Dengan kehidupan seharian yang sibuk, kebanyakan rakyat Malaysia jarang mengambil masa untuk meluahkan perasaan kepada pasangan masing-masing. Menceritakan tentang perasaan mereka kepada orang yang tersayang diabaikan kerana keutamaan diberikan kepada pelbagai perkara lain. Dunlopillo telah memulakan misi untuk mengingatkan pasangan-pasangan di Malaysia tentang kepentingan meluahkan rasa cinta mereka dengan kempen yang diberi nama “Setiap Tilam Ada Kisahnya” dan menjemput rakyat Malaysia berkongsi #MYDunlopilloMoments mereka di laman Facebook Dunlopillo.
Dunlopillo percaya bahawa tilam bukan sekadar objek yang digunakan untuk tidur. Dengan keselesaan yang diberikan oleh tilam, anda bebas untuk mengalami dan mendalami fikiran serta emosi anda. Biasanya, pembelian tilam dikaitkan dengan lembaran baru di dalam kehidupan seseorang, sebagai simbol permulaan untuk suatu perjalanan yang akan dilalui bersama. Tilam melalui pelbagai perkara bersama pasangan tersebut, sama ada malam pertama sebagai suami isteri, mendapat anak pertama, menonton TV di atas katil bersama anak-anak, atau berbincang mengenai perkara yang serius, semuanya berlaku di atas tilam yang memberikan keselesaan dan keselamatan.
“Inspirasinya datang daripada slogan jenama kami, ‘Meraikan saat-saat istimewa’ yang dapat dilihat melalui nilai-nilai jenama kami iaitu minat pelanggan, membentuk gaya hidup, kecemerlangan dan menjadi perintis. Di Dunlopillo, kami percaya bahawa tilam bukan sekadar tempat tidur – ia juga tempat untuk mencipta memori-memori intim dan istimewa serta berkongsi impian dan harapan,” jelas Ignatio Pastor, Naib Presiden Dunlopillo Malaysia.
Dunlopillo melawat beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan menjalankan kaji selidik ke atas 10 individu mengenai kekerapan mereka meluahkan rasa cinta. Majoriti menyatakan bahawa mereka terlalu sibuk dengan kehidupan seharian sehingga jarang memikirkan atau meluahkan perasaan kepada pasangan masing-masing.
“Apabila anda meluangkan kebanyakan masa untuk bekerja dan menyara keluarga, kemesraan dan perasaan akan berkurangan. Anda mula percaya bahawa bekerja dan mencari wang untuk dibelanjakan kepada keluarga adalah cara untuk membuktikan kasih sayang kepada mereka,” kata Lawrence Ng, salah seorang responden.
“Adakalanya, pasangan sudah tidur apabila saya pulang. Komunikasi hilang dalam kesibukan dengan rutin harian. Ia membuatkan saya berasa bosan dan kosong. Memang kami meluangkan masa bersama pada hujung minggu, tetapi sudah tidak mesra seperti di permulaan hubungan kami dahulu,” jelas Joanne Lim, seorang lagi responden.
Rakan usaha sama kempen ini iaitu Elaine Daly bersetuju bahawa tilam sangat penting dalam perkembangan sesebuah hubungan.
“Ia adalah perjalanan menarik yang akan saya mulakan tidak lama lagi sebagai isteri – dan mungkin juga sebagai ibu suatu hari nanti,” kata Elaine dengan gembira.
“Berpindah ke rumah baru, kami memerlukan satu tempat untuk menikmati masa bersama dan membina ikatan kepercayaan dan sokongan yang kuat serta berkongsi masalah dan kejayaan masing-masing,” tambahnya.
Para responden kaji selidik tersebut kemudiannya diminta menceritakan memori indah yang tercipta di atas tilam yang digunakan. Mesej-mesej ini disulam ke atas bantal-bantal Dunlopillo untuk dihadiahkan sebagai kejutan kepada pasangan masing-masing. Dunlopillo turut hadir untuk merakamkan #MYDunllopilloMoments mereka apabila mesej-mesej tersebut diterima.
Ia bukan sekadar tilam, ia mencipta memori indah. Apakah #MYDunlopilloMoments anda? Kongsikan bersama kami di laman Facebook Dunlopillo di facebook.com/DunlopilloWorld dan tontoni perbualan bersama Elaine Daly dan kaji selidik yang dijalankan.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lawati pameran Dunlopillo di bilik pameran kami di Sunway Pyramid setiap hujung minggu bermula 22 November 2014.