(SEMASA) USANITA MALL & U-NIAGA BUKA RUANG PERNIAGAAN UNTUK USAHAWAN B40 DAN M40

Spread the love

Seiring dengan kempen penjenamaan dan pendigitalan bersama Datuk Rosyam Nor yang dijalankan sejak awal tahun ini, Usanita Sdn Bhd meluaskan lagi jajahan digitalnya dengan membuka USANITA MALL.

Usanita Mall adalah platform e-dagang atau market place yang dibangunkan oleh Usanita Sdn Bhd yang mensasarkan peniaga dan pengguna online di seluruh Malaysia dengan objektif utamanya bagi memberi pendedahan perniagaan usahawan B40 dan M40 secara digital.

Kebanyakan usahawan ini adalah daripada golongan terkesan oleh pandemik Covid19 yang ingin kembali bangkit membina ekonomi keluarga. Kewujudan Usanita Mall adalah salah satu cabang bantuan untuk mengembangkan perniagaan mereka.

“Kalau nak dihitung market place yang ada hari ini, memang tidak terkira hingga wujudnya persaingan tetapi saya melihat dari aspek positif di mana platform ini telah membuka ruang kepada usahawan-usahawan untuk berdagang dan memperkenalkan produk mereka kepada umum.

“Malah kehadiran Usanita Mall juga bukan tujuan untuk bersaing dengan market place sedia ada namun ia lebih kepada ruang tadi. Lebih banyak ruang untuk usahawan berniaga, bermakna lebih besar peluang untuk mereka mendapatkan jualan serta menjana pendapatan yang akhirnya mendorong kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Selari dengan arus digitalisasi kini, setiap usahawan perlu mengubah kaedah dan strategi perniagaan sesuai dengan corak pembelian masa kini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan.

Menurut beliau yang juga ahli perniagaan berjaya, paparan Usanita Mall yang ringkas dan mudah difahami ini sesuai untuk penggunaan setiap lapisan masyarakat.

Platform ini dibuka secara percuma kepada semua peniaga yang ingin membuka akaun di Usanita Mall.

Katanya, tarikan utama Usanita Mall ialah senarai ‘VIP Merchants’ yang juga merupakan rakan strategik Usanita Sdn Bhd seperti Rizman Ruzaini, Awal Ashaari, Fiziwoo, Fazs Faozi dan ramai lagi. Dengan adanya senarai ‘VIP Merchants’ ini dapat membantu menarik lebih ramai pengunjung ke platform ini.

“Usahawan yang tidak menggunakan platform digital untuk pemasaran dan penjenamaan produk adalah mereka yang ketinggalan dalam arus persaingan, Saya tidak menafikan pemasaran konservatif atau online yang masih boleh digunapakai tetapi alangkah lebih baik jika platform online atau digitalisasi ini dimanfaatkan sebaik mungkin.

“Persaingan sesama peniaga hari ini bukan kecil anak, malah terlalu banyak produk yang sama dijual di pasaran tetapi apakah yang membezakan produk antara usahawan-usahawan itu? Jika orang tidak mengenali produk kita, macam mana pembeli ingin percaya dengan apa yang kita tawarkan?” kata Datin Adzliana.

Majlis pelancaran dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Yang Berhormat Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal Bin Wan Ahmad Kamal.

Sementara itu, Usanita Sdn Bhd turut menganjur program BOOTCAMP PERINTIS USANITA – PENJENAMAAN & PENDIGITALAN di lokasi yang sama, World Trade Centre.

Bootcamp selama 3 hari itu melibatkan seramai 50 usahawan dari seluruh negara yang terpilih selepas saringan demi saringan selama lebih tiga bulan dilakukan oleh Usanita Sdn Bhd dan Datuk Rosyam Nor selaku duta Perintis Usanita – Penjenamaan dan Pendigitalan.

“Lebih 1000 penyertaan diterima sejak Mac lalu yang menyaksikan kepelbagaian industri dan produk usahawan cuba mempertaruhkan nasib dalam program yang julung-julung kali dianjurkan di negara ini.

“Saya akui agak sukar untuk memilih mereka yang layak dan terbaik bagi program mega Usanita Sdn Bhd ini kerana banyak perlu kami ambil kira terutama kesesuaian produk untuk digandingkan dengan jenama Datuk Rosyam.

“Walaupun pelbagai industri yang menyertai, namun saya tidak nafikan yang kebanyakan produk terutama daripada industri makanan menampilkan produk yang lebih kurang sama. Ini juga memberi cabaran kepada saya dan Datuk Rosyam untuk merapikan pemilihan sebaik mungkin,” kata Datin Adzliana.

Kenyataan Datin Adzliana disokong oleh Datuk Rosyam Nor sambil menyifatkan Program ini sebagai sumbangannya kepada masyarakat (giving back to society) selepas sekian lama membina nama di dalam industri seni dan keusahawanan dengan sokongan para peminat.

“Ini masanya atau caranya untuk saya membalas balik apa yang telah mereka berikan kepada saya sehingga saya berada di tahap hari ini. Kalau nak diikutkan logik, tidak semua selebriti yang sanggup untuk melakukan seperti apa yang saya lakukan kerana untuk menjadi duta atau jurucakap kepada sesebuah produk, hargany@ bukan kecil anak.

Namun saya melihat manisnya program Perintis Usanita – Penjenamaan & pendigitalan ini daripada usaha Usanita itu sendiri yang mahu membantu usahawan tempatan membina nama dan jenama bagi memasarkan produk mereka,” kata patuk Rosyam Nor.

USANITA SDN BHD adalah badan pemudahcara persendirian di dalam bidang keusahawanan yang menghubungkan usahawan-usahawan terutama golongan B40 dan M40 kepada pihak kementerian berkaitan. Kami bukan pemberi dana atau geran tetapi USANITA membantu usahawan dari aspek ilmu termasuk menerusi seminar, program dan kerjasama.

USANITA ditubuhkan penghujung 2020. Masih baru tetapi kami berjalan laju untuk memperkenalkan jenama seperti muncul sebagai penaja tunggal program Pencarian Nona Superwoman terbitan Ideaktiv yang ditayangkan di Astro Prima selama 8 minggu berturut-turut. Penjenamaan USANITA juga diteruskan melalui billboards yang dipasangkan di seluruh negara, terutamanya sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Segala info program USANITA, usahawan baru boleh berhubung di talian 03-41313041. ikuti sesaswang mereka  di www.usanita.com:

Dan

FB @usanita.hq

IG @usanita.hq.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *