(SEMASA) SYM CRUISYM 400i: SKUTER MAXI PREMIUM UNTUK TUNGGANGAN SELESA DAN BERGAYA.

Spread the love

KUALA LUMPUR, 30 SEPTEMBER 2025 – SYM Malaysia dengan bangganya memperkenalkan model maxi-scooter terbaharu, SYM Cruisym 400i, yang tampil dengan gabungan prestasi mantap, keselesaan optimum dan teknologi moden. 

Pelancaran rasmi ini diadakan secara eksklusif di Courtyard oleh Marriott Kuala Lumpur South bersempena Mforce Mid-Autumn Gala. Ditawarkan pada harga RM27,888.00 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan), model ini hadir dalam tiga warna menarik iaitu Space Grey, Dark Night Purple dan Dreamy White. Kini boleh didapati di semua pengedar sah Mforce seluruh Malaysia.

Dikuasakan oleh enjin satu silinder, 4-lejang, SOHC dengan sesaran 399cc, SYM Cruisym 400i menghasilkan kuasa maksimum 25kW pada 6,750rpm dan tork maksimum 37Nm pada 5,000rpm, cukup bertenaga untuk tunggangan bandar mahupun jarak jauh. Saiz piston dan lejang adalah 83.0 × 73.8mm dengan nisbah mampatan 10.5:1 memberikan keseimbangan kuasa dan kecekapan bahan api. Ia menggunakan sistem EFI (Electronic Fuel Injection), penyejukan cecair, sistem pelinciran jenis peredaran paksa dan percikan, pencucuhan gegelung transistor dan sistem penghidupan elektrik.

Transmisi pula menggunakan sistem CVT (Continuously Variable Transmission) yang digandingkan dengan klac jenis emparan automatik serta pacuan akhir jenis tali sawat untuk tunggangan yang lancar dan mudah dikawal.

Dari segi casis, ia dibina dengan rangka jenis rangka buaian keluli dan dipadankan dengan suspensi hadapan jenis teleskopik dengan jarak perjalanan 120mm, manakala bahagian belakang menggunakan suspensi boleh laras dengan peredaman laras terus dengan jarak perjalanan 108mm.

Sistem keselamatan ditingkatkan dengan brek cakera 288mm di hadapan dan 275mm di belakang, kedua-duanya dilengkapi Bosch ABS. Ia turut disokong oleh Traction Control System (TCS) untuk kawalan tambahan. Rim aluminium MT3.5 × 15 di hadapan dan MT4.5 × 14 di belakang dipadankan dengan tayar tanpa tiub hadapan 120/70-R15 dan belakang 160/60-R14 yang memberikan kestabilan serta cengkaman mantap.

SYM Cruisym 400i berukuran 2,230 × 820 × 1,360mm dengan jarak roda 1,552mm, ketinggian tempat duduk 785mm dan kelegaan tanah 140mm, sesuai untuk pelbagai ketinggian penunggang. Berat kering ialah 222kg dengan tangki bahan api 14.5 liter.

Model ini dilengkapi pelbagai ciri moden termasuk paparan TFT display, sistem kunci pintar (smart key) dengan butang pembuka tangki dan tempat duduk, serta port pengecasan lengkap iaitu Type-C (QC 3.0), Type-A dan soket 12V. Dari aspek pencahayaan, ia menggunakan lampu hadapan LED jenis naked projective, lampu belakang LED dan lampu isyarat LED.

Untuk menambah nilai praktikaliti, SYM Cruisym 400i menyediakan dua ruang poket hadapan serta ruang bawah tempat duduk yang boleh memuatkan 1 helmet muka penuh dan 1 helmet standard. Ia turut dilengkapi dengan kamera pemuka depan dan belakang, cermin penghadang angin (windshield) sporty boleh laras secara manual, serta TPMS (Tire Pressure Monitoring System). Tempat duduk jenis berkembar dengan penyandar belakang memberikan keselesaan maksimum untuk penunggang dan pembonceng. Tenaga elektronik disokong oleh bateri YTZ12S(MF) 12V11Ah.

Dengan setiap pembelian mana-mana model SYM Cruisym 400i, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun dengan jarak perjalanan tanpa had dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *