(SEMASA) VitaHealth Menjamin Kualiti Ramadan Ini dengan “Pilih Halal, Pilih VitaHealth”

Spread the love

Kuala Lumpur, 3 Mac 2026 – Sempena bulan ramadan yang mulia ini, VitaHealth terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai peneraju suplemen kesihatan yang diperakui Halal menerusi pelancaran kempen “Pilih Halal, Pilih VitaHealth” dengan kerjasama Watsons. Majlis yang berlangsung di Dancing Fish, Bangsar Shopping Centre, dilancarkan secara rasmi oleh Dr. KS Beh, Ketua Pegawai Eksekutif VitaHealth (Malaysia & Singapura), bersama Foo Hwei Jiek, Pengarah Perdagangan Watsons Malaysia, dan disaksikan oleh Fahrin Ahmad, hos televisyen dan pelakon terkenal Malaysia, serta Muallim Muda Shamsul Aiman. Majlis ini menegaskan komitmen berterusan VitaHealth dalam memastikan suplemen Halal yang berkualiti dan terjamin kepada pengguna Malaysia.
Dilancarkan sempena Ramadan, VitaHealth meningkatkan keyakinan pengguna melalui suplemen yang diperakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pematuhan Halal dijaga di setiap peringkat, daripada pemilihan bahan dan formulasi, hinggalah ke proses pembuatan, pembungkusan dan penyimpanan. Struktur pengurusan ini memastikan pematuhan terhadap peraturan serta kualiti produk yang konsisten.

Dalam majlis perasmian itu, Dr. Beh berkata, inisiatif “Pilih Halal, Pilih VitaHealth” menunjukkan tanggungjawab dan janji jenama untuk mengekalkan integriti Halal di setiap peringkat operasi. Beliau berkata, “Halal bukan sekadar memenuhi tuntutan agama sahaja. Ia juga menjadi penanda aras yang diiktiraf untuk keselamatan, kebersihan, ketelusan dan kawalan kualiti. Standard yang ketat ini memberikan keyakinan bukan sahaja kepada pengguna Muslim, tetapi juga kepada semua rakyat Malaysia yang menitikberatkan kualiti dan keselamatan produk.

Dr. Beh turut menyatakan bahawa kepimpinan VitaHealth dalam industri Halal telah diiktiraf melalui penganugerahan sebagai pemenang Platinum bagi Anugerah Produk Halal Terbaik SOBA pada tahun lalu. Pengiktirafan ini mengukuhkan lagi kredibiliti VitaHealth dan kepercayaan yang diperoleh daripada pengguna melalui komitmen berterusan memastikan keselamatan, ketelusan dan integriti produk.

Dengan pengalaman dan kepercayaan melebihi 70 tahun, VitaHealth menawarkan rangkaian suplemen kesihatan Halal yang diperakui oleh JAKIM bagi memenuhi semua peringkat umur dan keperluan kesihatan. Setiap produk melalui kawalan kualiti yang ketat bagi memastikan pematuhan terhadap piawaian Halal danperaturan, sekaligus mengukuhkan kepercayaan pengguna terhadap jenama ini.

Kerjasama strategik antara VitaHealth dan Watsons meningkatkan akses kepada suplemen Halal yang diperakui di seluruh negara, selaras dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap produk yang berkesan dan seiring dengan nilai pengguna.

“Sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan No.1, Watsons komited dalam membina persekitaran runcit yang dipercayai dengan mengutamakan kualiti, ketelusan dan keyakinan pengguna. Kerjasama kami dengan VitaHealth mencerminkan tanggungjawab bersama untuk menyediakan penyelesaian kesihatan yang diperakui Halal dan mudah diakses, selaras dengan keperluan pengguna Malaysia yang sentiasa berkembang. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan jenama yang mengekalkan piawaian pematuhan yang tinggi sambil menyokong komuniti yang lebih sihat,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi Health & Beauty Asia, AS Watson Group.

Rangkaian produk VitaHealth yang diperakui Halal kini boleh didapati di semua cawangan Watsons di seluruh Malaysia, memberikan rakyat Malaysia keyakinan berterusan dalam pilihan kesihatan harian mereka.

Latar Belakang VitaHealth

Ditubuhkan pada tahun 1947 sebagai farmasi runcit, VitaHealth kini berkembang menjadi salah satu jenama suplemen kesihatan terkemuka di rantau ini. Sebagai jenama milik Australia dan anak syarikat Vita Life Sciences, VitaHealth beroperasi mengikut piawaian kualiti global serta memenuhi keperluan pelbagai komuniti. Jenama ini komited untuk menyediakan suplemen kesihatan berkualiti tinggi dan dipercayai untuk semua peringkat umur. Diketuai oleh pasukan profesional kesihatan yang berdedikasi, VitaHealth terus berinovasi dengan menghasilkan penyelesaian berasaskan sains yang disesuaikan mengikut keperluan gaya hidup moden, sekaligus menyokong kesihatan fizikal dan kesejahteraan mental.
Website: https://www.vitahealth.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/vitahealthmy
Instagram: https://www.instagram.com/vitahealthmy/
TikTok: https://www.tiktok.com/@vitahealthmy


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *