(SEMASA) The Raw bergabung bersama Yayasan PRIHATIN dan GERAKWANIS bagi program infak 50 tan beras untuk 10,000 keluarga asnaf

Spread the love

KUALA  LUMPUR,  8  April  –  Kira-kira  10,000  asnaf  terutama  wanita  dan  ibu  tunggal  di  sini  dan  sekitar  Selangor  menerima  50  tan  beras  infak  dari  jenama  penjagaan  kulit  yang  disandarkan oleh farmaseutikal sains, The Raw.

Wakil  syarikat  The  Raw.  International  Sdn.  Bhd.,  Nor  Amira  Amizan  berkata,  inisiatif  tersebut  diharap  dapat  meringankan  bebanan  golongan  yang  memerlukan  terutamanya  ibu  tunggal untuk menyambut syawal yang tinggal beberapa hari saja.

“Menyedari  pelbagai  cabaran  termasuk  kenaikan  kos  sara  hidup  memanggil  The  Raw.  untuk  bekerjasama  dengan  beberapa  organisasi  untuk  membantu  mereka  yang  memerlukan.

“The  Raw.  merupakan  salah  sebuah  syarikat  berkembang  pantas  di  bawah  bimbingan  Mentor  Usahawan,  Datuk  Wira  Dr.  Azizan  Osman  dan  RichWorks  yang  sentiasa  menekankan  tentang  kepentingan  memberi  sumbangan  kepada  masyarakat  dengan  bersedekah  dan  menjadi  usahawan  yang  bermanfaat  kepada  ramai  orang,”  kata  Nor  Amira  di sini, hari ini.

Inisiatif  Sentuhan  Kasih  The  Raw.  menginfak  6,000  kampit  beras  dianjurkan  The  Raw.  bersama  dengan  Pertubuhan  Kebajikan  RichWorks  (RichWell);  Enrichment  Media  Lab  Sdn.  Bhd.  dengan  kerjasama  Persatuan  Gerak  Wanita  Islam  Malaysia  (Gerakwanis) yang diwakili oleh Puan Hajah Bibi Sunita Sakandar Khan dan juga Yayasan PRIHATIN yang diketuai oleh Dato’ Haji Mohd Aizuddin Mohd Ghazali yang juga diantara penyumbang utama infak beras tersebut.  Ia  juga  mendapat  sokongan  Persatuan  Penduduk  Perumahan  Awam  Desa  Rejang  serta  Gabungan  Pengerusi-Pengerusi Penduduk PA PPR DBKL WPKL.

Semalam,  inisiatif  itu  sudah  dimulakan  dengan  pengagihan  4,000  kampit  beras  kepada  asnaf  berhampiran  empat  masjid  terpilih  di  sekitar  Selangor  dengan  kerjasama  Lembaga  Zakat Selangor (LZS).

Tambah  Nor  Amira,  inisiatif  yang  dijalankan  ini  merupakan  salah  satu  budaya  dan  nilai  yang diterapkan dalam syarikat kami bagi memberi kembali kepada masyarakat.

The  Raw.  merupakan  sebuah  syarikat  bertaraf  antarabangsa  dalam  industri  kecantikan  yang  diasaskan  oleh  Puan  Adibah  Mazlan,  seorang  yang  berpengalaman  sebagai  ahli  farmasi dan kini The Raw. telah memasuki pasaran rangkaian farmasi seluruh negara.

Beliau  menekankan  kepentingan  wanita  mendapatkan  kulit  sihat  tanpa  menggunakan  produk  yang  mengandungi  bahan  berbahaya  seperti  merkuri  kerana  produk  The  Raw.  menggunakan  bahan  yang  membantu  wanita  mendapatkan  bukan  saja  kulit  cantik  tetapi  apa yang lebih penting adalah sihat.

Produk  The  Raw.  kini  boleh  didapati  di  lebih  500  cawangan  Guardian  dan  60  Aeon  Wellness seluruh negara.

Bagi  mengetahui  lebih  lanjut  mengenai  jenama  The  Raw.,  boleh  layari  laman  web  www.theraw.com.my.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *