(SEMASA) ULASAN GAJET ‘SAMSUNG GALAXY S25’

Spread the love

Sekitar pertengahan bulan Januari tahun 2025, Samsung telah melancarkan siri Samsung Galaxy S25 Ultra, S25+ dan S25 yang menggunakan cip Snapdragon 8 Elite bagi menggantikan penggunaan cip Exynos sebelum ini.

REKA BENTUK ATAU REKAAN LUARAN

Samsung Galaxy S25 didatangkan dengan kemasan berasaskan material aluminium serta kaca Gorilla Glass Victus 2 pada bahagian depan dan di bahagian belakang menjadikannya selesa di tangan. Peranti ini mempunyai ketebalan sekitar 7.2 mm dan beratnya mencapai 162 gram. Ia dilengkapkan dengan ciri perlindungan rintangan air dan debu dengan pensijilan IP68. Ini bermakna peranti ini benar-benar kedap habuk dan mampu tenggelam di dalam air sehingga 1.5 meter selama tempoh 30 minit.

PAPARAN PERANTI

Samsung Galaxy S25 didatangkan dengan panel skrin LTPO Dynamic AMOLED 2X bersaiz 6.2 inci dan ia mempunyai resolusi 1080 x 2340 piksel (pixel) dengan kadar penyegaran paparan sehingga 120Hz serta kecerahan yang boleh mencapai sehingga 2600 nits. Kaca hadapan pula diperkuatkan dan dilindungi oleh kaca Corning Gorilla Glass Victus 2.

CHIPSET DAN PRESTASI

Samsung Galaxy S25 dikuasakan dengan chipset Snapdragon 8 Elite bagi menggantikan Exynos dengan gabungan GPU Adreno 830 yang dipasang bersama  di dalamnya 12 GB RAM. Peranti ini jugak didatangkan dengan kapasiti sehingga 512 GB storan serta dilengkapkan dengan aplikasi pengoperasian Android 15, One UI 7. Setiap peranti Samsung yang dikeluarkan sejak 2019 akan menerima kemaskini software untuk tempoh yang panjang (sekurang-kurangnya sehingga 7 tahun sampai 2031 atau kemaskini Android 15) di dalam memastikan keselamatan data pengguna.

KAMERA DAN LENSA

Samsung Galaxy S25 didatangkan dengan sejumlah 3 kamera di bahagian belakang iaitu kamera jenis 50 MP F/1.8, 24MM (WIDE) dan dipasangkan dengan OIS (Optical Image Stabilization system), 12 MP/F2.2 (ULTRAWIDE) serta 10 MP/F2.4 75MM (TELEPHOTO). Peranti ini menyokong rakaman kamera sehingga 8K 24/30FPS dengan bantuan fungsi  gyro (gyro-EIS) untuk mengimbangi gegaran kamera dalam menghasilkan gambar atau video yang lebih stabil. Untuk kamera di bahagian hadapan pula, peranti ini dilengkapkan dengan kamera jenis 12 MP F/2.2 26MM (SELFIE/WIDE) dan menyokong rakaman kamera sehingga 4K 30/60FPS.

AUDIO

Samsung Galaxy S25 didatangkan dengan setup stereo speaker tetapi tidak mempunyai port 3.5 mm Audio Jack.

BATERI DAN PENGECASAN

Samsung Galaxy S25 mempunyai bateri berkapasiti 4,000 mAh dengan sokongan untuk pengecasan pantas 25 Watt walaupun tidak dibekalkan dengan pengecas penyesuai plag (adapter charger). Dengan itu, masa pengecasan mengambil masa kira-kira 60 minit untuk mendapatkan sekitar 80% kuasa bateri atau sekitar 1 jam 20 minit untuk mendapatkan daripada kuasa pengecasan sehingga 100%  dengan menggunakan mana-mana kepala pengecas penyesuai plag (adapter charger) yang ada dalam pasaran.

LAIN-LAIN

Samsung Galaxy S25 dipasang dengan peranti yang menyokong WIFI 7 dan Bluetooth 5.4 serta sambungan internet mudah alih generasi Rangkaian 5G begitu juga dengan sokongan NFC. Terdapat port sambungan jenis TYPE-C dan kabel pengecas TYPE-C dibekalkan bersama tanpa pengecas penyesuai plag (adapter charger). Terdapat pilihan empat warna untuk model ini iaitu  Ice Blue, Navy, Silver Shadow, Pink Gold, Coral Red, Blue Black  dan Mint. Peranti telefon pintar ini turut dilengkapi sistem pengimbas cap jari di bawah skrin.

RUMUSAN

Kesimpulannya, spesifikasi dan prestasi keseluruhan yang ditawarkan oleh Samsung Galaxy S25 adalah baik. Harganya rendah sekitar RM3999 (12GB RAM, 256GB ROM) dan RM4599 (12GB RAM, 512GB ROM) berbanding peranti siri Galaxy S25 yang lain. Samsung Galaxy S25 boleh lagi dinaiktaraf terutamanya kamera belakang memandangkan pesaing-pesaing terdekat telah menggunakan Leica atau berkerjasama dengan Harcourt Studio bagi menghasilkan gambar bertaraf studio. Sayangnya peranti ini tidak didatangkan bersama pengecas penyesuai plag TYPE-C tetapi sekiranya pengecasan pantas dinaiktaraf sekitar 45 Watt ia boleh bersaing dengan peranti jenama lain di pasaran namun secara realitinya peranti ini masih merupakan salah satu telefon pintar flagship terbaik yang boleh anda beli. Ciri Galaxy AI yang dipertingkatkan bagi model dalam siri Galaxy S25 adalah perkara yang diketengahkan kepada pengguna dengan menyediakan pengalaman AI lebih seakan manusia, integrasi lebih baik serta penglaman AI yang lebih diperibadikan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *