(SEMASA) Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur Mempersembahkan Pantai Timur Fest 2025 – Merasai Warisan Kulinari & Budaya Pantai Timur

Spread the love

Kuala Lumpur, 13 September 2025 – Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur dengan bangganya mempersembahkan Pantai Timur Fest 2025, sebuah festival kulinari dan budaya yang bakal berlangsung dari 2 hingga 21 Oktober 2025. Festival ini menampilkan keunikan warisan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang melalui hidangan tradisi, persembahan seni, serta pengalaman interaktif untuk seisi keluarga. Festival ini turut dianjurkan bersempena menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026, sekaligus memperkukuh peranan Kuala Lumpur sebagai pusat pelancongan kulinari dan penceritaan budaya.

Pantai Timur Fest 2025 ini merupakan hasil kolaborasi bersama Tourism Malaysia serta kerjasama pelbagai agensi kerajaan tempatan. Kolaborasi ini bukan sahaja memperkukuh usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026, malah menjadikan festival ini sebagai platform terbaik untuk memperkenalkan warisan budaya dan gastronomi Pantai Timur kepada masyarakat tempatan dan pelancong antarabangsa.

Butiran Acara Fasa 1: Festival Utama (2 – 5 Oktober 2025)

Lokasi: Kawasan Parkir VIP, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Masa: 9.00 pagi – 9.00 malam setiap hari Tarikan Utama:

  • Lebih 30 gerai makanan menampilkan Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Keropok Lekor, Laksam dan pelbagai lagi.
  • Demonstrasi masakan bersama chef jemputan dan selebriti.
  • Persembahan budaya termasuk dikir barat, gamelan dan wayang kulit.
  • Persembahan busker, cabutan bertuah, hadiah serta zon bergambar berkonsep budaya.
  • Aktiviti mesra keluarga dengan permainan tradisional dan photobooth.

Fasa 2: Pameran Restoran (6 – 21 Oktober 2025)

Lokasi: Restoran Zende, Aras 3, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur Tarikan Utama:

  • Pameran kulinari Pantai Timur selama 16 hari dengan menu berbeza setiap hari.
  • Hidangan hasil air tangan chef Seri Pacific bersama chef jemputan dari Pantai Timur.
  • Suasana dihiasi dekorasi songket, batik dan motif wau.
  • Stesen masakan langsung dan kuih tradisional segar.
  • Paparan budaya dan demonstrasi interaktif.

Menurut Is. Leftenan Kolonel (PA) Razmi Rahmat, Pemangku Pengurus Besar Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur,

“Pantai Timur Fest 2025 bukan sekadar pesta makanan, tetapi satu perjalanan budaya. Melalui gabungan kulinari, seni persembahan dan pengalaman interaktif, kami ingin membawa keunikan Pantai Timur lebih dekat kepada masyarakat kota serta pengunjung antarabangsa.”

Antara tarikan utama ialah jualan dan demo masakan warisan yang membolehkan pengunjung merasai kelazatan masakan asli pantai timur sambil menyaksikan proses penyediaannya secara langsung. Pengunjung juga berpeluang berinteraksi dengan selebriti jemputan dan menyertai persembahan kebudayaan yang menampilkan tarian dan muzik tradisional yang memukau. Selain itu, pihak penganjur juga menyediakan 10 ‘Celebrity booth’ bagi memeriahkan festival itu nanti dibawah kelolaan Persatuan Karyawan Malaysia.

Aspek paling menarik dalam festival ini ialah cabutan bertuah yang menjanjikan hadiah-hadiah menarik kepada para pengunjung yang bertuah. Persembahan kebudayaan yang dipersembahkan sepanjang festival akan menampilkan pelbagai tarian dan persembahan muzik tradisional yang mencerminkan kekayaan budaya masyarakat pantai timur.

Festival ini juga membuka peluang kepada pengusaha makanan, penggiat seni dan pengkarya tempatan, di samping menegaskan kedudukan Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur sebagai sebuah hab budaya dan pelancongan.

Oktober ini, datanglah ke Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur untuk merasai, meneroka dan menghayati warisan Pantai Timur – semuanya di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.

Mengenai Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur ialah hotel bertaraf 5 bintang yang terletak di pusat bandar, bersebelahan dengan World Trade Centre (WTC). Hotel ini menawarkan 561 bilik mewah, kemudahan bertaraf dunia serta perkhidmatan terbaik untuk tetamu korporat dan pelancong.

Untuk maklumat lanjut, layari www.seripacifichotel.com      atau     WhatsApp +018-205 7525. Ikuti kami di Facebook (Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur) dan Instagram (@seripacificofficial) untuk promosi serta kemas kini terkini.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *