(SEMASA) ULASAN GAJET ‘SAMSUNG GALAXY S24 FE’

Spread the love

Sekitar awal bulan Oktober tahun 2024, Samsung telah melancarkan siri Galaxy S Edisi Peminat (FE), iaitu Samsung Galaxy S24 FE. Galaxy S24 FE merupakan model flagship mampu milik berbanding barisan Galaxy S24 yang lain.  Samsung Galaxy S24 FE ini merupakan pengganti atau kesinambungan kepada Samsung Galaxy S23 FE sebelum ini.

REKA BENTUK ATAU REKAAN LUARAN

Samsung Galaxy S24 FE didatangkan dengan kemasan berasaskan material aluminium serta kaca Gorilla Glass Victus+ di bahagian belakang menjadikannya selesa di tangan tetapi tidak bebas daripada kesan cap jari pada peranti manakala ketebalan peranti adalah sekitar 8 mm dan beratnya mencapai 213 gram. Ia dilengkapkan dengan ciri perlindungan rintangan air dan debu dengan pensijilan IP68. Ini bermakna peranti ini benar-benar kedap habuk dan mampu tenggelam di dalam air sehingga 1.5 meter selama tempoh 30 minit.

PAPARAN PERANTI

Samsung Galaxy S24 FE didatangkan dengan panel skrin Dynamic AMOLED 2X bersaiz 6.7 inci HD Penuh (Full HD) dan ia mempunyai resolusi 1080 x 2340 piksel (pixel) dengan kadar penyegaran paparan sehingga 120Hz serta kecerahan yang boleh mencapai sehingga 1900 nits. Kaca hadapan pula diperkuatkan dan dilindungi oleh kaca Gorilla Glass Victus+.

CHIPSET DAN PRESTASI

Samsung Galaxy S24 FE dikuasakan dengan chipset Exynos 2400e (4NM) dengan gabungan GPU Xclipse 940 yang merupakan cip yang sama yang menjanakan model Galaxy S24 dan S24 Plus semasa. Turut dipasang di dalamnya 8 GB RAM yang boleh ditambah sehingga 8 GB menggunakan ciri RAM Plus secara maya. Peranti ini jugak didatangkan dengan kapasiti 256GB storan serta dilengkapkan dengan aplikasi pengoperasian Android 14, One UI 6.1. Setiap peranti Samsung yang dikeluarkan sejak 2019 akan menerima kemaskini software untuk tempoh yang panjang (sekurang-kurangnya sehingga 7 tahun sampai 2031 atau kemaskini Android 15) di dalam memastikan keselamatan data pengguna.

KAMERA DAN LENSA

Samsung Galaxy S24 FE didatangkan dengan sejumlah 3 kamera di bahagian belakang iaitu kamera jenis 50 MP F/1.8, 24MM (WIDE) dan dipasangkan dengan IOS (Optical Image Stabilization system), 12 MP/F2.2 (ULTRAWIDE) serta 8 MP/F2.4 75MM (TELEPHOTO). Peranti ini menyokong rakaman kamera sehingga 8K 30FPS dengan bantuan fungsi  gyro (gyro-EIS) untuk mengimbangi gegaran kamera dalam menghasilkan gambar atau video yang lebih stabil. Untuk kamera di bahagian hadapan pula, peranti ini dilengkapkan dengan kamera jenis 10 MP F/2.4 26MM (SELFIE/WIDE) dan menyokong rakaman kamera sehingga 4K 30FPS.

AUDIO

Samsung Galaxy S24 FE didatangkan dengan setup stereo speaker tetapi tidak mempunyai port 3.5 mm Audio Jack.

BATERI DAN PENGECASAN

Samsung Galaxy S24 FE mempunyai bateri berkapasiti 4,700 mAh dengan sokongan untuk pengecasan pantas 25 Watt walaupun tidak dibekalkan dengan pengecas penyesuai plag (adapter charger). Dengan itu, masa pengecasan mengambil masa kira-kira 60 minit untuk mendapatkan sekitar 80% kuasa bateri atau sekitar 1 jam 20 minit untuk mendapatkan daripada kuasa pengecasan sehingga 100%  dengan menggunakan mana-mana kepala pengecas penyesuai plag (adapter charger) yang ada dalam pasaran.

LAIN-LAIN

Samsung Galaxy S24 FE dipasang dengan peranti yang menyokong WIFI 6 dan Bluetooth 5.0 serta sambungan internet mudah alih generasi Rangkaian 5G begitujuga dengan sokongan NFC. Terdapat port sambungan jenis TYPE-C dan kabel pengecas TYPE-C dibekalkan bersama tanpa pengecas penyesuai plag (adapter charger). Terdapat pilihan empat warna untuk model ini iaitu  Blue (biru), Graphite (hitam keluli kelabu), Gray (kelabu) dan Mint (hijau lembut). Peranti telefon pintar ini turut dilengkapi sistem pengimbas cap jari di bawah skrin.

RUMUSAN

Kesimpulannya, spesifikasi dan prestasi keseluruhan yang ditawarkan oleh Samsung Galaxy S24 FE adalah baik. Harganya rendah sekitar RM2999 (8GB RAM, 256GB ROM) dan RM3599 (8GB RAM, 512GB ROM) berbanding peranti siri Galaxy S24 yang lain. Samsung Galaxy S24 FE boleh lagi dinaiktaraf terutamanya kamera belakang yang masih sama seperti S23FE sebelum ini memandangkan pesaing-pesaing terdekat telah menggunakan teknologi Leica atau berkerjasama dengan Harcourt Studio bagi menghasilkan gambar bertaraf studio. Sayangnya peranti ini tidak didatangkan bersama pengecas penyesuai plag TYPE-C tetapi sekiranya pengecasan pantas dinaiktaraf sekitar 45 Watt ia boleh bersaing dengan peranti jenama lain di pasaran namun secara realitinya peranti ini masih merupakan salah satu telefon pintar flagship terbaik yang boleh anda beli.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *