(SEMASA) vivo Lancar Siri X300 di Malaysia, Tampilkan Pengalaman Telefon Konsert Terunggul

Spread the love

Kuala Lumpur, 13 November 2025 – vivo Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar flagship terbaharu dalam siri X, iaitu vivo X300 dan vivo X300 Pro, menandakan era baharu dalam perjalanan inovasi vivo sempena ulang tahun ke-30. Siri X300 menggariskan komitmen vivo terhadap inovasi berfokuskan pengguna dan kecanggihan teknologi, dengan 200 MP ZEISS Ultra-Clear Imaging yang menetapkan standard baharu dalam fotografi telefon pintar. Selain pengimejan, siri ini turut menawarkan peningkatan menyeluruh dari segi prestasi, reka bentuk dan sistem operasi, memberikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar, kemas, dan bertaraf premium, sekali gus menaikkan standard telefon pintar flagship di Malaysia.

Seluruh acara pelancaran siri vivo X300 telah disiarkan secara langsung dan dirakam menggunakan vivo X300 Pro yang berjaya merakap setiap persembahan yang penuh bertenaga dari pelbagai sudut dengan kejelasan, kelajuan dan kepelbagaian luar biasa hasil daripada kamera telefoto ZEISS APO 200MP.

Susulan penyertaan vivo di KFinity Music Festival pada awal bulan ini, vivo Malaysia akan terus bekerjasama dengan artis popular seperti Accusefive bagi menunjukkan bagaimana siri X300 mentakrif semula pengalaman muzik, kreativiti dan pengalaman secara langsung dengan keupayaan pengimejan setaraf profesional.

Kerjasama Terkenal dengan ZEISS dan Peningkatan Ketara dalam Ultra-Clear Imaging

vivo X300 Pro diperkenalkan dengan Kamera Telefoto ZEISS APO 200 MP yang menampilkan Ultra-Sensing Sensor HPB yang dipertingkatkan untuk pengalaman 200 MP ZEISS Ultra-Clear Imaging. Kamera Utama 50 MP ZEISS Gimbal-Grade pula dilengkapi dengan sensor besar 1/1.28″ dan penstabilan bertaraf CIPA 5.5[1] terkemuka dalam industri, memberikan tangkapan yang lebih stabil, pantas dan jelas serta meningkatkan prestasi pengimejan secara keseluruhan. vivo X300 Pro juga dilengkapi dengan Pro Imaging Chip VS1 baharu yang meningkatkan kelajuan output imej, kejelasan dan mengurangkan hingar dengan ketara.

vivo X300 dilengkapi dengan Kamera Utama ZEISS 200 MP yang menampilkan Sensor Ultra-Sensing HPB dan penstabilan bertaraf CIPA 4.5[2], mencapai lonjakan pengimejan bertaraf profesional dengan tangkapan yang lebih stabil dan ultra-jelas.

Siri vivo X300 turut menerima naik taraf penuh pada kamera hadapannya, iaitu 50 MP ZEISS Wide-Angle Front Camera dengan autofokus, memastikan ketajaman pada pelbagai jarak.

Kedua-dua model ini kini serasi dengan vivo ZEISS 2.35x Telephoto Extender Kit. Keupayaan telefoto canggihnya menawarkan prestasi terkemuka dalam industri, memberikan ketajaman lebih jelas, perincian lebih terperinci dan kesan bokeh lembut serta semula jadi. Ini memudahkan rakaman pemandangan megah sama ada di konsert, acara sukan atau ketika mendaki kawasan landskap.

Keupayaan Fotografi dan Videografi Ditingkatkan untuk Kreativiti Tanpa Batas

Bagi aktiviti santai dan hiburan, Stage Mode 2.0 membolehkan rakaman setiap sudut momen berharga anda. Rakaman 4K Stage All-in-One membolehkan penggambaran foto HD sambil merakam video, dengan kualiti imej setanding mod foto biasa. Dual-View Stage Video pula membolehkan penggunaan dua kamera secara serentak, merakam anda dan penghibur dalam satu bingkai dengan sempurna semasa acara secara langsung

Bagi penggunaan harian, siri vivo X300 menghasilkan potret ultra-jelas dengan ketajaman luar biasa walaupun apabila dizum. Ia memperkenalkan peningkatan ketara dalam fotografi potret, termasuk ZEISS Natural Portrait untuk sentuhan kulit yang realistik dan semula jadi, Multi-Focal HD Portrait dengan perincian yang menakjubkan, Night Portrait yang mengesan dan menangani cabaran pencahayaan malam secara automatik, serta Portrait Snapshot merentas semua jarak fokus.

Siri ini mencatat pencapaian baharu dalam rakaman video profesional. Kedua-dua model menyokong 4K 120 fps Pro Video terkemuka dalam industri, manakala vivo X300 Pro melangkah lebih jauh dengan kedua-dua kamera utama dan telefoto menyokong 4K 120 fps Dolby Vision Video serta 4K 120 fps 10-bit Log Video, memberikan julat dinamik setaraf filem dan fleksibiliti pasca-produksi yang lebih tinggi. Pengenalan AI Image Studio turut meningkatkan keselesaan dan kreativiti rakaman dengan ciri seperti AI One-Shot Multi-Crop yang secara automatik menghasilkan pelbagai komposisi, AI Landscape Master untuk menambah baik imej dalam cuaca mencabar serta menggunakan gaya kreatif, dan Live Photo Passerby Erase yang membantu mengekalkan setiap detik istimewa.

OriginOS 6 Memasuki Pasaran Malaysia

Bersama siri vivo X300, vivo turut memperkenalkan OriginOS 6 buat pertama kali di Malaysia. Disokong oleh Ultra-core Computing, Memory Fusion, dan Dual Rendering, OriginOS 6 baharu ini membawa pengalaman telefon pintar baharu yang menggabungkan kelancaran penggunaan berpanjangan, reka bentuk semula jadi dan fungsi pintar tersuai.

Enjin Origin Smooth yang dibangunkan oleh vivo mengoptimumkan keseluruhan proses daripada pengkomputeran dan storan hingga paparan. Dengan menggabungkan pelbagai elemen, All-New Origin Design System menampilkan antaramuka yang elegan, menarik dan mudah digunakan, menjadikan setiap interaksi lebih menyeronokkan. Flip Cards membolehkan anda menukar gaya skrin kunci dengan mudah hanya dengan memiringkan atau menggerakkan telefon, sambil menawarkan tetapan yang lebih peribadi dan fleksibel.

Menjalankan OriginOS 6, Origin Island meningkatkan interaksi pengguna dengan cadangan pintar dan peringatan masa nyata untuk mesyuarat, muzik dan banyak lagi. vivo Office Kit[3] pula meningkatkan produktiviti merentas peranti melalui paparan skrin telefon ke PC, Free Transfer untuk fail dalam pelbagai format, kawalan jauh, dan penyelarasan nota pelbagai peranti. Seiring dengan OriginOS 6, vivo turut memperkenalkan jenama vivo Security yang menyatukan semua ciri privasi dan perlindungan dalam satu rangka kerja. Ciri utama seperti Private Space menyediakan ruang selamat untuk fail sensitif anda dengan perlindungan dan penyulitan menyeluruh bagi akses yang dibenarkan, menekankan komitmen vivo untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lancar. Siri vivo X300 juga menyokong Kemas Kini OS selama 5 Tahun, memastikan peranti anda kekal terkini dan boleh dipercayai dalam jangka masa panjang.

Prestasi dan Kecekapan Terkemuka

Siri vivo X300 dikuasakan oleh cip Dimensity 9500, hasil kerjasama vivo dan MediaTek, yang dibina menggunakan proses TSMC’s N3P. Platform ini menawarkan prestasi luar biasa serta kecekapan tenaga yang tinggi, menampilkan 3rd Gen all-big-core CPU, 12-core G1-Ultra GPU yang dipertingkat sepenuhnya untuk menetapkan standard industri bagi grafik dan prestasi, serta NPU berkecekapan tinggi yang menggandakan kemampuan pemprosesan dengan penggunaan tenaga yang lebih rendah. Dengan BlueVolt Battery System, siri vivo X300 menggabungkan teknologi anod silikon generasi keempat dengan bahan elektrolit separa pejal bagi memberikan kapasiti lebih tinggi dan kebolehpercayaan lebih kukuh. Ia juga menampilkan sistem Bypass Charging yang dipertingkat dengan kawalan suhu pintar, memberikan pengalaman lancar semasa penggunaan intensif dan perlindungan bateri yang lebih baik semasa pengecasan. vivo X300 Pro dilengkapi dengan bateri 6510 mAh, manakala vivo X300 hadir dengan 6040 mAh[4], kedua-duanya menyokong pengecasan pantas 90W FlashCharge[5] dan 40W Wireless FlashCharge.

Siri vivo X300 dilengkapi paparan 8T LTPO dengan kecerahan maksimum sehingga 2000 nit, memastikan paparan jelas walaupun di persekitaran terang. Ia turut menggunakan 2160 Hz Full-Range Luminance PWM Dimming dan Full-Range Luminance DC Dimming, yang mengurangkan nilai SVM, sekaligus memberikan perlindungan mata yang lebih baik.

Di Mana Estetika Minimalis Bertemu Keselesaan Premium

Siri vivo X300 menampilkan Reka Bentuk Unibody 3D Glass yang menyatukan modul kamera dengan lancar, memberikan estetika yang halus dan keselesaan yang dipertingkatkan. Bahagian belakangnya diperbuat daripada kaca velvet coral yang licin, tahan cap jari, dan mesra kulit.

vivo X300 hadir dengan paparan rata 6.31 inci yang padat, seberat hanya 190g dan tebal 7.95mm, menawarkan reka bentuk minimalis yang seimbang. vivo X300 Pro pula menampilkan paparan rata 6.78 inci dalam badan 7.99mm nipis, memberikan estetika lebih profesional dan premium.[6]

Siri ini hadir dengan pelbagai warna yang direka untuk melengkap pelbagai gaya. vivo X300 menampilkan Phantom Black dan Mist Blue, serta Halo Pink, warna yang terang dan bergaya, menggambarkan estetika yang bergaya dan halus. vivo X300 Pro mengekalkan Phantom Black dan Mist Blue, sambil memperkenalkan Dune Brown, memberikan rupa klasik dan matang.

Ketersediaan

vivo X300 akan ditawarkan dalam 16GB + 512GB, bermula dari RM3,899. vivo X300 Pro pula hadir dalam 16GB + 512GB, bermula dari RM4,699. Pelanggan kini boleh membuat pra-tempahan kedua-dua model mulai hari ini sehingga 21 November 2025 di semua vivo Concept Store dan dalam talian melalui https://www.vivo.com/my

Bagi meraikan pelancaran ini, vivo Malaysia menawarkan hadiah pra-tempahan eksklusif bernilai sehingga RM2,872 untuk pelanggan awal, tersedia dalam tiga pakej menarik.

Pelanggan juga boleh menikmati pilihan pembayaran yang fleksibel melalui Promosi Pelan Ansuran vivo yang berlangsung dari 22 November 2025 hingga 28 Februari 2026, menawarkan pelan ansuran 0% sehingga 24 bulan dan rebat segera RM100 dengan bank seperti Public Bank, OCBC Bank, UOB, dan AmBank.

Pemegang kad Affin Bank layak untuk rebat segera RM100 dan 5x Mata Ganjaran AFFIN.

Sementara itu, kempen Beli Sekarang, Bayar Kemudian vivo Malaysia akan berlangsung dari 22 November hingga 31 Disember 2025, menawarkan:

●     SPayLater: Diskaun 15% (maksimum RM150, perbelanjaan minimum RM1,000) serta pelan ansuran sehingga 24 bulan

●     PayLater oleh Grab: Rebat RM100 dengan perbelanjaan minimum RM1,000 dan pelan ansuran 0% sehingga 4 bulan

Pilihan tukar beli juga ditawarkan dari 22 November 2025 hingga 4 Januari 2026, dengan rebat tambahan sehingga RM300 bagi pelanggan yang menukar peranti lama terpilih di vivo Concept Store.

Selain itu, pelanggan boleh meningkatkan pengalaman fotografi mereka melalui Promosi Beli Bersama (PWP), yang merangkumi Telephoto Extender dan Grip Kit, eksklusif untuk pemilik siri vivo X300.

 

[1] Penstabilan bertaraf profesional CIPA 5.5 berdasarkan standard ujian CIPA, terpakai pada kamera utama dan telefoto, pada paksi pitch dan yaw.

[2] Penstabilan anti-goyang betaraf profesional CIPA 4.5 berdasarkan standard ujian CIPA, terpakai pada kamera utama (23 mm) dan lensa telefoto (85 mm), merangkumi paksi pitch dan yaw

[3] Untuk menggunakan vivo Office Kit, pasang versi terkini dari pc.vivoglobal.com; disokong pada Windows 10+ (x86) dan macOS 10.14.6+. Ciri ini memerlukan sokongan perkhidmatan pihak ketiga, yang mungkin berubah. Sila rujuk penggunaan sebenar

[4] vivo X300 Pro menampilkan reka bentuk sel tunggal: kapasiti tipikal 6510 mAh (3.77V) dengan tenaga tipikal 24.55 Wh; kapasiti berdaftar 6375 mAh (3.77V) dengan tenaga berdaftar 24.04 Wh. vivo X300 juga menampilkan reka bentuk sel tunggal: kapasiti tipikal 6040 mAh (3.77V) dengan tenaga tipikal 22.78 Wh; kapasiti berdaftar 5925 mAh (3.77V) dengan tenaga berdaftar 22.34 Wh. Kapasiti bateri sebenar mungkin berbeza mengikut kawasan.

[5] Data diperoleh daripada ujian makmal vivo dan merujuk kepada keadaan stand-by sahaja. Persekitaran ujian: Suhu sekitar 25±1°C. Keadaan ujian: Peranti dilengkapi pengecas rasmi vivo 90W dengan bateri pada 1%. Kuasa pengecasan sebenar disesuaikan secara dinamik mengikut keadaan dan bergantung kepada penggunaan sebenar.

[6] Saiz paparan diukur secara menegak, dengan skrin penuh 6.78 inci untuk vivo X300 Pro dan 6.31 inci untuk vivo X300. Kawasan paparan sebenar adalah sedikit lebih kecil.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *