(SEMASA) ULASAN GAJET: SAMSUNG GALAXY S25 FE

Spread the love

Pada awal September 2025, Samsung telah melancarkan model baharu dalam siri Galaxy S iaitu Samsung Galaxy S25 FE. Seperti generasi sebelumnya, siri FE (Fan Edition) ini direka untuk menawarkan pengalaman flagship dengan harga lebih berpatutan, tetapi tetap mengekalkan ciri-ciri premium termasuk Galaxy AI.

REKA BENTUK ATAU REKAAN LUARAN

Samsung Galaxy S25 FE hadir dengan rekaan premium menggunakan binaan Armor Aluminium serta kaca Gorilla Glass Victus+ pada bahagian hadapan dan belakang. Dimensinya adalah 161.3 × 76.6 × 7.4 mm dengan berat sekitar 190 gram, menjadikannya lebih ringan dan nipis berbanding model FE sebelum ini.

Peranti ini turut mempunyai perlindungan IP68 yang bermakna ia kalis habuk sepenuhnya dan boleh bertahan di dalam air sedalam 1.5 meter sehingga 30 minit.

PAPARAN PERANTI

Samsung Galaxy S25 FE menampilkan skrin Dynamic AMOLED 2X bersaiz 6.7 inci dengan resolusi Full HD+ (1080 × 2340 piksel). Ia menyokong kadar segar semula 120Hz, paparan HDR10+, serta tahap kecerahan sehingga 1900 nits peak.

Ciri Vision Booster memastikan paparan kekal jelas walaupun di bawah cahaya matahari terik. Kaca hadapan pula diperkuatkan dengan Gorilla Glass Victus+ bagi perlindungan tambahan.

CHIPSET DAN PRESTASI

Dikuasakan oleh cip Exynos 2400 (4nm) bersama GPU Xclipse 940, prestasi Galaxy S25 FE setanding model flagship dalam siri Galaxy S25. Ia dilengkapi dengan 8GB RAM serta pilihan storan dalaman 256GB atau 512GB (tanpa slot kad microSD).

Sistem operasi adalah Android 15 dengan antara muka One UI 8.0, dan Samsung menjanjikan 7 generasi naik taraf Android serta 7 tahun kemas kini keselamatan tempoh sokongan perisian yang panjang untuk sebuah peranti dalam kategori ini.

KAMERA DAN LENSA

Samsung Galaxy S25 FE dilengkapi dengan sistem tiga kamera belakang iaitu 50MP utama (f/1.8, 24mm, Dual Pixel PDAF, OIS), 8MP telefoto (f/2.4, 75mm, OIS, 3x zum optikal) dan 12MP ultra lebar 123° (f/2.2, 13mm), manakala kamera hadapan pula beresolusi 12MP (f/2.2, 26mm) dengan sokongan rakaman video sehingga 8K@30fps, 4K@30/60/120fps dan 1080p@30/60/120/240fps, kamera swafoto turut menyokong 4K@30/60fps dengan ciri penstabilan gyro-EIS, selain dilengkapi fungsi LED flash, HDR dan panorama untuk hasil gambar serta video yang lebih mantap.

Peranti ini menyokong rakaman video sehingga 8K@30fps serta 4K@60/120fps, manakala kamera swafoto menyokong 4K@60fps. Ciri berasaskan Galaxy AI seperti Photo Assist, ProVisual Engine, Nightography, Super HDR, Instant Slow-mo dan Audio Eraser menambah baik hasil fotografi dan videografi.

AUDIO

Galaxy S25 FE dilengkapi stereo speaker dengan sokongan Dolby Atmos untuk pengalaman audio lebih imersif. Seperti model flagship lain, ia tidak mempunyai bicu audio 3.5mm (3.5 mm Audio Jack).

BATERI DAN PENGECASAN

Samsung Galaxy S25 FE dimuatkan dengan bateri berkapasiti 4,900mAh, iaitu sama seperti model Galaxy S25+, dan menyokong pengecasan pantas berwayar 45W yang mampu mengisi sehingga 65% dalam tempoh sekitar 30 minit (adapter dijual berasingan). Selain itu, ia turut menyokong pengecasan tanpa wayar 15W serta fungsi Wireless PowerShare sehingga 4.5W, sekali gus memastikan penggunaan seharian berjalan lancar dengan jangka hayat bateri yang lebih selesa berbanding model terdahulu.

LAIN-LAIN

Samsung Galaxy S25 FE menyokong sambungan moden seperti 5G, Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.3, NFC dan USB Type-C 3.2 (OTG), dilengkapi ciri keselamatan melalui pengimbas cap jari ultrasonik bawah skrin serta pengecaman wajah, hadir dengan sensor pintar seperti akselerometer, giroskop, kompas dan sokongan Samsung DeX, selain memperkenalkan ciri AI baharu termasuk Circle to Search, Browsing Assist, Writing Assist, Now Bar dan Now Brief.

Terdapat empat pilihan warna rasmi untuk pasaran Malaysia iaitu Navy, Jet Black, Icy Blue, dan White.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, Samsung Galaxy S25 FE membawa banyak penambahbaikan berbanding generasi sebelumnya – lebih nipis, lebih ringan, sokongan pengecasan pantas 45W, serta kamera dengan integrasi penuh Galaxy AI.

Dengan harga jualan rasmi di Malaysia bermula RM3,099 (8GB RAM + 256GB ROM) dan RM3,699 (8GB RAM + 512GB ROM), peranti ini menjadi pilihan ideal untuk mereka yang mahukan prestasi flagship, jaminan kemas kini jangka panjang, dan ciri kamera pintar – pada harga yang lebih berpatutan berbanding model Galaxy S25 dan S25 Ultra.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *