SUBANG JAYA, 10 Sept. 2025 (Rabu) – MDua Motor Sdn. Bhd. pada hari ini memperkenalkan model MOCA dibawah jenama MODA. Ianya merupakan sebuah skuter 110cc serba baharu yang direka untuk penunggang yang menyerlahkan gaya hidup ceria serta gaya hidup yang mudah. Moca kini mengembalikan nostalgia rekaan retro yang diinspirasikan sentuhan moden,
Serlahan Warna Bergaya
MODA Moca hadir dengan tiga warna ekspresif:
- Neon Orange – untuk mereka yang berani dan bertenaga.
- Piano Black – buat mereka yang menginspirasi kekemasan dan keabadian klasik
- Ocean Blue – ideal buat mereka yang ceria, segar dan bergaya.
Kawalan Mudah, Keselesaan Seharian
Praktikal tetapi penuh personaliti, Moca memastikan setiap tunggangan adalah mudah, ringan dan lincah. Dengan berat 89kg, Moca mudah dikawal dalam suasana kesesakan trafik bandar, lorong sempit serta ketika meletak di ruang parkir yang terhad.
Skuter ini turut dilengkapi dengan ciri praktikal untuk kemudahan harian:
- Ruang simpanan asas di bawah pelana tempat duduk.
- Rak belakang & cangkuk praktikal untuk beg beli-belah dan barangan peribadi.
- Paparan meter digital untuk pengalaman tunggangan moden.
- Brek cakera hadapan.
- Lampu utama hadapan dan lampu belakang LED yang terang sebagai ciri keselamatan tambahan
Pesona Rekabentuk Nostalgia, Semangat Moden
Moca hadir dengan jiwa rekaan skuter klasik ikonik yang sejak dahulu telah menjadi lambang kebebasan, gaya dan keperibadian di jalanan seluruh dunia. Lengkungan bentuk dan karakternya membangkitkan rasa nostalgia jenama Eropah namun prestasi dan teknologinya telah disesuaikan untuk gaya hidup bandar masa kini. Ini adalah skuter yang bukan sekadar membawa anda dari satu destinasi ke destinasi yang lain, tetapi menggerakkan anda dengan pesona warna, karakter, dan gaya.
Harga Menarik Serta Jaminan Pemilikan
Moca ditawarkan pada harga MRSP RM3,988.00 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran). Harga ini terpakai untuk Semenanjung Malaysia sahaja dan tidak termasuk Sabah & Sarawak. Dengan harga mampu milik ini, Moca memberi peluang kepada pembeli untuk memiliki sebuah skuter yang menepati citarasa terkini. Untuk lebih keyakinan, Moca juga turut ditawarkan pakej jaminan 2 tahun atau 20,000km.
Pilihan Aksesori Menarik
Pemilik Moca juga bakal disajikan dengan lebih banyak pilihan aksesori dan penyesuaian pada masa akan datang. Antara pilihan aksesori yang bakal ditawarkan termasuklah:
- Penghadang angin hadapan (front windshield) untuk keselesaan tunggangan tambahan
- Kotak simpanan belakang (top box) untuk praktikaliti storan.
- Dan lebih banyak aksesori gaya hidup mengikut citarasa peribadi’
SPESIFIKASI MODA MOCA
| Enjin | 4 Lejang, SOHC, 1-Silinder |
| Sistem Bahan Api | Suntikan (Fi) |
| Kapasiti Tangki | 4.8 L |
| Pengurusan Enjin | Elektronik |
| Sesaran | 108cc. |
| Kuasa Maksimum | 8 Hp / 7500 rpm. |
| Tork Maksimum | 8.5 Nm / 6500 rpm. |
| Sistem Penyejukan | Sejukan Udara |
| Brek Hadapan | Cakera |
| Brek Belakang | Dram |
| Saiz Tayar Hadapan | 3.0/10 Tubeless |
| Saiz Tayar Belakang | 3.5/10 Tubeless |
| Suspensi Hadapan | Teleskopik |
| Suspensi Belakang | Uni Hayunan |
| Transmisi | CVT (V-Belt Drive) |
| Pensijilan | Euro 4 |
| Penghidup | Elektrik |
| Sistem Pencucuh | Ignasi Elektronik (Transistorized) |
| Jarak Roda | 1275 mm |
| Tinggi Pelana | 738 mm |
| Berat | 89 Kg. |

