KUALA LUMPUR, 20hb Julai 2017 – Kepada semua penggiat skrin, inilah masa untuk menyerlah! Jenama coklat kegemaran ramai M&M’s kini mengundang semua peminat untuk mendemonstrasikan minat mereka terhadap M&M’s beserta aktiviti skrin kegemaran mereka melalui Anugerah Screen Bite 2017 yang sulung. Pertandingan serantau ini sedang dilancarkan secara serentak di tiga buah negara – Malaysia, Filipina dan Thailand – dan ia bakal menyaksikan peminat M&M’s bertanding bagi merebut peluang percutian untuk dua orang ke Universal Studios di Osaka, Jepun.
Bermula dari 1 – 22 Ogos, peminat M&M’s dan konsumer Malaysia akan diminta untuk berkongsi saat-saat ceria ‘skrin’ mereka dengan menghantar sama ada gambar atau video pendek berdurasi 20 saat berasaskan tiga kategori – #BestWOW (aksi), #BestLOL (komedi), atau #BestXOXO (cinta) – yang turut memaparkan M&M’s kegemaran mereka. Enam calon dari setiap negara akan disenaraipendekkan ke fasa undian di mana mereka perlu mencapai bilangan undian tertinggi untuk memenangi Hadiah Utama.
“M&M’s mengiktiraf kepentingan aktiviti skrin dalam kehidupan warga Malaysia; sama ada ia melibatkan menonton wayang di panggung wayang, TV di rumah atau video melalui YouTube, melayari media sosial atau bermain permainan mudahalih atau konsol. Maka, kami menganjurkan Anugerah Screen Bite M&M’s untuk para peminat berkongsi saat-saat masa skrin indah mereka bersama rakan dan kaum keluarga. Kami percaya bahawa kempen ini adalah satu platform yang baik buat kami untuk berhubung dengan peminat M&M’sdan membawa mereka bersama-sama meraikan keseronokan dan hiburan dengan teman masa skrin yang sempurna, iaitu M&M’s,” komen Yee Pek Kuan, Pengarah Kategori MARS Chocolate SEA.
Sempena pelancaran Anugerah Screen Bite M&M’s, rakan-rakan M&M’s Malaysia telah dijemput untuk bersama menyaksikan tayangan eksklusif filem Baby Driver, salah satu daripada filem yang paling hangat pada musim panas ini, di MBO Cinemas di Starling Mall. Selaku teman masa skrin yang sempurna, pengalaman sinematik ini ditingkatkan lagi dengan campuran khas coklat M&M’s, untuk dinikmati semasa filem sedang ditayangkan. Antara rakan M&M’s yang telah hadir termasuk sensasi YouTube Luqmannulhakim Kamaruddin (Luqman Podolski) serta pelakon Shaheizy Sam yang membintangi ‘Polis Evo’.
Tatacara Pertandingan Anugerah Screen Bite M&Ms
Untuk menyertai Anugerah Screen Bite M&M’s, konsumer hanya perlu mengikut tiga langkah mudah berikut:
- Bermula dari 1 – 22 Ogos, log masuk ke laman web rasmi Anugerah Screen Bite M&M’s:
- Daftar dan pilih kategori untuk memuat naik gambar atau video 20 saat anda:
- #BestWOW: Kongsikan detik paling penuh aksi atau beradrenalin dengan M&M’s kegemaran anda
- #BestLOL: Kongsikan cara anda menikmati M&M’s kegemaran andayang paling lucu dan kelakar
- #BestXOXO: Cinta berada di mana-mana sahaja! Kongsikan cara yang paling romantik atau comel di mana anda berkongsi M&M’s kegemaran anda bersama insan yang disayangi
- Muat naik saat masa skrin terbaik anda untuk peluang memenangi Hadiah Utama
Dua finalis daripada setiap kategori akan dipilih untuk mewakili negara mereka di fasa undian bermula dari 7 – 21 September 2017, di mana para konsumer berpeluang untuk mengundi saat masa skrin yang digemari. Pemenang Hadiah Utama akan diumumkan pada 29 September 2017.
Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah Screen Bite M&M’s, sila layari www.screenbiteawards.com atau www.facebook.com/mmsMalaysia.