(SEMASA) SIRI HUAWEI PURA 80 TIBA DI MALAYSIA DENGAN KEBOLEHAN KAMERA GENERASI BAHARU DAN GAYA IKONIK

Spread the love

KUALA LUMPUR, 24 JULAI 2025 — Selepas pelancaran global yang dinanti-nantikan di Dubai, HUAWEI secara rasmi memperkenalkan Siri HUAWEI Pura 80 di Malaysia hari ini, menandakan satu lonjakan revolusioner dalam teknologi pengimejan mudah alih dan rekaan berfesyen tinggi. Terdiri daripada HUAWEI Pura 80 Pro dan HUAWEI Pura 80 Ultra, siri ini memperkenalkan pengalaman mudah alih generasi baharu yang menggabungkan kehebatan fotografi dengan sentuhan pertukangan halus serta inovasi pintar.

Mewakili falsafah rekaan dan kepimpinan pengimejan yang diperbaharui, Siri HUAWEI Pura 80 terus menetapkan standard baharu untuk telefon pintar flagship. Dicipta untuk mereka yang menuntut kesempurnaan dari segi prestasi dan estetika, siri ini menyatukan perkakasan termaju, integrasi AI berkuasa, serta gaya reka bentuk yang memikat pandangan.

Siri ini menampilkan Dazzling Forward Symbol ikonik, simbol keanggunan dan inovasi yang menyerlahkan identiti jenama. Model Pura 80 Ultra hadir dalam Prestige Gold dan Golden Black, manakala Pura 80 Pro tampil dengan warna eksklusif Glazed Red, serta pilihan Glazed White dan Glazed Black yang menyerlahkan kemasan berkilau penuh sofistikasi.

Fotografi Peringkat Profesional di Genggaman Anda

Dengan pengimejan sebagai tunjang, HUAWEI Pura 80 Ultra memperkenalkan Sistem Kamera Telefoto Dwi-Tukar pertama industri, menggabungkan lensa telefoto 3.7x dan 9.4x dalam satu struktur optik yang padat. Berkongsi sensor besar 1/1.28 inci, sistem ini membolehkan pertukaran fokus jarak dekat dan jauh dengan lancar, memberikan zum optik sebenar dalam satu modul dengan keupayaan cahaya yang luar biasa. Hasilnya, pengguna boleh merakam potret tajam dan close-up sinematik dari pelbagai jarak, termasuk dalam keadaan cahaya rendah.

Turut diperkenalkan ialah Kamera HDR Ultra Lighting 50MP 1-inci, dengan julat dinamik 15 kali ganda lebih tinggi berbanding telefon pintar biasa — mencapai 16EV, hampir menyamai kamera sinema profesional pada 16.5EV. Dengan bukaan boleh ubah F1.6 hingga F4.0, pengguna boleh mengawal pencahayaan dan kedalaman secara optimum. Teknologi Triple Light Enhancement milik HUAWEI menjadikan rakaman video setaraf filem lebih jelas dan terperinci walaupun dalam senario rumit seperti cahaya belakang, bunga api atau api.

Model HUAWEI Pura 80 Pro pula dilengkapi dengan Kamera Ultra Lighting 1-inci, menonjol dalam pelbagai situasi pencahayaan — dari panorama malam di bandar hingga potret tona kulit semula jadi. Kamera Ultra Chroma pula menjamin ketepatan warna hingga ke tahap piksel walaupun dalam keadaan cahaya yang mencabar.

Satu lagi ciri unggul Pura 80 Pro ialah Kamera Ultra Lighting Macro Telephoto, dengan apertur F2.1 yang membolehkan 40% lebih banyak cahaya ditangkap berbanding kamera tradisional. Dengan julat zum 4x optikal hingga 100x digital, serta jarak fokus dekat 5cm, ia sangat sesuai untuk fotografi makro berdefinisi tinggi — dari titisan embun hingga tekstur objek harian.

Inovasi Pintar & Reka Bentuk Tahan Lasak

Lebih daripada sekadar telefon kamera, siri ini turut dilengkapi AI Smart Controls Button baharu yang memberikan akses segera kepada fungsi kegemaran seperti kamera, lampu suluh dan kanta AI, serta menyokong pengecaman cap jari untuk keselamatan tambahan.

Paparan HUAWEI X-True™ yang ultra-jelas menawarkan kecerahan puncak 3000 nits, kadar segar semula adaptif sehingga 120Hz, dan paparan tajam walaupun di bawah cahaya matahari terik. Di sebalik reka bentuk elegan tersembunyi bateri 5170mAh dengan 100W HUAWEI SuperCharge dan 80W pengecasan tanpa wayar — memastikan prestasi sepanjang hari.

Kaca 2nd-Gen Crystal Armor Kunlun pada model Pura 80 Ultra memberikan 16 kali lebih tahan calar dan 25 kali lebih tahan jatuh berbanding generasi terdahulu, manakala versi Pura 80 Pro dilindungi kaca Kunlun generasi kedua yang 20 kali lebih kuat berbanding kaca standard.

Promosi & Ketersediaan

Siri ini menyokong AppGallery yang memastikan akses kepada aplikasi penting dengan pengalaman yang lancar dan selamat. Kempen jualan rasmi HUAWEI Pura 80 Series 2025 akan berlangsung dari 2 Ogos hingga 31 Disember 2025, di mana pelanggan yang membeli mana-mana model dalam tempoh ini berpeluang menebus hadiah eksklusif bernilai sehingga RM2,978*, tertakluk kepada siapa cepat dia dapat, di semua kedai rasmi dan platform dalam talian HUAWEI.

Kini dibuka untuk pra-tempahan melalui HUAWEI Experience Store, laman web rasmi HUAWEI, HUAWEI Official Store di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada, serta Kedai TikTok Rasmi HUAWEI, dengan harga bermula dari RM4,599. Pelanggan yang membuat pra-tempahan turut menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,428, termasuk HUAWEI FreeBuds Pro 4 dan langganan HUAWEI Care+ selama setahun.

Untuk maklumat terkini dan promosi, sila layari laman web rasmi HUAWEI, Facebook atau Instagram rasmi HUAWEI Malaysia.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *