang untuk membina ilmu dan mencari kawan baru. Walau bagaimanapun, situasi ini berbeza bagi keluarga miskin bandar yang bimbang akan bebanan kos untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak mereka. Namun pengorbanan ke atas perbelanjaan rumah yang lain harus dibuat kerana menyedari bahawa pendidikan adalah penting demi masa depan anak-anak dan ia juga merupakan kunci untuk membasmi kitaran kemiskinan. Selain itu, tekanan inflasi global semasa telah meningkatkan bebanan sara hidup dan dilema mereka untuk mengharungi kehidupan di celah-celah kota metropolitan. Selain itu, tekanan inflasi global semasa telah meningkatkan bebanan sara hidup dan dilema mereka untuk mengharungi kehidupan di celah-celah kota metropolitan.

Memahami kesusahan yang dialami oleh golongan rentan ini , TOP, Jenama Detergen No 1[1] di Malaysia melalui kempen penjanaan dana amal Cerahi Kehidupan Bersama TOP telah berbesar hati memberi sumbangan kepada 200 pelajar Tahun Satu daripada keluarga-keluarga miskin bandar yang menetap di komuniti PPR di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang dengan keperluan kembali ke sekolah.

Kempen itu turut disokong dengan kerjasama daripada MYDIN dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), serta rakyat Malaysia yang pemurah. Sebahagian daripada jualan produk pencuci TOP terpilih yang dibeli dari kedai MYDIN seluruh negara dari 15hb Disember 2022 hingga 15hb Januari 2023 disalurkan bagi membantu keluarga miskin bandar dengan menyediakan keperluan persekolahan kepada anak-anak mereka. Manakala JKM pula membantu mengenal pasti kumpulan sasar dengan menyenarai pendek senarai penerima mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, melawat keluarga terpilih serta membantu untuk membuat ukuran saiz bagi pakaian seragam dan kasut. Keutamaan diberikan kepada keluarga dengan anak-anak yang memasuki Tahun Satu pada tahun persekolahan 2023/2024, namun begitu beberapa murid Tahun Dua dan Tahun Tiga daripada keluarga yang memerlukan turut disenaraikan.

Keperluan kembali ke sekolah adalah termasuk pakaian sekolah, kasut sekolah, stoking, set alat tulis, bekas pensel, beg sekolah, tag beg peribadi dan pensel warna untuk setiap kanak-kanak. Selain itu, setiap keluarga juga akan menerima pek 2.1kg detergen serbuk TOP Super Color dan dispenser detergen yang boleh diguna semula. TOP akan menghantar pek kembali ke sekolah ke pejabat JKM untuk diedarkan kepada keluarga miskin dan berkeperluan yang telah dikenal pasti dari komuniti PPR sebelum 15 Mac 2023, menjelang penggal persekolahan baharu.

Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP yang bermula pada 2015 telah memanfaatkan 3,406 kanak-kanak daripada 104 komuniti di seluruh negara dengan sumbangan keperluan kembali ke sekolah, dan produk detergen TOP kepada keluarga miskin dan berkeperluan.

Cik Carmen Foo, Pengurus Besar Kanan Southern Lion Sdn Bhd, berterima kasih kepada MYDIN, JKM dan para pelanggan TOP bagi memastikan masa depan yang lebih cerah untuk kanak-kanak daripada komuniti PPR.

“Berdasarkan trend perbelanjaan pengguna, kami menjangkakan kutipan dana yang lebih rendah. Namun demikian, pelanggan TOP yang membeli-belah di MYDIN telah memberikan sokongan mereka terhadap kempen ini kerana seperti kami, mereka turut merasakan kepentingan pendidikan dan kesejahteraan komuniti PPR. Kami sangat gembira dengan keprihatinan pelanggan TOP. Tahniah kepada pihak JKM atas kerjasama mereka yang efisien dan mesra dengan komuniti PPR, dan atas sokongan logistik untuk mengagihkan barangan keperluan ini kepada keluarga yang terlibat. Terima kasih kepada semua atas kerjasama dalam kempen ini. Seramai 200 pelajar Tahun Satu daripada komuniti PPR berpeluang untuk menikmati masa depan yang lebih cerah, terima kasih kepada anda,” ujar Cik Carmen Foo.

Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP pada kali ini telah memberi manfaat kepada komuniti di PPR Seri Pahang dan PPR Seri Pantai di Lembah Pantai, serta PPR Desa Rejang di Setiawangsa, Kuala Lumpur; PPR Taman Putra Damai di Lembah Subang Selangor; PPR Taman Cendana di Pasir Gudang, Johor; serta PPR Desa Wawasan dan PPR Ampang Jajar  Pulau Pinang.

Mengulas kerjasama itu, JKM menghargai serta menggalakkan usaha murni TOP menganjurkan kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP memandangkan masyarakat miskin bandar yang berhadapan dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barangan keperluan akibat tekanan inflasi global.

Dibangunkan oleh Lion Corporation Japan, TOP dikenali sebagai jenama yang mempertahankan konsep kehidupan bersih bagi menggalakkan pencucian pakaian yang lebih sempurna, selesa dan sejahtera menerusi inovasi-inovasi baharu. Ia terkenal dengan inovasi Advanced Micro-Clean Tech dan Anti-Microbial Tech Lion Japan, menyampaikan teknologi detergen generasi baharu yang menyingkirkan 99.9% virus berbahaya termasuk (virus COVID-19 dan Influenza A) serta bakteria[2].

TOP menyumbang serbuk detergen berprestasi tinggi TOP Super Colour kepada setiap murid agar pakaian mereka, termasuk uniform sekolah, bersih sempurna.

“Rangkaian TOP Colour Signature  yang terdiri daripada serbuk detergen premium Super Colour dan cecair detergen premium Colour Protect dengan teknologi terkini 5D Colour ProTech baharu membenarkan pengguna mencuci kesemua pakaian[3] mereka tanpa perlu risau sama ada warna akan turun, malah pakaian berwarna akan kekal cerah dan pakaian gelap tidak luntur warna. Ia mengelakkan fabrik daripada cepat lusuh, memastikan ia kelihatan baharu dengan lebih lama, sekali gus menggalakkan kehidupan yang lebih lestari,” tambah Cik Carmen Foo.

Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP, yang dianjurkan buat lapan tahun berturut-turut, bertujuan untuk memotivasikan pelajar daripada komuniti terpinggir dan isi rumah B40 agar mencapai kejayaan menerusi peningkatan keyakinan diri. Kempen ini juga mendidik mereka tentang kepentingan menjaga pakaian agar ia sentiasa bersih dan dicuci rapi.

 “Terima kasih pihak TOP dan JKM atas sumbangan yang tepat pada masanya. Ia telah meringankan beban keluarga kami, dan memberikan anak saya keyakinan untuk pergi ke sekolah pada tahap yang sama seperti rakan sekelas yang lain,” kongsi salah seorang penduduk PPR.


“Saya mahu pergi ke sekolah untuk menjadi lebih bijak, dan untuk mendapat lebih ramai kawan. Terima kasih atas pakaian seragam dan kasut,”
kata salah seorang penerima yang gembira.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan TOP, sila layari laman http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan   1800-880-133.

Cerahi Kehidupan Bersama TOP 2015 hingga 2023

Tahun Bil. Kanak-Kanak yang Bermanfaat NGOs/Komuniti
2015 440 20
2016 400 16
2017 439 18
2018 500 18
2019 674 7
2020 420 6
2021 333 12
2022 200 7
Total 3,406 104

[1] Berdasarkan Indeks Perkhidmatan Peruncitan bagi Kategori Detergen selama 12 bulan yang  berakhir Mac 2021 di Total Malaysia (copyright©️ 2021, The Nielsen Company (M) Sdn Bhd)

[2]  Berdasarkan ujian makmal bebas yang dijalankan di Jepun.

[3] Pastikan pengguna sentiasa memeriksa sama ada warna baju baru mereka akan turun sebelum memasukkan bersama pakaian biasa sebelum cucian. Kapas, wul dan sutera adalah lebih mudah untuk turun warnanya dalam beberapa cucian awal berbanding material sintetik seperti poliester, nilon dan akrilik. Cucian material-material ini secara berasingan menggunakan gentle cycle dan air sejuk agar lebih selamat.

 

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *