(SEMASA) VARISHA MELANCARKAN KOLEKSI “RAYA SERIES” DAN MENGUMUMKAN PELANTIKAN AMIRA OTHMAN SEBAGAI DUTA JENAMA, SEKALIGUS MEMPERKENALKAN LAGU TERBARUNYA “BILA NAK KAHWIN”

Spread the love

Shah Alam, 11 Januari 2025 – Varisha Collection Sdn. Bhd. dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran koleksi eksklusif terbaharu, “Raya Series”. Pelancaran ini berlangsung selama empat hari, dari 9 hingga 12 Januari 2025, di Central i-City, Shah Alam. Acara ini juga menjadi platform untuk meraikan pelantikan penyanyi dan pelakon terkenal, Amira Othman, sebagai duta selebriti rasmi Varisha, di samping pelancaran lagu terbaharu beliau yang berjudul “Bila Nak Kahwin”.
Lagu “Bila Nak Kahwin” merupakan hasil kolaborasi istimewa antara Amira Othman, Iqie Hugh, dan Omar K, yang turut menjadi komposer, penulis lirik, dan penerbit lagu ini. Lagu bergenre pop ini dihasilkan dengan penuh dedikasi oleh Amira bersama Iqie Hugh daripada Faithful Music dan Omar K daripada World Peace Music. Lagu ini telah dilancarkan secara rasmi pada 10 Januari 2025, dengan video muziknya akan mula ditayangkan pada 11 Januari 2025 jam 6 petang, manakala snippets eksklusif lagu ini akan disiarkan terlebih dahulu pada 6 Januari 2025.

Dalam acara pelancaran koleksi “Raya Series”, Varisha mengetengahkan keunikan fabrik “Ultra Comfort Cotton Voile” yang direka khas menggunakan teknologi 60s Compact-Siro Spun. Fabrik ini menawarkan kelembutan luar biasa, ketahanan yang tinggi, dan reka bentuk yang elegan, sesuai untuk kegunaan harian mahupun acara istimewa. Materialnya bukan sahaja mencerminkan gaya dan keanggunan, tetapi juga membuatkan tudung mudah dibentuk, ringan, beralun, anti kedut, dan tidak memerlukan seterika. Koleksi ini memberikan keselesaan maksimum kepada setiap pemakainya sambil memastikan penampilan sentiasa menawan.

Pada 11 Januari 2025, acara kemuncak akan berlangsung dari jam 2 petang hingga 4 petang, di mana Amira Othman akan membuat persembahan eksklusif termasuk menyanyikan lagu baharu beliau, “Bila Nak Kahwin”, bersama beberapa lagu popularnya seperti “Hati-Hati” dan “Jaga-Jaga”. Para peminat juga berpeluang bertemu Amira secara langsung melalui kempen khas “Beli Satu Item dan Berpeluang Jumpa Amira Othman” yang dijangka menarik kehadiran ramai pengunjung.

Bagi memastikan pelancaran koleksi ini berjaya, Varisha telah melaksanakan pelbagai usaha promosi awal seperti pelancaran kempen media sosial, kerjasama bersama influencers, kolaborasi dengan Key Opinion Leaders (KOLs), dan liputan media yang meluas. Semua langkah ini dilakukan bagi memperkukuh imej Varisha sebagai jenama yang melambangkan keyakinan dan kebebasan wanita bergaya setiap hari.

Dengan slogan “Varisha for EVERYONE, EVERYDAY”, jenama ini terus komited menghasilkan produk berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan wanita masa kini, memastikan mereka berasa yakin dan selesa dalam setiap detik kehidupan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *