2 Oktober 2022, Bukit Jelutong – Syria bakal menghadapi musim sejuk tidak lama lagi. Bagi pelarian Syria, ia seperti mimpi ngeri kerana kesejukan melampau yang boleh meragut nyawa.
Dengan kedaifan kehidupan, sangat mustahil bagi mereka untuk menyediakan kelengkapan bagi menghadapi musim sejuk ini. Syria Care yang telah mengerakkan Bantuan Musim Sejuk 10.0 (BMS10.0) sejak September lalu berusaha agak orang ramai terus cakna untuk membantu pelarian Syria. Selain mengumpul dana, projek pengumpulan pakaian musim sejuk terpakai yang dikenali sebagai ‘Warm Their Winter’ turut dilaksanakan.
Projek ini diadakan di dua lokasi iaitu Zon Lembah Klang yang berlangsung bermula 2 sehingga 8 Oktober 2022 bertempat di Laman 83, Bukit Jelutong, Shah Alam dan Zon Selatan yang akan berlangsung pada 17 sehingga 24 Oktober 2022 bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kampus Pagoh, Johor. Orang ramai boleh menghantar pakaian-pakaian tersebut seawal jam 9 pagi sehingga jam 4:30 petang.
Hab pengumpulan juga dibuka di beberapa lokasi iaitu pejabat urusan Yayasan EZ Prihatin, Batu Caves dan Sasuke Outlet cawangan Danau Kota, Bangi dan Kajang, Selangor.
Projek ini dijayakan bersama dengan pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Yayasan EZ Prihatin dan Sinar Karangkraf.
Ini merupakan salah satu platform untuk orang ramai untuk menzahirkan sokongan dan solidariti kemanusiaan dengan mengambil tanggungjawab bersama dalam membantu pelarian di Syria yang bakal berdepan dengan musim sejuk tidak lama lagi.
Bagi sebarang pertanyaan atau ingin menyumbang, hubungi hotline ‘Warm Their Winter’ di talian 011-1136 2567 (Zana), 013-971 5901 (Fayyadh) dan 011-3703 0900 (Nisa) atau layari laman sesawang www.syriacare.org.my/warmtheirwinter atau ikuti kami di media sosial Syria Care Malaysia di Facebook, Instagram dan Twitter dan Syria Care Media di YouTube dan TikTok.