Lanjutan dari Cabaran Shaylanista 2.0, SAFI jenama halal no.1 tempatan membawa 5 pemenang bersama selebriti bertudung tanah air – Fara Fauzana bagi merasai pengalaman Skydiving dan Skywalk di New Zealand yang amat mencabar dan menguji keberanian serta keyakinan diri.
Cik Hayatul Farah Binti Miptah , Pembantu Pengurus Produk berkata: “Sepanjang cabaran selama 4 bulan (bermula November 2015- Februari 2016),lebih daripada 120 peserta telah berentap di Skytrex Adventure Shah Alam dan Escape Play, Pulau Pinang untuk merebut gelaran juara. 5 Shaylanista yang berjaya memenangi cabaran tersebut telah layak untuk merasai pengalaman mencabar ini di New Zealand baru baru ini”.
Katanya lagi, “pengalaman ini menjadi lebih berharga dengan kehadiran Fara Fauzana, selebriti bertudung yang sentiasa gemar dengan aktiviti lasak justeru mencerminkan epitome SAFI Shayla, “Tiada Batasan, Serlahkan Diri”
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Auckland yang mengambil masa selama 11 jam setengah disambut mesra dengan panorama indah Auckland Waterfront serta menikmati pemadangan Harbour Bridge dari Queen Street. Para pemenang yang juga dikenali sebagai ‘gadis shaylanista’ tidak ketinggalan melawat muzium di New Zealand dan mempelajari budaya dan asal usul masyarakat New Zealand. Selain itu, persembahan tarian Haka- sejenis tari perang suku kaum Maori New Zealand mencuri tumpuan orang ramai yang hadir. Setiap hentakan kaki keras, serta tepukan tubuh berirama mengiringi syair tarian yang melambangkan keberanian dan semangat kepahlawanan.
Hari kedua merupakan hari yang dinanti-nantikan. Pengalaman terindah dan mencabar di New Zealand dimulakan dengan aktiviti Skydiving- sukan luncur udara. Para peserta bersama Fara Fauzana dibawa naik ke udara dan terjun dari pesawat pada ketinggian 13,000 kaki aras udara! Dibantu oleh para jurulatih berpengalaman, gadis-gadis Shaylanista diajar mengenai langkah-langkah keselamatan serta panduan terperinci diberikan agar pendaratan bagi terjunan selaju 200 kilometer sejam dapat dilakukan dengan lancar dan selamat.
“Sebagai seorang gadis yang amat menggemari sukan ekstrem, saya berasa amat bertuah kerana pihak SAFI telah menjadikan impian saya satu kenyataan! Ini sememangnya merupakan pengalaman yang indah dan tidak dapat dilupakan. Terima kasi SAFI!”.Luah Earnie Dzaliny bt Abdullah penuh teruja.
Menurut seorang lagi pemenang cabaran ini, Fitrie Quraisha bt Zainol berkata: “pemandangan New Zealand dari udara sangat cantik dan menakjubkan. Siapa sangka saya mampu meluncur pada ketinggian 13,000 kaki aras udara! Kini saya lebih yakin untuk melakukan lebih banyak lagi cabaran ekstrem”
Pengalaman mencabar gadis Shaylanista ini diteruskan dengan aktiviti Skywalk pada hari ketiga. Para peserta memberanikan diri berjalan di atas Sky Tower, menara tertinggi di Bandar Auckland. Di pertengahan jalan pada ketinggian 192 meter dari aras tanah, peserta berhenti untuk menikmati pemandangan memukau Bandar Auckland dan Harbour. Malah gadis –gadis Shaylanista ini turut mencabar diri untuk berdiri di bucu menara! Pengalaman ini sememangnya menguji tahap fizikal dan mental setiap individu yang melakukannya.