(SEMASA) TAWARAN HEBAT DI KEDAI AYAMAS ISTIMEWA HARI MALAYSIA

Spread the love

Petaling Jaya, 13 September 2017 – Berikutan dari promo Merdeka pada 31 Ogos yang lalu, Kedai Ayamas sekali lagi melancarkan promo bersempena Hari Malaysia dengan jualan ayam panggang hanya RM16.90 seekor.

Promosi yang berlangsung “hanya satu hari sahaja” memberi peluang untuk pelanggan berjimat besar apabila mereka membeli ayam panggang Roasters pada harga RM16.90 (seekor) pada 16 September 2017 ini (harga biasa RM23.50 satu ekor).

Pelanggan boleh memilih dari pelbagai ayam panggang yang tersedia iaitu Golden Roaster – diperap dengan madu untuk rasa Ayamas sebenar, Pepper Roaster – dicipta khas untuk penggemar lada hitam dan Percik Roaster – dengan citarasa santan dan serai beraroma.

Promosi dan pengiklanan Tawaran Hari Malaysia Ayamas merangkumi promosi di dalam kedai, pengedaran iklan bercetak dari rumah ke rumah, dan juga melalui pelbagai platform media sosial untuk liputan yang lebih meluas kepada pelanggan.

Promosi eksklusif ini boleh didapati pada 16 September 2017 sahaja, di semua kedai Kedai Ayamas (kecuali Ayamas Roaster Express GM Klang) sementara stok masih ada. Jadi jangan lupa untuk mengunjungi Kedai Ayamas berdekatan anda menjelang hari Merdeka ini!

Untuk maklumat lanjut mengenai Kedai Ayamas, layari www.kedaiayamas.my atau log masuk ke Kedai Ayamas – Ayamas Roasters Facebook Page.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *