(SEMASA) Terokai Pengembaraan ‘The Pirate’s Carnival’ di Lautan ala Lanun Cuti Sekolah Ini di Mutiara Damansara

Spread the love

PETALING JAYA, 15 Ogos 2017 – Ahoy, kawan-kawan! Kini tibalah masa untuk berlayar dalam pengembaraan lautan luas pada musim cuti sekolah September ini di dua pusat beli-belah kegemaran ramai di Mutiara Damansara!

Dari 25 Ogos sehingga 3 September 2017, para pengunjung di kedua-dua pusat beli-belah berkenaan berpeluang menikmati persekitaran berinspirasikan dunia lanun. Saksikan transformasi Centre Court, the Curve dan Centre Atrium, eCurve menjadi seumpama kawasan laut yang terbentang luas, lengkap dengan kapal lanun dan gugusan pulau-pulau misteri, pastinya memberikan suasana yang cukup sempurna untuk menikmati pengalaman percutian dan pengembaraan bertema nautika. Jangan lepaskan peluang untuk bergembira sambil menerokai tema ala lanun yang bakal dianjurkan oleh kedua-dua pusat beli-belah tidak lama lagi!

Menerusi Kempen Treasure Cove, the Curve akan menawarkan pengembaraan pencarian harta karun yang menyeronokkan untuk si kecil. Cabaran yang bakal menanti adalah Sword Fight, Toss the Cannon Ball, Walk the Plank dan pelbagai lagi cabaran lain dan misi pengembaraan penuh keriangan. Mereka yang berjaya melengkapkan kesemua cabaran yang disediakan akan diiktiraf sebagai wira dengan menerima lencana atau Pirate’s Badge, khas daripada the Curve! Paling menarik, patch mata lanun dan topi lanun istimewa juga turut menanti pencari harta terbaik yang berjaya menemui harta karun tersembunyi. Kanak-kanak boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti anjuran the Curve secara percuma dengan mendaftarkan nama mereka di kaunter pendaftaran di Centre Court. Selain itu, terdapat juga aktiviti Seni dan Kraf bagi 200 peserta pertama pada setiap hujung minggu bermula dari jam 2 petang.

Pastinya ramai yang menggemari karnival interaktif sebegini, dan melalui kempen The Pirate’s Carnival di eCurve, pelbagai aktiviti dan permainan yang menyeronokkan disediakan bagi semua bakal lanun yang menyertai. Kempen ini menampilkan 10 aktiviti permainan, di mana para pengunjung boleh mencuba seperti Knock the Parrot dan Hook the Sword. Pemain akan menerima setem bagi setiap permainan yang berjaya dihabiskan. Tertakluk pada jumlah setem yang terkumpul, setem-setem itu kemudiannya boleh ditukar untuk pelbagai barangan bertemakan lanun seperti rantai kunci lanun, gelas bersama straw bermotifkan tengkorak, diari vintaj dan patung arnab berinspirasi lanun. Untuk menyertai keseronokan ini, pengunjung hanya perlu mendapatkan tiket masuk yang boleh diperolehi pada harga RM10 di Centre Atrium atau dapatkan pas percuma menerusi pembelian minimum RM50 dari mana-mana kedai di eCurve.

Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar the Curve berkata, “Sebagai sebuah pusat beli-belah mesra keluarga, kami memahami kepentingan untuk mewujudkan saat-saat yang mengeratkan hubungan kekeluargaan. Musim cuti sekolah juga merupakan waktu yang terbaik untuk meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak dan dengan ini kami mengambil peluang untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti interaktif seperti pencarian harta karun. Kami amat berharap agar minggu percutian ini akan memberikan pengalaman yang menggembirakan bagi semua pengunjung ke the Curve!”

Sementara itu, Azizul Hisham Ahmad, Pengurus Kompleks eCurve menambah, “Pengunjung pusat beli-belah sentiasa mencari aktiviti tambahan yang boleh melengkapkan kunjungan mereka. Oleh itu, kami tidak pernah berkompromi dalam menganjurkan acara-acara menarik yang dapat dinikmati dan disertai oleh para pengunjung. Kami yakin kempen cuti sekolah ini akan menyediakan pengalaman yang bakal menghiburkan para pengunjung setia eCurve, tanpa mengira usia!”

Sepanjang kempen berlangsung, para pengunjung akan menerima ganjaran bagi setiap perbelanjaan mereka di mana-mana pusat beli-belah berkenaan. Pembelian bernilai RM150 dalam maksimum dua resit di the Curve membolehkan pengunjung menebus baucer tunai bernilai RM10, manakala pembelian bernilai RM50 dan ke atas dalam satu resit dari mana-mana kedai di eCurve akan membolehkan pengunjung menerima satu tiket masuk ke The Pirate’s Carnival. Kesemua penebusan adalah tertakluk pada terma dan syarat tertentu.

Ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kempen Cuti Sekolah bulan September di the Curve dan eCurve? Sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan the Curve di talian 03-7710 6868 atau 03-7725 0277 bagi Pegawai Khidmat Pelanggan eCurve.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *