KUALA LUMPUR, 22 Ogos 2024 – vivo Malaysia hari ini memperkenalkan V40 dan V40 Pro, telefon pintar terkini yang direka untuk meningkatkan pengalaman fotografi potret mobil. Menampilkan sistem potret gred profesional yang dihasilkan bersama ZEISS, termasuk keupayaan lensa multifokal, siri V40 membolehkan pengguna menangkap potret yang mampu menceritakan kisah mereka dalam kualiti yang menakjubkan. V40 dan V40 Pro juga dilengkapi dengan bateri yang mantap, semuanya ditempatkan dalam reka bentuk yang nipis dan ringan – menjadikannya peranti paling nipis vivo dengan bateri 5500 mAh setakat ini. Siri V40 dilancarkan bersama selebriti tempatan Daiyan Trisha dan Hael Husaini sebagai duta produk.
“V40 dan V40 Pro mewakili had baru dalam fotografi mobil, menaikkan piawai potret, dengan kerjasama kami bersama ZEISS. Dengan teknologi lensa multifokal yang canggih, kami ingin menguasakan pengguna Malaysia untuk menangkap imej berkualiti profesional dengan kepelbagaian. Selain fotografi, siri V40 menggabungkan prestasi berkuasa, hayat bateri yang tahan lama, dan reka bentuk yang anggun untuk menambah-baik kehidupan seharian,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia. “Bateri yang tahan lama, prestasi yang lancar, paparan yang mengasyikkan, dan antara muka yang intuitif memastikan pengguna boleh kekal berhubung, produktif, dan terhibur sepanjang hari. Kami menganggap setiap peranti sebagai teman yang meningkatkan setiap aspek kehidupan digital anda, lebih daripada sekadar telefon pintar”
Fotografi Potret Bertaraf Profesional
V40 dan V40 Pro direka dengan teliti untuk memberikan pengalaman fotografi potret bertaraf profesional. Kedua-dua V40 dan V40 Pro mencapai kualiti dan taraf prestasi pengimejan yang ditetapkan bersama oleh vivo dan ZEISS. Ini memastikan kualiti imej yang luar biasa dan kawalan kreatif yang terkenal oleh ZEISS Optics. Ciri-ciri utama termasuk:
- Kamera Utama ZEISS OIS 50MP: Menangkap butiran yang menakjubkan dengan sensor canggih dan penstabil imej optikal.
- Kamera Potret Telefoto ZEISS 50MP (V40 Pro): Membolehkan zoom optik 2x dan sehingga 50x ZEISS Ultra HD Zoom untuk menangkap subjek yang jauh dengan jelas.
- Kamera Sudut Lebar ZEISS 50MP: Sesuai untuk landskap dan gambar berkumpulan dengan sudut pandangan 119° dan autofokus.
- Kamera Swafoto Berkumpulan ZEISS 50MP: Menghasilkan swafoto yang terperinci dan berwarna-warni dengan Teknologi Kontur Wajah AI.
- Potret Multifokal ZEISS: Menawarkan pelbagai fokal untuk penggambaran potret yang serba boleh.
- Video Bokeh Sinematik ZEISS: Mencipta gaya sinematik dengan bokeh berbentuk oval dan nisbah aspek 2:39:1.
- Peralihan Fokus ZEISS: Mengikuti subjek utama secara automatik untuk peralihan fokus seperti filem.
Pencahayaan Studio Berkualiti dengan Aura Light yang Lebih Pintar
Siri V40 memperkenalkan Aura Light Potret AI yang dinaik taraf untuk pencahayaan berkualiti studio, yang menampilkan Aura Light yang lebih kecil dan, apabila menggunakan zoom 2x, tiga kali lebih terang. Keupayaan Aura Light telah diperluas untuk merangkumi senario pencahayaan belakang dalam bangunan dan menyokong semua jarak fokal. Selain itu, peningkatan yang lain termasuk:
- Aura Light yang lebih terang dan lembut (V40 Pro): Mengoptimumkan pencahayaan untuk pelbagai senario potret.
- Pencahayaan Studio AI 3D: Menambah cahaya pengisian semula jadi untuk situasi fotografi yang mencabar.
- Gaya Potret Perayaan: Menangkap gambar berkumpulan yang menakjubkan dengan warna yang dipertingkatkan.
- Ciri Cahaya Dinamik: Membolehkan Aura Light untuk notifikasi dan kira detik foto.
Prestasi Lancar dengan Bateri yang Tahan Lama
V40 dan V40 Pro direka untuk mengikuti gaya hidup aktif pengguna. Bateri BlueVolt 5500 mAh yang besar membolehkan pengguna mendengar muzik sehingga 63 jam. Apabila bateri lemah, teknologi FlashCharge 80W dan Mod Pengecasan Pantas untuk mengecas dengan cepat dan kekal berhubung.
vivo telah merekabentuk bateri berkapasiti tinggi dalam badan yang nipis, menggunakan pelbagai teknologi inovatif. Menggunakan anod silikon-karbon generasi kedua, baterinya mencapai kepadatan tenaga yang 20% lebih tinggi, dan kapasiti meningkat kira-kira 1,000 mAh berbanding bateri biasa dengan saiz yang sama.
Prestasi Lancar dan Hiburan yang Mengasyikkan
Siri V40 menyampaikan pengalaman pengguna yang lancar untuk kerja dan hiburan, menampilkan:
- Pemproses MediaTek Dimensity 9200+ (V40 Pro) dan Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3 (V40): Menyediakan prestasi yang lancar dan multitugas yang cekap.
- Kedua-dua model menyokong sehingga 12GB + 12GB RAM Lanjutan, menyediakan ruang memori yang lebih besar dan pertukaran aplikasi yang lancar.
- Kadar penyegaran 120 Hz memastikan visual yang lancar, sementara kecerahan puncak mencapai 4500 nits, 60.7% lebih tinggi daripada generasi sebelumnya.
- Paparan Ultra Jelas 1.5K di bawah cahaya matahari: Menawarkan visual yang jelas dengan kecerahan tinggi dan pensijilan cahaya biru rendah.
- Sistem Dwi Pembesar Suara Stereo: Meningkatkan pengalaman audio untuk video, muzik, dan permainan.
Reka Bentuk Nipis yang Eksklusif, Namun Tahan Lasak Tersedia dalam Empat Warna Memukau
V40 dan V40 Pro menggabungkan gaya dan fungsi:
- Reka bentuk yang nipis dan ringan: Menempatkan bateri yang besar tanpa mengorbankan estetik.
- Binaan yang tahan lama: Menampilkan Struktur Penyerap Kejutan Komprehensif dan kaca pelindung Schott α.
- V40 tersedia dalam: Nebula Purple dan Sunglow Peach, dengan Lapisan Anti-Cap Jari.
- Manakala V40 Pro tersedia dalam: Moonlight White dan Stellar Silver, dengan teknologi AG untuk ketahanan calar dan cap jari yang lebih baik.
Kisah Cinta, Diceritakan Melalui Gambar
Untuk meningkatkan daya tarik siri V40, vivo Malaysia telah bekerjasama dengan selebriti terkenal Malaysia, Daiyan Trisha dan Hael Husaini, sebagai duta produk. Duo dinamik ini akan membintangi video muzik yang mempamerkan keupayaan kamera luar biasa siri V40, khususnya lensa multifokalnya. Video muzik ini akan merangkumi intipati cinta jarak jauh, selari dengan fokus siri V40 untuk menghubungkan orang melalui teknologi pengimejan yang luar biasa.
vivo Malaysia bertujuan untuk membangkitkan emosi yang mendalam melalui kerjasama dengan Daiyan Trisha dan Hael Husaini. Kolaborasi ikhlas mereka akan menyerlahkan keupayaan siri V40 untuk menangkap dan berkongsi detik-detik berharga, walaupun orang tersayang berada jauh. Video muzik ini akan memaparkan kepelbagaian lensa multifokal V40, membolehkan penonton merasai keindahan fotografi potret dari pelbagai perspektif.
Tingkatkan Gaya Hidup Anda dengan Rakan Kongsi Eksklusif vivo
Pelancaran siri vivo V40 menjadi lebih menarik dengan sokongan daripada rakan kongsi dan para penaja yang dihormati. NeckPro menawarkan penyelesaian kesihatan inovatif yang sesuai dengan tumpuan V40 terhadap kesejahteraan pengguna. Capri by Fraser Hotel Residences menyediakan keselesaan dan relaksasi tertinggi bagi mereka yang mencari percutian mewah. Nikmati hidangan manis dari Vanilla Crepe, dan hirup aroma kaya HWC Coffee sambil meneroka ciri-ciri V40. Bagi peminat kecergasan, Swimin12 menawarkan pengalaman akuatik yang menyegarkan, sementara Soi 55 Thai Kitchen menggoda selera dengan masakan Thai asli. Jenama-jenama hebat ini berkongsi komitmen vivo untuk meningkatkan gaya hidup dan memberikan pengalaman yang luar biasa.
Memperkenalkan vivo Watch 3
vivo turut memperkenalkan produk baharu dalam barisan produknya, iaitu vivo Watch 3. Jam pintar yang bergaya dan pintar ini direka untuk menyatu dengan gaya hidup anda. Dengan paparan AMOLED 1.43 inci yang menakjubkan, vivo Watch 3 menawarkan kejelasan dan visual yang megagumkan. Dilengkapi dengan ciri-ciri seperti Bluetooth, NFC, GPS, dan sambungan 4G LTE, ia memastikan anda sentiasa berhubung dengan mudah. Dengan bateri Li-Po 505 mAh yang tahan lama, vivo Watch 3 memastikan anda kekal bertenaga sepanjang hari. Peranti boleh pakai yang inovatif ini berjalan pada platform Blue OS, memberikan pengalaman pengguna yang lancar dan intuitif.
vivo Watch 3 tersedia dalam dua varian bergaya: model putih (Leather) yang berharga RM999 dan hitam (Sport) yang berharga RM899.
Harga dan Ketersediaan
Siri vivo V40 akan tersedia di Malaysia mulai 31 Ogos di kedai vivo rasmi di seluruh negara dan platform atas talian rasmi di Shopee dan Lazada. V40 berharga RM 1,999 (256 GB) dan RM 2,399 (512 GB), manakala V40 Pro berharga RM 3,299. Pelanggan yang membuat pra-tempahan dari sekarang hingga 30 Ogos akan menikmati hadiah eksklusif, seperti DJI OSMO Mobile SE, vivo TWS 3e, dan lanjutan jaminan untuk tempoh terhad.
Untuk maklumat lanjut mengenai siri V40, layari laman web rasmi vivo Malaysia dan halaman media sosial mereka.
Laman Web Rasmi: https://www.vivo.com/my
Facebook: https://www.facebook.com/vivoMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/vivo_malaysia/