(SEMASA) VIBER MELANCARKAN PEK PELEKAT PERTAMA YANG MERAIKAN CIRI KEHIDUPAN UNIK DI MALAYSIA

Spread the love

My love story on Viber

KUALA LUMPUR, MALAYSIA – 2 Jun 2015Viber, aplikasi komunikasi mobil terkemuka yang menawarkan pesanan percuma dan panggilan telefon bermutu HD, memperkenalkan pek pelekat pertama yang direka istimewa untuk para pengguna di Malaysia.  Pek baru yang dinamakan Hai Malaysia! ini menampilkan gaya hidup unik rakyat Malaysia serta ekspresi dan slanga yang popular dalam Manglish dan bahasa Melayu.

MY_STICKER_Bojio

Direka dengan kerjasama Tsubaki, sebuah agensi kreatif tempatan di Malaysia, pelekat yang diubahsuai untuk selera tempatan ini adalah berdasarkan karakter sedia ada Viber yang popular, iaitu ‘Freddie’, ‘Eve’ dan ‘Rocco’. Pek pelekat ini terdiri daripada 50 pelekat unik yang menonjolkan kehidupan harian rakyat Malaysia dengan cara yang menghiburkan.

Pek pelekat Hai Malaysia! menawarkan pengalaman tempatan yang asli untuk pengguna Viber di Malaysia kerana ia memasukkan pelbagai ekspresi dan slanga tempatan antaranya seperti ‘Walao Eh’, ‘Aiyoh’, ‘Abuden’ dan ‘Bojio’. Pengguna juga boleh memberitahu dengan mudah tentang aktiviti harian mereka dengan cara yang menghiburkan melalui pelekat Malaysia yang baharu ini. Sama ada anda dalam perjalanan ke tempat kerja, tersangkut dalam kesesakan lalu lintas atau sambil menaiki LRT atau bas, kini terdapat pelekat istimewa untuk dihantar kepada rakan dan kenalan anda yang sedang melalui situasi yang sama. Dan jika anda menghadapi tekanan di tempat kerja dan perlu berhibur, anda boleh menghantar pelekat untuk merancang aktiviti yang menyeronokkan seperti menonton wayang gambar, menyaksikan perlawanan bola sepak atau merancang pertemuan dengan rakan-rakan untuk ‘yumcha’. Tidak lupa untuk mereka yang mahu mengirimkan kasih kepada insan tersayang, terdapat pelbagai pelekat istimewa untuk dihantar dalam slanga tempatan.

MY_STICKER_Jom Makan

“Kami teruja memperkenalkan pek pelekat pertama kami yang direka khas untuk para pengguna Malaysia,” kata Thach Quach, Pengurus Pemasaran Global Viber. “Salah satu keutamaan kami untuk pengguna adalah menyediakan kandungan kreatif dan menyeronokkan yang mengandungi sentuhan tempatan. Kami berharap para pengguna di Malaysia akan dapat menikmati pelekat yang menyeronokkan ini bersama rakan dan keluarga mereka. Mereka juga akan menerima lebih banyak pelekat pek tempatan dalam beberapa minggu dan bulan yang akan datang.”

Viber terus menyebarkan Vibes Malaysia. Pada bulan November 2014, Viber melancarkan Sembang Awam (Beta) yang membolehkan pengguna meneroka, berkongsi dan mengikuti perbincangan secara langsung melalui Viber. Selaras dengan janji untuk melaksanakan lokalisasi, Viber telah bekerjasama dengan personaliti dan jenama Malaysia dalam menawarkan kandungan tempatan yang pertama dengan perbualan secara langsung tentang senario di Malaysia. Rakan Sembang Awam Malaysia antara lain termasuklah WWF-Malaysia, penyanyi Amanda Imani dan Imran Ajmain.

Pek pelekat Hai Malaysia! kini boleh dimuat turun secara percuma dari Viber Sticker Market. Pengenalan ini menandakan siri pertama pek pelekat Malaysia yang diumumkan dalam bulan-bulan yang akan datang.

Untuk menyertai perbualan tentang pek pelekat Malaysia yang terbaru melalui media sosial, sila cari #ViberMYstickers.

Mengenai Viber:

Viber ialah peneroka perkhidmatan pesanan mobile, suara dan video. Viber membolehkan sesiapa sahaja di dunia untuk berhubung. Secara percuma. Pengguna Viber boleh menghantar pesanan teks, pelekat menarik, foto, video dan doodles, berkongsi lokasi di seluruh dunia, membuat panggilan bermutu HD dan berkomunikasi dengan Push-To-Talk. Dengan Viber Out, para pengguna boleh membuat panggilan kadar rendah ke mana-mana nombor telefon di seluruh dunia. Viber sedia digunakan untuk iPhone®, telefon dan tablet Android™, Windows Phone, Blackberry®, Blackberry® 10, Windows®, Windows 8®, Mac, Linux dan peranti  Symbian, melalui sambungan 3G/4G atau WiFi. Dengan lebih 573 juta orang pengguna di 193 buah negara, Viber sentiasa membuat pembaharuan dengan memperkenalkan platform baharu dan menambah ciri baharu yang menyeronokkan. Viber ialah sebuah syarikat Rakuten Group.

Butiran lanjut di:

https://www.facebook.com/viber

https://twitter.com/viber


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *