(SEMASA) ShopBack: Penjual Online akan meningkatan jualan empat kali ganda semasa Singles Day (11.11.16)

Spread the love

shopbackKuala Lumpur, 3 November 2016 – Platform pulangan tunai (Cashback) ShopBack menjangka jualan online terbesar di dunia pada 11.11, yang dikenali sebagai ‘Singles Day’, akan meningkatkan jualan sekurang-kurangnya empat kali ganda kepada laman e-dagangnya di Malaysia.

image-sharmeen-looi-chief-operating-officer_ketua-pegawai-operasi-shopback-malaysia“Dari kaji selidik online yang dijalankan baru-baru ini ke atas 2,000 responden di Malaysia, hampir 70 peratus darinya mengetahui tentang Singles Day, dan 90 peratus dari mereka akan membuat pembelian,” dedah Sharmeen Looi, Ketua Pegawai Operasi ShopBack Malaysia.

“Kami menyaksikan trafik web enam kali ganda lebih tinggi dari biasa, diarahkan ke laman rakan niaga kami pada 11.11 tahun lepas. Ia menghasilkan peningkatan jualan secara purata sebanyak 400%. Melihatkan kepada keinginan membeli-belah yang tinggi tahun ini, kami yakin akan mencapai 400% nilai dagangan kasar (Gross Merchandise Value – GMV) sekali lagi bersama rakan niaga kami yang diterajui oleh Taobao, Tmall dan AliExpress dari kumpulan Alibaba,” tambah beliau.

shop1Graf 1: Kesedaran dan keinginan membeli-belah online pada 11.11 adalah tinggi di kalangan pelanggan di Malaysia, menurut kaji selidik pelanggan online ShopBack 2016

Pembeli suka tawaran diskaun dan keutamaan kategori mereka berubah mengikut usia

Kaji selidik ini meliputi pandangan dari 2,000 pembeli online yang aktif, berusia di antara 18-50 tahun. Hasil kajian ini menunjukkan 84% responden biasanya membeli lebih dari satu kategori setiap kali, dan kebanyakan dari mereka sanggup membeli sesuatu kerana tawaran yang bagus.

Harga adalah faktor no.1 di dalam pembelian online, diikuti dengan kesediaan Cashback dan tawaran eksklusif, serta penghantaran yang pantas dan berpatutan.

“Sama seperti pemerhatian kami sebelum ini, Elektronik, Pelancongan, Isi Rumah & Kehidupan, serta Kesihatan & Kecantikan kekal sebagai kategori paling popular. Pembeli sentiasa membuat kajian sendiri sebelum berbelanja, dan ia adalah aspek yang sedang kami usahakan sekarang – membantu pelanggan membuat pilihan bijak semasa membeli, dengan memperkenalkan fungsi tambahan ke dalam platform Cashback kami tahun depan.”

“Selain itu, kami turut menemui kecenderungan membeli-belah dalam Kesihatan & Kecantikan, termasuk kategori Fesyen berkurangan mengikut usia. Ia mungkin perubahan dalam fokus seseorang dari keinginan peribadi kepada komitmen keluarga, seiring peningkatan usia. Manakala keinginan membeli-belah dalam Ruang Makan dan Isi Rumah & Kehidupan pula meningkat mengikut usia,’ tambah Looi.

shop2Graf 2: Harga rendah, Cashback dan tawaran eksklusif, penghantaran yang cepat dan berpatutan, adalah tiga faktor terpenting dalam pembelian online

shop3Graf 3: Keinginan untuk membeli dalam kategori Kesihatan & Kecantikan, Fesyen berkurangan mengikut usia, manakala keinginan membeli dalam kategori Ruang Makan, Isi Rumah dan Kehidupan pula meningkat mengikut usia

Pembeli di Malaysia akan berbelanja lebih semasa Singles Day, Alibaba mensasarkan pasaran di luar China

Dari segi perbelanjaan, responden menyatakan mereka telah menyediakan bajet lebih tinggi untuk jualan Singles Day, dengan 28% dari mereka menyediakan lebih dari RM300 (11% pada hari biasa) untuk membeli-belah, 20% menyediakan RM200-RM299 (15% pada hari biasa), 33% responden pula menyediakan RM100-RM199 (41% pada hari biasa) dan 19% lagi menyediakan kurang dari RM100 (33% pada hari biasa).

Singles Day pada asalnya disambut oleh mereka yang bujang di China, mendapat namanya dari tarikh 11.11 yang memiliki empat nombor 1 yang keseorangan. Kumpulan e-dagang gergasi China, Alibaba, memulakan jualan Singles Day pada tahun 2009, memberi diskaun besar-besaran  dan menggalakkan orang ramai membeli sesuatu untuk menjadikan mereka lebih gembira pada hari tersebut. Ia telah menjadi jualan online paling besar di dunia, dengan rekod jualan sebanyak USD 14.3 bilion dicatatkan tahun lepas, mengatasi Cyber Monday Amerika Syarikat (USD 3.07 bilion) dan Black Friday (USD 2.74 bilion).

shop4Graf 4: Pembeli menyediakan bajet lebih tinggi untuk pembelian pada Singles Day

Tahun ini, kumpulan Alibaba menjangka akan memecahkan rekod lama mereka, dan menyediakan beberapa acara seperti pertunjukan fesyen online, permainan mudahalih realiti tambahan (AR), dan persembahan Katy Perry untuk menceriakan pembeli.

Dalam satu laporan, mereka merancang untuk mengembangkan Singles Day ke peringkat antarabangsa, menjangkau pasaran di luar China dengan Hong Kong dan Taiwan sebagai lokasi pertama, diikuti Asia Tenggara dan negara lain di seluruh dunia kemudiannya[1].

Di Asia Tenggara, ShopBack adalah rakan niaga Cashback pertama Taobao, dan kedua-duanya telah bekerjasama sejak 2014 untuk memberi ganjaran kepada pelanggan sehingga 50% Cashback dalam bentuk wang tunai sebenar, menerusi platform aplikasi, mudahalih dan web. Selain Taobao, syarikat e-dagang seperti Lazada, Groupon, Qoo10 turut sama menyertai arus ini dan memberikan Cashback menerusi Shopback pada 11.11. Syarikat telah berjaya memberikan pembeli di Malaysia untuk mendapatkan tunai sebanyak RM5.4 juta sehingga kini, membawakan sekurang-kurangnya tujuh pesanan kepada rakan niaga setiap minit.

[1] Diambil dari  http://fortune.com/2016/10/20/china-singles-day-alibaba/


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *