Nama “Nisa’” diambil daripada Surah An-Nisa’ dalam Al-Quran, surah keempat yang bermaksud “Wanita”. Surah ini menekankan kepentingan wanita dalam Islam, hak-hak mereka, serta peranan penting mereka dalam membangun keluarga dan masyarakat.
Bertempat di ibu pejabat Persada Global Holidays, Setia Alam, Selangor telah berlangsungnya majlis pelancaran pakej Umrah Nisa dan majlis menandatangani memorandum kerjasama dengan dua pengaruh media sosial wanita iaitu Izzati Elya dan Hazwani Che sebagai ikon dakwah Persada Global Holidays selain dari Datin Diyana Halik.
Pakej Umrah Nisa Persada Global Holidays ini amat sesuai untuk wanita yang bekerjaya iaitu individu yang sibuk dengan kerjaya dan mencari waktu untuk merenung, mencari keberkatan rezeki dan memperkuatkan iman serta hubungan dengan Allah, isteri yang ingin menenangkan diri iaitu wanita yang ingin mencari ketenangan dan melepaskan diri dari rutin harian dengan mendedikasikan masa untuk ibadah dan refleksi diri, pelajar atau wanita muda iaitu individu muda yang ingin memperkaya pengetahuan agama dan mendapatkan pengalaman rohani yang akan memberi panduan dalam hidup, wanita yang baru berhijrah iaitu mereka yang baru berhijrah dan ingin memperkukuh iman serta mendapat bimbingan dan sokongan dari ikon-ikon yang berpengalaman dan akhir sekali kelompok ibu rumah tangga iaitu wanita yang mengurus rumah tangga dan ingin mengambil masa untuk diri sendiri, mencari kedamaian dan kekuatan melalui ibadah umrah.
Bercakap kepada media di majlis pelancaran tersebut, Ustaz Muhammad Mursyid bin Muhamad Yusoff yang merupakan Pengurus Besar Persada Global Holidays dan Muhammad Abu Sufyan bin Mohd Mokhtar Rozaidi yang dikenali dengan nama komersial, PU Abu yang merupakan pembimbing mutawif merangkap pegawai pelarasan operasi umrah menjelaskan bahawa program umrah kali ini dikenali sebagai Umrah Nisa 3.0 kerana program ini telah bermula sekitar 2018 yang bermula dengan penglibatan isteri Dato Aaron Aziz iaitu Datin Diyana Halik. Tujuan utama program ini adalah perkongsian ilmu sambil membuat lawatan dan memberikan keselesaan kepada jemaah wanita yang tidak selesa dengan kehadiran jemaah lelaki di dalam kumpulan umrah. Beliau menambah, program ini membolehkan jemaah wanita tidak ada rasa malu dan boleh berkongsi, bercakap, bergurau dan bertanya sesama mereka sahaja
Antara kelebihan Pakej Umrah Nisa Persada Global Holidays antaranya adalah aktiviti tambahan & freegift diari eksklusif agar dapat memperdalam ilmu agama dan spiritual melalui kelas tajwid, tafsir quran, tadabbur sirah srikandi dalam quran, serta pengalaman qiyamulail bersama, dan seterusnya dapat menulis pengalaman tersebut di dalam diari yang disediakan, keduanya keselesaan dan keselamatan dimana pakej ini menawarkan penginapan yang selesa di hotel-hotel berkualiti & dekat seperti Hotel Safwa dan Hotel Mirage As Salam, serta penerbangan premium dengan Amal by Malaysia Airlines & Saudi Airline. Mutawifah berpengalaman juga akan memastikan perjalanan anda berjalan lancar dan selesa dan kelebihan ketiga adalah komuniti dan sokongan sesama wanita yang memberi peluang untuk berinteraksi dengan komuniti wanita yang mempunyai minat yang sama dalam aspek penghijrahan, keagamaan dan rohani.
Pakej Umrah Nisa Persada Global Holidays bermula pada harga RM8,980 untuk 4 orang sebilik untuk tempoh musim panas bermula 20 September 2024 sehingga 30 September 2024 dan musim sejuk bermula 25 November 2024 sehingga 5 November 2024. Untuk tempoh musim sejuk bermula 15 Februari 2024 sehingga 25 Februari 2024 pakej umrah bermula pada harga RM9,480 untuk 4 orang sebilik. Pakej ini termasuk makanan, set istimewa bagasi, 3 kali umrah bimbingan mutawif, kursus umrah percuma, 28 tempat ziarah, 9 aktiviti menarik termasuk aktiviti qiyamulail sebelum penerbangan dan pengisian umrah khusus untuk wanita bersama Mutawiffah berpengalaman yang bakal diketuai oleh Farah Nuraina.