(SEMASA) Tradisi bertemu inovasi di IllumiRaya : A Kardinal Open House

Spread the love

Jenama tempatan Kardinal-nama yang sudah cukup mantap dalam industri produk tembakau alternatif-telah membuka pintunya untuk IllumiRaya, sebuah rumah terbuka yang lain dari yang lain. Berlangsung di Boathouse by the Lake, Ampang, IllumiRaya membawa pengalaman sensorial yang menarik dari segi rasa, pemandangan, dan bunyi.  Persimpangan di Mana Tradisi & novasi Bertemu yang diilhamkan oleh cahaya bulan mulia ini dan sinar sistem pod tertutup terkini Kardinal, Lumina, IllumiRaya membawa seni, teknologi, dan budaya di bawah satu payung, menerangi persimpangan di mana tradisi dan inovasi bertemu.

Bukan Hanya Sebuah Jenama Berhenti Merokok

Memberikan tumpuan kepada aris-artis yang berpengalaman dan baharu, serta seniman-seniman unik dalam reka bentuk produksi, teknologi baharu, seni jalanan dan juga tradisional, IllumiRaya memperkenalkan semula Kardinal sebagai sebuah jenama gaya hidup yang memahami citarasa pengguna moden.

Para hadirin menikmati persembahan langsung yang memukau oleh lagenda rock Amy Search, duo hip-hop yang semakin naik GARD WUZGUT, kuartet rock indie terkenal Midnight Fusic, dan penyanyi alt. pop Lunadira. Dari segi tradisional, Kicau-Bilau mencampurkan muzik ambient dengan alat muzik tradisional, Jemput Dengar mengatur set DJ yang dipenuhi dengan lagu-lagu vintage dari rantau Nusantara, manakala JK Performance Studio memberikan persembahan silat moden, semuanya disokong dengan visual langsung oleh artis AR eksperimental Tobu.

Selain persembahan muzik, genius-genius reka bentuk produksi Seni Lab menerangi Boathouse dengan dekorasi bertemakan cahaya manakala kolektif audiovisual Filamen menambahi ruang tersebut dengan struktur-struktur interaktif. Menambah kepada spektakel adalah pameran lukisan mural secara langsung oleh street artist Fritilldea, yang karyanya terkenal dengan jenama tempatan dan antarabangsa.

Memperkenalkan Raya Discovery Pack Untuk Lumina

Eksklusif kepada musim Raya, Kardinal telah melancarkan Raya Discovery Pack untuk Lumina di IllumiRaya. Dengan komponen AR yang menarik, pek ini sangat sesuai untuk merakam pengalaman anda dengan produk Kardinal di media sosial.

Pek terhad ini terdiri daripada satu peranti Lumina (Moss Green) dan 10 KSpods yang dipilih khas untuk musim Raya. Paling menarik, setiap para hadirin IllumiRaya diberikan pek tersebut secara percuma. Bagi mereka yang berminat untuk membeli pek tersebut, ia akan tersedia untuk ditempah dalam kuantiti terhad melalui www.kardinalstick.com.

Sekilas Masa Depan Kardinal

Dengan barisan hebat yang melibatkan pemuzik lagenda dan artis-artis baharu, teknologi kreatif, dan seniman moden baik juga tradisional, IllumiRaya menunjukkan komitmen Kardinal dalam menyokong komuniti kreatif di Malaysia.

Tentang Kardinal

Ditubhkan pada tahun 2017 dan pemenang pelbagai anugerah industri, Kardinal merupakan syarikat Malaysia yang mempunyai tujuh tahun pengalaman dalam pengeluaran produk tembakau alternatif (e-liquid dan vape). Kardinal komited untuk memberi pengalaman eksklusif kepada pengguna. Dengan pemahaman mendalam tentang keperluan pengguna tembakau dewasa, Kardinal dapat menyampaikan produk yang lebih baik dan memuaskan.

Lebih penting lagi, Kardinal dapat memberi bantuan epada perokok dewasa yang mungkin ingin berhenti atau mengurangkan pengambilan nikotin mereka.

Kardinal kini sedang berkembang ke seluruh dunia dengan tumpuan kepada pasaran tempatan. Kami berusaha untuk menyelesaikan sebarang kebimbangan masyarakat dalam industri tembakau.

Ikuti: www.facebook.com/kardinalstick| www.instagram.com/kardinalstick/ www.youtube.com/kardinalstick | www.twitter.com/kardinalstick


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *